Hadiah Buat Nenek

    Loceng menandakan waktu pulang dibunyikan. Alia mengemaskan bukunya ke dalam beg. Dia perlu pulang segera kerana hari ini ibunya mahu pulang ke kampung.

    Alia anak tunggal dan dia tinggal bersama ibunya kerana ayahnya sudah meninggal dunia kira-kira lapan tahun lalu.

    “Mama! Mengapa kita perlu pulang ke kampung hari ini?” tanya Alia.

    “Nenek Lia sakit. Mak Teh beritahu Mama nenek terjatuh dalam bilik air.”

    Alia mengangguk tanda faham. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta sambil menikmati permandangan sekitar. Kereta ibunya mula memasuki perkarangan rumah nenek yang agak besar. Alia bergegas keluar.

    “Atuk, Nek, Mak Teh, Pak Su. Lia datang ni,” jerit Alia sambil mendakap atuknya.

    “Mana nenek? Alia dengar nenek sakit. Di manakah dia?” Alia baru teringkatkan neneknya.

    Alia masuk ke dalam rumah dan terus mendapatkan neneknya yang terbaring di atas katil. Neneknya cuma tersenyum melihatnya. Dia cuba hendak bersuara, namun tak berdaya.

    “Berehatlah nek. Nenek tu sakit, jangan banyak bergerak,” ujar Alia lembut. Neneknya menggangguk lesu.

    Keesokan paginya, Alia dikejutkan dengan suara riuh-rendah.

    “Apasal riuh-rendah ni, Mama?” Alia bertanya kehairanan.

    “Alia….Nenek. Nenek lia dah meninggal dunia,” ujar Mamanya tersekat-sekat.

    “Apa?” Alia seperti tidak mempercayai hakikat itu.

    “Innalillahi wainnailaihi rajiuun.” Air mutiaranya mula bergenang di kelopak matanya. Dia tak sangka masa begitu pantad berlalu. Orang yang disayanginya telah pergi buat selama-lamanya.

    “Nenek ada lelah. Oleh sebab sukar untuk bernafas, nenek menemui ajalnya,” Mama menerangkan kepadanya.

    Sudah seminggu, Alia dan Mama di kampung. Mamanya hanya mengambil cuti seminggu saja. Alia berasa berat hati untuk meninggalkan atuknya keseorangan.

    “Mama, Lia rasa Lia mahu tinggal di sini temankan atuk.”

    “Kenapa Lia? Habis sekolah Lia kat sana tu macam mana?” Mamanya terkejut.

    “Ala Mama ni. Apa susah, ambil je surat pertukaran sekolah. Alia boleh sekolah di sini.” Alia mengajukan pendapatnya. Mamanya cuma diam.

    “Tak apalah, atuk boleh tinggal seorang. Lagipun Mak Teh kamu selalu pulang tiap-tiap bulan,” atuknya mencelah.

  “Atuk. Ini keputusan saya. Saya mahu juga temankan atuk.” Atuknya cuma menggelengkan kepala.

    Memang sukar untuk menyesuaikan diri pada hari pertama di sekolah baru apatah lagi penghuninya langsung tidak dikenali. Kini dua bulan sudah berlalu, Alia semakin mempunyai ramai kawan. Zurina, Ai Ling, Salina, Rajina dan Khairul. Ditambah pula dengan Nathan dan Johar yang baru dikenalinya seminggu yang lalu. Mereka semuanya peramah. Zurina, Salina dan Rajina adalah ulat buku. Johar dan Ai Ling aktif dalam kokurikulum. Nathan dan Khairul pula selalu membuat kelakar. Alia cukup seronok berkawan dengan mereka.

    Alia tahu pada tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM, jadi dia sudah tidak boleh berlengah-lengah lagi. Dia dan kawan-kawannya pula merancang waktu pembelajaran. Mereka kadang-kadang belajar di perpustakaan, adakalanya di rumah Cikgu Halim. Cikgu Halim sangat rapat dengan mereka dan selalu memberi tunjuk ajar.

    Masa demi masa berlalu. Kini cuma dua minggu saja lagi untuk mereka menghadapi saat-saat yang paling getir dalam hidup mereka.

    “Sebelum mula peperiksaan itu, bacalah doa dan yakinlah Allah akan membantu insan yang benar-benar berusaha.” Cikgu Halim memberi perangsang kepada anak didiknya. Mereka semua mengangguk.

   Hari yang mendebarkan akhirnya datang jua. Alia melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yang gemuruh. Dia cuba menenangkan dirinya tetapi tidak mampu. Malahan debaran dadanya semakin kencang. Namun akhirnya dia mula merasa tenang dan boleh menjawab soalan yang dikemukakan. Alia melangkah keluar dewan dengan rasa syukur di hati.

  Alia merasakan waktu begitu lambat berlalu. Dia terlalu ingin memperoleh keputusannya. Entah cemerlang, entah tidak.

    Keadaan di sekolah menjadi riuh-rendah. Ada yanggembira, ada juga yang kecewa. Malahan, yang menangis pun tidak kurangnya. Alia melangkah penuh debaran ke pejabat untuk mengambil keputusannya.

    Matanya bagaikan terjegil keluar. Rasa seperti tidak percaya . Alia bagaikan ingin melompat kerana berjaya mendapat 10A1. Mamanya pasti bangga akannya. kawan-kawannya mengucapkan tahniah kepadanya.

    “Sungguhku tak sangka. Inilah detik paling indan dalam hidupku.”Alia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Air mata kemenangan tumpah bagi mengisi keharmonian pagi itu.

    “Nenek, lihatlah cucumu yang sudah berjaya ini.” ujar Alia sendirian sambil diikuti bacaan al-Fatihah untuk arwah neneknya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Ainaa’ Syaana Mohamad,
Kampung Wakaf Mempelam,
Kuala Terengganu.

Advertisements

4 Respons

  1. cntk lrr… rsa mcm sy pla yg jd alia dlm crita ni.

  2. nice story…

  3. nice…..

  4. great!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: