Khazanah laut Layang-Layang


Tumpuan peminat skuba dunia
DARI jauh, daratan yang membentuk Pulau Layang-Layang, 300 kilometer (km) dari utara Sabah ini kelihatan seperti tanah gersang. Pulau buatan manusia seluas kira-kira dua padang bola sepak itu kini menjadi tumpuan peminat selam skuba di seluruh dunia.


Asalnya, ia hanya untaian 13 terumbu karang. Dikenali sebagai Terumbu Layang- Layang, ia mendapat namanya apabila mereka yang pernah singgah menyatakan kehadiran banyak sarang burung layang-layang di sekitarnya.

Terumbu yang dikawal Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) itu hanya menerima kemasukan pelancong pada Januari hingga Oktober. Sepanjang November dan Disember, tiada pelancong dibenarkan memasuki kawasan berkenaan berikutan ombak besar yang boleh membahayakan.

Di kalangan pasukan keselamatan negara, Terumbu Layang-Layang juga dikenali sebagai Stesen Lima. Perkembangannya dari terumbu karang terletak 156 batu nautika dari utara Kota Kinabalu bermula dari pembinaan dua modul penginapan tentera yang siap pada Februari 1985.

Akhir 80-an menyaksikan kerja penambakan laut giat dilakukan di satu bahagian terumbu berpendapat ini apabila kerajaan rasakan ia mempunyai potensi besar dalam bidang pelancongan.

Pasir, batu dan konkrit dibawa berterusan untuk membentuk daratan seluas 12.5 hektar.

Maka, lahirlah Pulau Layang-Layang seluas 14 km persegi dengan hanya sepanjang 7.5 km dan lebar 2 km. Layang-Layang Island Resort kemudian menjadi pusat peranginan tunggal yang membuka pintunya di pulau terpencil itu.

Pulau kecil ini dilengkapi dengan terusan, jeti dan landasan kapal terbang.

Untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan penghuninya, kincir angin dibina pada satu bahagian pulau.

Bagaimanapun, Pulau Layang-Layang yang menjadi sebahagian daripada gugusan kepulauan Spratly itu menjadi rebutan beberapa negara termasuk China, Vietnam, Filipina dan Brunei.

Ini berikutan dasar lautnya kaya dengan emas hitam dan pelbagai gas asli, selain lokasi strategik dalam laluan perhubungan antara Laut Pasifik di bahagian timur dan Laut Hindi di sebelah barat.

Perairan di sekitarnya juga mendapat reputasi sebagai antara 10 destinasi selam skuba tercantik dunia.

Khazanah lautnya dipaparkan dalam beberapa penerbitan antarabangsa termasuk Diver (United Kingdom); Merguilho (Brazil), Scuba Diver (Australia) dan majalah gaya hidup elit, Le Prestige.

Walaupun membesar dengan kehidupan orang pulau, penulis teruja bermain air laut di Layang-Layang.

Ketika rakan lain sibuk mencari tilam untuk melepaskan lelah, penulis ditemani anggota tentera mencari lokasi sesuai untuk berendam.

Bagaimanapun, perasaan teruja bertukar kepada tawar hati apabila diberitahu kedalaman perairan sedalam 2,000 meter itu sering dilawati pelbagai kumpulan jerung. Daripada yu kabut, jerung putih dan yu sirip hitam, spesies jerung yang hanya dilihat di saluran Discovery ini boleh didekati menerusi aktiviti selam skuba.

Layang-Layang mula meniti populariti sebagai lokasi ‘wall diving’ kerana dasar lautnya yang dalam. Pembinaan penempatan tentera juga memainkan peranan penting dalam menjaga terumbu karang daripada pencerobohan nelayan, sekali gus memulihara terumbu karangnya.

Untuk warga tempatan, mendengar nama jerung sudah menggerunkan. Sebaliknya, untuk penggemar selam skuba, menyelam untuk menyaksikan pelbagai spesies ikan dengan mata sendiri adalah pengalaman paling bernilai.

Untuk mengubat hati, kami bersama-sama anggota tentera lain menghabiskan waktu malam dengan memancing. Langit yang cerah menyebabkan agak mudah untuk melihat kumpulan ikan kecil yang mengejar umpan.

Advertisements

Satu Respons

  1. Assalamualaikum,

    Sekiranya anda ingin mengetahui perit maung yang terpaksa dilalui oleh anggota ATM daripada TLL dituntut oleh pihak tertentu, sila layari blog saya di bawah label ‘Terumbu Layang-Layang’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: