Nissan Latio 1.8 – Cita rasa baru sedan

Digolongkan dalam segmen B, model ini hadir tepat pada masanya selaku pilihan terbaru daripada Nissan untuk para peminat sedan tempatan.


NISSAN LATIO

SEBENARNYA, model sedan terbaru daripada pemegang jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ini pernah penulis pandu uji sekitar pertengahan tahun 2007.

Pada ketika itu, sekumpulan wartawan dibawa oleh pihak ETCM ke Pulau Pinang untuk mengetahui sendiri sejauh mana sedan terbaru daripada Nissan ini mampu menepati cita rasa dan kehendak pembeli kenderaan yang semakin cerewet.

Namun, dengan jadual yang agak padat mengisi dua hari perjalanan itu membuatkan penulis (secara peribadinya) berasa model yang diberi nama Latio ini perlu dipandu uji sekali lagi untuk merasai lebih feel.

Menjadi model yang menggantikan model Sentra yang sudah sekian lama berada di pasaran, Latio hadir dalam lima varian yang dibezakan menerusi sesaran enjin iaitu 1.6 liter atau 1.8 liter, sama ada sport (hatchback), model asas dan premium.

Kali ini, penulis diberi peluang untuk memandu Latio sedan 1.8 liter premium, menyusuri Lebuh raya Utara Selatan dan merasai sendiri kesibukan jalan-jalan sempit di Melaka.

Melihat kepada penampilan Latio, bahagian hadapannya berbentuk sedikit menirus, dengan gril krom lebar yang dipadankan dengan sepasang lampu Bi-Xenon. Lampu Bi-Xenon ini dilengkapi dengan sistem lampu automatik yang akan mengalihkan pancaran cahaya ketika perlu.

Penulis harus mengakui bahawa enjin aluminium serba baru dengan kod MR 18DE bersesaran 1.8 liter ini cukup berkuasa. Sama ada bergerak dari titik kosong di lampu isyarat atau meluncur di lebuh raya, anda tidak akan berasa ia kehilangan kuasa.

Ini banyak dibantu oleh teknologi suntikan bahan api elektronik, sistem Drive-by-WireContinuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang mampu memberikan kuasa tork sebaiknya. dan

Enjin yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 126 PS @ 5,200 rpm dan tork 174 Nm pada 4,800 rpm juga membolehkan pemandu memotong kenderaan lain dengan lebih yakin. Cuma, pada kelajuan tinggi sterengnya terasa sedikit ringan.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT empat kelajuan yang diperkenalkan oleh Nissan sebagai Extronic CVT yang cukup lancar. Pemandu tidak akan berasa sebarang senggukan ketika gear ditukar.

Model Latio ini dibangunkan daripada platform B Nissan global dengan tapak rodanya dipanjangkan. Ia diterjemahkan menerusi ruang kabin dan kargo yang lebih luas berbanding jenama pesaingnya yang lain.


PAPAN pemuka ringkas dengan latar warna hitam dan beige.

Ini bermakna, tidak timbul masalah penumpang berada dalam keadaan kurang selesa biarpun anda mungkin bertubuh besar. Ruang kabin Latio dibalut dengan kemasan dalaman berwarna beige yang terdapat pada tempat duduk, panel sisi dan lantainya. Selain itu, kemasan kayu pada tuil gear, ruang simpanan barang dan corong pendingin hawa turut tidak mengecewakan.

Papan pemuka Latio yang menempatkan sistem audio dan suis pendingan hawa diberi latar warna kelabu, di samping sedikit calitan warna perak di bahagian sisinya.

Anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti material yang menyaluti tempat duduknya yang lebar dan selesa.

Percaya atau tidak, tempat duduk ini mengurangkan keletihan tubuh biarpun memandu dalam tempoh yang lama.

Satu pembaharuan yang dilakukan oleh Nissan dalam model ini ialah meletakkan semua tuil untuk melaras tempat duduk di sebelah kiri.


TUIL pelaras tempat duduk dipasang di sebelah kiri.


Walaupun mungkin memakan sedikit masa untuk membiasakan diri, rekaan ini membolehkan ruang penyimpanan barang pada panel pintu menjadi lebih besar.

Demi keselesaan pemandu, kedudukan perehat tangannya yang disalut dengan kusyen lembut direka dengan sedikit menurun bagi disesuaikan dengan apa jua ketinggian pemandunya.

Tahap NVH Latio boleh dipuji kerana sukar sekali untuk mendengar udara luar atau bunyi enjin menerjah ke dalam kabin. Ini disebabkan oleh garis kontur tubuh Latio yang memiliki tahap Cd (drag coefficient) rendah yang hampir sama dengan model sport Nissan 350Z.

Ia membuatkan halangan angin dapat diminimumkan. Kelebihan ini kemudiannya boleh dimanfaatkan untuk penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Penulis cukup sukakan ciri kunci pintar yang ada pada model Latio (hanya pada model sedan 1.8Ti & 1.6ST-L). Pada radius 80 cm, pemandu tidak perlu mengeluarkan kunci daripada poket, hanya tekan satu butang kecil pada tombol pintu untuk membuka pintu atau kargo belakangnya.

Selain itu, anda juga tidak perlu memasukkan kunci pada suis penghidup, pulas sahaja tombol yang terletak di sisi stereng kerana sistem keselamatannya sudah dapat membaca isyarat daripada kunci tersebut.

Bagi yang gemar mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, mereka pasti akan menghargai kerangka Latio yang rigid dan sistem suspensi yang ada padanya.


LATIO menawarkan ruang kargo belakang yang cukup luas untuk kegunaan anda.

Roda hadapan Latio dipasang dengan penyerap hentak topang McPherson bebas bersama bar penstabil, sementara roda belakangnya mendapat khidmat penyerap hentak jenis torsion beam. Sistem keselamatannya turut dipertingkatkan lagi dengan aplikasi sistem brek ABS, EBD dan Brake Assist.

Latio didatangkan dalam beberapa warna menarik seperti merah, kelabu, perak hitam dan putih. Model ini ditawarkan pada harga RM99,958 seunit.

Advertisements

Satu Respons

  1. It really a great post. It not simply make me comprehend the charmity of words and pictures but in addition help me to find out a lot. Regards very much! Looking forward to see more excellent masterpiece from you from now on. Best wishes.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: