Honda makin laris


HONDA Malaysia Sdn Bhd mengumumkan kejayaan jualan kenderaannya yang dicatatkan sebagai paling tinggi di pasaran sepanjang tahun lalu.

Menurut kenyataan yang ikeluarkan baru-baru ini, onda menjual sebanyak 8,479 model kenderaannya epanjang tahun lalu, meningkat ujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

Faktor ini didorong penjualan memberangsangkan bagi model sedan iaitu Civic, City dan kenderaan Sport Utiliti (SUV) CR-V.

Katanya, orang ramai yakin dengan pemantapan ketigatiga model terbabit berdasarkan kepada latar belakang model itu yang terbukti memberi kepuasan maksimum kepada pemiliknya.

Semua model berkenaan adalah di antara lapan model terbaru yang diperkenalkan Honda tahun lalu selain Accord VTi-S, Civic Type R, Civic Hybrid, Jazz dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) New Stream.

Bagi sudut pengeluaran pula, Honda turut mencatatkan kejayaan apabila kilang pemasangannya di Pegoh, Melaka mencatatkan pengeluaran kenderaan ke-100,000 sepanjang lima tahun beroperasi.

Selain itu, sepanjang tahun lalu juga Honda turut merangkul beberapa anugerah yang membantu meningkatkan jualan kenderaannya.

Antaranya, anugerah JD Power Asia Pacifi c Malaysia Initial Quality Study (IQS) yang diberikan kepada Honda Civic generasi kelapan dalam kategori sedan medium, selain anugerah Reader’s Digest Asia Gold Trusted Brand Award 2007 bagi model Honda City.

Model lain seperti CR-V, Civic Hybrid, Odyssey dan New Stream turut mendapat pengiktirafan melalui anugerah NST-Maybank Car of the Year 2007, Autocar ASEAN Car of the Year 2006/2007, Get @ Car of the Year 2008, CarMag Car Buyers Guide 2007/2008 dan Malaysian Women’s Weekly Car Awards.

Paling membanggakan Honda, model City turut diiktiraf sebagai kenderaan paling menjimatkan minyak dalam ujian Fuel Effi ciency Automotive Test (FEAT) yang disahkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Dalam aktiviti permotoran, Honda turut menunjukkan peningkatan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) dan Super GT manakala pada perlumbaan Merdeka Milennium Endurance lalu, Honda Malaysia Racing Team (HMRT) dinobatkan sebagai juara bagi kategori kelas A kali kelima berturut-turut.

Oleh Mohd Razlan Salleh
HMetro

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: