Kapal Terbang Guna Tenaga Solar Beroperasi Tahun Depan

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan memastikan laluan sempurna bagi penerbangan kapal terbang pertama yang menggunakan tenaga matahari “Solar Impulse” tahun depan.

Kapal terbang itu tidak menggunakan bahan bakar dan oleh itu tidak mengeluarkan sebarang asap.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Giovanni Bisignani dan Presiden Solar Impulse, Bertrand Piccard menandatangani perjanjian di sini hari ini bagi mewujudkan rangka kerja kerjasama antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Bisignani berkata Solar Impulse dan IATA berkongsi wawasan ke arah karbon sifar bagi perjalanan udara di masa depan dengan tenaga suria merupakan antara pilihan bagi menghasilkan realiti tersebut.

Piccard pula berkata “kebebasan masa depan bergantung kepada kita untuk mengubah kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui secepat mungkin.” Katanya wawasan yang ditetapkan oleh IATA untuk menghapuskan pengeluaran semua pencemaran dalam tempoh 50 tahun akan datang adalah dikagumi.

Solar Impulse sedang membina prototaip pertama kapal terbang tersebut untuk membuktikan kemungkinan penerbangan dilakukan pada siang dan malam menerusi penggunaan tenaga suria.

Ujian pertama penerbangannya akan diadakan awal tahun depan dengan hanya membawa seorang individu.

Piccard berkata jumlah penumpang akan ditambah kepada beberapa ratus orang dalam tempoh 40 tahun akan datang.

Pada 2011, Piccard dan Ketua Pegawai Eksekutif Solar Impulse, Andre Borschberg akan terbang mengelilingi dunia dan singgah di lima perhentian.

IATA berkata ia akan membantu dengan turut mendapatkan kelulusan kawalan bagi laluan udara.

 

BERNAMA
(Singapura, 18 Feb 2008)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: