Pelayaran Disney bersama keluarga


Oleh TOM ZOCCOLO

Disney Cruise Line merupakan bukti terbaik bahawa kesempurnaan pelayaran bersama keluarga tidak perlu terlalu eksklusif.


KAPAL pelayaran Disney Magic yang disambut dengan percikan bunga api ketika tiba di Barcelona, Sepanyol.

SUDAH 10 tahun sejak Disney memulakan pelayaran pesiaran bersama kapal Disney Magic, diikuti Disney Wonder pada tahun 1999.

Akan datang dua lagi kapal Disney bakal dilancarkan pada tahun 2011 dan tahun 2012. Dan ketika anda tidak menemui sebarang kasino di atas kapal Disney, anda akan dapati pelbagai kemudahan lain dan permainan atau hiburan bagi setiap peringkat umur disediakan dalam kapal ini.


KANAK-KANAK kecil ini teruja dengan gaya dan penampilan Mickey Mouse oleh kakitangan kapal pesiaran Disney

Ia disebabkan permintaan terhadap jenama Disney telah memastikan kejayaan sistem pelayaran kapal pesiaran.

“Saya tidak fikir adil untuk mengatakan bahawa Disney mencipta pelayaran keluarga kerana sebelum ini telah banyak usaha dilakukan oleh rangkaian kapal pesiaran untuk menarik mereka yang berkeluarga menyertai pelayaran mereka bermula sejak tahun 1990-an.

“Tetapi rasanya adil untuk mengatakan bahawa Disney telah mengembangkan dan memperbaharui idea-idea terhadap pelayaran bersama keluarga ini,” kata Douglas Stalling yang menyunting panduan pelayaran Fodor.

“Disney juga membuktikan bahawa terdapat pasaran yang besar untuk pelayaran keluarga. Mereka menjadi inspirasi kepada rangkaian kapal pesiaran utama yang lain.”

Christine Koubek yang mengkaji kapal Disney Wonder untuk laman web CruiseCritic.com berkata, bahawa apa yang Disney Cruise Line lakukan merupakan bukti terbaik bahawa untuk kesempurnaan pelayaran bersama keluarga, tidak perlu terlalu eksklusif.

Disney merupakan pilihan terbaik bagi keluarga yang mahukan program yang bermanfaat untuk anak-anak mereka selain mereka juga boleh melakukan aktiviti bersama.


KANAK-KANAK mengambil alih pengendalian kapal di Ocean Quest.

Saya bersama isteri, Mary Lou dan anak-anak telah mengikuti satu pelayaran bersama Disney Wonder tahun lalu. Ia satu pengalaman manis yang amat bermakna dan kami sekeluarga seronok menikmatinya.

Anak saya, Isabelle, 9, begitu seronok menjalani eksperimen di Oceaneer Lab. Dia menghasilkan karya glob berwarna hijau yang serupa dari filem Disney, Flubber.

Vinny, 16, pula menghabiskan kebanyakan masanya di kelab malam Aloft yang dikhaskan hanya untuk remaja. Selepas kelab itu ditutup pada pukul 1 pagi, keseronokan tidak berakhir begitu sahaja. Dia bersama beberapa remaja lain bergantung di sekeliling gelung menembak di bawah cahaya lampu.

Bagi golongan dewasa pula, kapal Disney menawarkan kemudahan seperti kelab malam, kelas, pusat kecergasan, restoran khas dipanggil Palo yang menghidangkan wain, bir dan pelbagai lagi.

Ketika anak-anak bermain, saya dan isteri merehatkan diri di dalam bilik sambil menikmati wain dan keju. Kami juga menghadiri parti koktel Disney Vacation Club (kami merupakan ahli DVC) dan Mary telah membeli beberapa cenderamata dari kedai di sana.

Kapal Wonder kemudian berhenti di pulau persendirian Disney dipanggil Castaway Cay. Di sini terdapat sesuatu untuk semua orang termasuk pantai yang hanya diperuntukkan khas bagi remaja, dewasa dan keluarga.


KAPAL pesiaran Disney ketika berada di Castaway Cay iaitu sebuah kawasan persendirian Disney di Pulau Carribean.

Vinny dan kawan-kawannya memilih pantai khas untuk remaja bersama kaunselor Disney dan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, kayak, menaiki bot pisang, makan tengah hari secara barbeku serta mengelilingi pulau dengan basikal.

Sementara saya, isteri dan Isabelle makan tengah hari serta berenang di kawasan berlainan di pulau tersebut.

Castaway Cay juga menyediakan Scuttles Cove di mana kanak-kanak yang diawasi kaunselor menggali tulang ikan paus, membuat instrumen muzik dan bermain permainan air.

Selepas itu kami kembali ke kapal untuk menikmati makan malam bertemakan lanun dan menghadiri parti di dek yang turut mempamerkan persembahan bunga api.

Kami kemudian menyaksikan tayangan filem Pirate of the Carribean di layar gergasi yang disediakan dan ia amat menyeronokkan.

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, nurseri Disney, Flounder Reef akan menjaga bayi yang berusia dari 12 minggu hingga tiga tahun.

Beberapa rangkaian kapal pesiaran akan menghubungi ibubapa untuk menukar lampin, tetapi di Flounder Reef, kakitangan mereka akan melakukannya untuk anda.

Selain itu, Disney Magic dan Wonder turut mempunyai kolam renang yang berasingan sistem penurasan sekali gus membenarkan kanak-kanak yang masih memakai lampin berenang.

Setiap bilik mempunyai bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi. Justeru tidak hairanlah menerusi kaji selidik yang dilakukan BudgetTravelOnline.com, Disney Cruise Line menerima rating tertinggi untuk kanak-kanak kecil dan mereka yang berumur antara tiga hingga tujuh tahun.


DI FLOUNDER REEF, nurseri Disney menawarkan perkhidmatan menjaga bayi walaupun berusia seawal 12 minggu.

Menerusi pelayaran di kapal Disney, pihaknya juga mengatur jadual untuk bertemu karakter seperti Mickey Mouse atau Cinderella dan sesi menghadiri sarapan bersama watak-watak tersebut di Taman Disney.

Program lain untuk kelompok usia berbeza termasuklah Oceaneer Club bagi kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun, bilik permainan yang direka seperti kapal Kapten Hook yang diisi dengan ukiran arca lembut.

Turut ditampilkan ialah persembahan boneka, penceritaan dan nyanyian bersama. Untuk menyertai aktiviti ini, kanak-kanak akan didaftar masuk dan keluar oleh ibubapa mereka dan perlu diajar menggunakan tandas untuk program ini.

Oceaneer Lab untuk mereka yang berumur antara lapan hingga 12 tahun merupakan bilik permainan interaktif bersama dinding video gergasi, bilik mendengar muzik dan komputer skrin rata.

Antara aktiviti yang dijalankan di sini termasuklah membuat persembahan TV dan radio secara komersial, uji minda dan ciptaan saintifik.

Di Disney Magic, kanak-kanak juga boleh mengambil alih kendalian kapal di Ocean Quest mengikut budi bicara ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa turut disediakan sebuah pager apabila meninggalkan anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah di mana-mana pusat.

Bagi remaja pula, Disney Magic menyediakan sebuah tempat dipanggil Stack, ruang istirehat bersama lantai tarian, kafe berinternet, TV plasma bersaiz besar dan permainan video.

Kapal ini turut menawarkan persembahan teater muzikal untuk tontonan pengunjung. Tahun ini sebuah muzikal baru bertajuk Toy Story akan dipersembahkan di Wonder.

Jurucakap Disney Cruise, Jason Lasecki berkata, syarikat bercadang untuk menjadikan persembahan itu eksklusif untuk penumpang kapal pesiaran tersebut.

Jika anda ingin belayar bersama Disney, ikuti tip-tip berikut:

* Buat tempahan awal. Ini membolehkan anda mendapatkan bilik terbaik untuk musim pelayaran yang penuh.

* Bulan terbaik untuk belayar ialah bulan Januari, awal bulan Februari dan penghujung bulan Ogos, September, Oktober dan hari bukan cuti pada bulan November dan bulan Disember.

* Jika anda mempunyai jadual perjalanan tertentu di fikiran, buat tempahan sekurang-kurangnya 90 sebelum belayar untuk mendapatkan kabin terbaik dan harga yang menarik.

* Jadual perjalanan berbeza. Disney Wonder belayar dari Port Canaveral, Florida, Amerika Syarikat (AS) selama tiga hari empat malam dan berhenti di Nassau dan Castaway Cay. Disney Magic pula berlepas dari Canaveral ke St. Maarten, St. Thomas dan Castaway Cay.

* Bermula pada bulan Mei, terdapat 12 pelayaran Disney Magic selama malam hari tujuh malam yang berlepas dari Los Angeles ke Mexican Riviera.

* Harga untuk pelayaran bersama Wonder bermula dari AS$349 (RM1,127) setiap orang untuk pelayaran selama tiga malam, AS$399 (RM1,289) untuk empat malam manakala Magic bermula dengan AS$649 (RM2,097) untuk tujuh malam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: