Titik Hitam Seorang Pelajar

        “Baiklah, semua pelajar boleh bersurai dan pergi makan,” kata Ustaz Ramli setelah memberi tazkirah selepas solat Maghrib di surau asrama. Aku dan pelajar lain sedang makan dengan berselesa sekali apabila secara tiba-tiba telingaku menangkap suara pembaca betita di TV di suatu sudut dewan makan asrama itu. Pembaca berita itu berkata, “Seorang pelajar sekolah yang didakwa mencuri wang dan peralatan sekolah ditangkap dan dikenakan….”. Ungkapan itu membuat aku terkenang akan titik hitam yang pernah aku lalu empat tahun lalu.

        “Roslan, awak dengan rasminya dilantik menjadi pengawasa di sekolah ini,” kata cikgu Zulkifli, guru disiplin. Kata-kata itu cukup menggembirakan hatiku. Aku rasa tugas itu sebagai suatu penghargaan kerana aku baru dalam tingkatan satu ketika itu. Sungguh kecil diriku untuk mengawal pelajar dua kali ganda lebih besar daripada aku. Tetapi semangatku lebih besar daripada bangunan sekolah ini. Sebagai pengawas, aku sangat patuh kepada peraturan sekolah dan menjaga disiplin diri. Aku juga mengenali semua pengawas di sekolah ini terutama Penolong ketua Pengawas, iaitu Zainul Shah. Aku memanggilnya Shah, dan aku sangat rapat dengannya walaupun dia setahun lebih tua daripada aku. Malah aku kagum dengannya. Dia memiliki ilmu persilatan yang hebat. Aku teringin sekalli mempelajarinya. Suatu hari aku meluahkan hasratku ingin belajar silat dengannya. Shah tersenyum.

        “Ooo…boleh, apa salahnya. Esok pukul 9.00 pagi tunggu aku di padang sekolah.” Aku gembira bukan alang kepalang sambil berlari pulang ke asrama.

        Seperti yang dijanjikan, pagi esoknya Shah berjumpa aku di padang sekolah.

        “Macam mana? Marilah kita mulakan!” aku menyuarakan rasa tak sabar untuk belajar bersilat.

        “Nantilah dulu. Mari kita ke sekolah sekejap,” pelawanya.

        “Nak buat apa?” tanyaku dengan hairan.

        “Lan! Kau duduk sini dan perhatikan orang. Kalau ada orang, cepat beritahu aku,” arah Shah sambil mengeluarkan tukul dari pokot seluarnya. Kemudian, dia memecahkan mangga pintu bilik guru. Dalam beberapa minit kemudian Shah keluar dengan membawa wang yang banyak di tangannya dan mengajak aku lari keluar dari kawasan sekolah. Kami pun berlari menuju ke tepi padang sekolah. Apabila nafas kami reda, “Nah! Kau ambil duit ni, ” Shah menghulurkan wang RM30 kepada aku.

        “Apa ni Shah!” Kau mencuri ya Shah!” Suaraku kuat membelah kesunyian pagi.

        “Syy…bukan senang nak dapat wang sebanyak ni. Mak dan bapak kau pun tak bagi duit sebanyak ni kan! Shah memancing kejujuranku.

        “Betul juga cakap Shah ni,” hati kecilku termakan pujukan itu. Aku terasa seronok pula mendapat duit sebanyak itu.

        Sejak itu, aku terpengaruh dengan sikap Shah yang suka mencuri. Pada setiap hujung minggu aku melakukan kerja ini bersama-sama Shah. Keinginan aku untuk belajar silat dengannya mulai luput. Kini aku mempunyai wang yang banyak dan bermula daripada wang banyak itu, Shah mengajar aku merokok. Sejak itu, aku juga kerap menghisap rokok.

        Suatu hari ketika cuti persekolahan, Shah mengajak aku melakukan rutin kami yang terkutuk itu. Entah kenapa pada hari itu perasaanku berasa cemas berbaur dengan rasa takut. Tiba-tiba aku terdengar, “Woi! Pencuri!” pekik pengawal keselamatan sekolah. Aku dan Shah lari lintang pukang. Seliparku terlucut dan aku terus berlari berkaki ayam.

        Apabila sekolah dibuka berita kecurian yang berlaku di sekolah ini heboh diperkatakan semua orang. Aku menjadi bimbang apabila dipanggil ke bilik guru disiplin. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiranku. Sebaik pintu bilik disiplin itu dibuka, aku terlihat selipar aku di atas meja guru disiplin, Selipar itulah yang aku pakai pada hari tersebut. Guru disiplin masuk sambil berkata, “Satu tahu awak dipengaruhi untuk melakukan kerja terkutuk itu. Siapakah yang mengajak awak mencuri ini?”

        “Ssh…Shah, cikgu. Zainul Shah Tingkatan 2 Sabar.” Aku pun memberitahu segala perbuatan yang aku lakukan bersama-sama Shah selama ini.

        Aku menyesal dengan perbuatan aku yang buruk itu. Tambahan lagi, aku dan Shah pengawas di sekolah ini. Ibu bapa aku dan Shah diminta hadir ke bilik pengetua. Aku tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipiku kerana ibu terpaksa datang ke sekolah atas kesalahan disiplinku. Mulai hari ini aku berjanji dan bertekad bahawa ibu datang ke sekolah ini bukan lagi kerana keburukan sikap aku, tetapi kerana kejayaanku.

        “Lan, apa yang kau dapat buat ni? Sanggup Lan lukakan hati ibu ini. Tak cukupkah wang yang ibu bagi selama ini, Lan?” kata-kata ibu yang sayu menyebabkan aku sekali lagi sebak lalu menitiskan air mataku.

        “Ibu maafkanlah Lan. Lan tak berniat lukakan hati ibu. Lan dipengaruhi oleh kawan, ibu. Maafkanlah Lan, ibu. Ampunlah kesalahan anakmu ini.” Aku menangis sepuas hati sambil melutut memegang tangan ibu.

        Kini aku lebih berhati-hati memilih sahabat dan sahabatku yang paling rapat sekarang ialah buku pelajaran. Titik hitam yang aku alami dahulu telah lama terkubur di hati ini. Sudah lima tahun aku di asrama ini dan asrama ini juga membuatkan aku lebih bersemangat untuk belajar dan meraih kejayaan dalam SPM tahun ini.

Mohd Roslan Mustapa
SMK Sultan Ibrahim 2,
Pasir Mas, Kelantan

6 Respons

  1. Terpengaruhh ..

  2. hey…. pandai awak ciplak criter ni… sya dah pernah bca criter ni….

  3. hmm…n0wadays…pengamal undang2,,prefects,,n even p0lice,,are w0rst…..yesterday i saw p0liceman langgar lampu merah….den bleh gelak2…..ter0k…!!

  4. budak zaman skaraang dah taleh nak ckp pe dah..
    bingit..

  5. mudah yer terpengaruh….

  6. hmm,2 la bdk2 zaman skg….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: