Tarutao masih suci


Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


BERKERUT dahi apabila diberitahu wakil media akan dibawa melawat Kepulauan Tarutoa di wilayah selatan Thailand, baru-baru ini. “Di mana Taratoa tu,” tanya serang rakan. Berbanding Phuket dan Ko Samui yang menjadi tumpuan pelancong, nama pulau ini sering tercicir dari senarai destinasi pelancongan untuk mereka yang berkunjung ke negara gajah putih itu.

Taman Laut Negara Tarutao ini sebenarnya adalah jiran kepada Pulau Langkawi. Ia meliputi gugusan 51 pulau yang bertaburan di Laut Andaman, berdekatan dengan wilayah Satun, selatan Thailand. Malah, pulau ini juga boleh dilihat dari puncak Gunung Machincang, di pulau lagenda itu.

Ada gugusan pulau utama yang membentuk taman negara ini, Tarutao dan Adang-Rawi. Gugusan Tarutoa terletak 30 km dari pantai yang meliputi Ko Tarutao sebagai pulau terbesar selain dua lagi pulau dengan saiz lebih kecil Ko Klang dan Ko Lek.

Manakala, jauh sedikit iaitu 45 km dari barat Tarutoa terletak Ko Adang, Ko Rawi, Ko Lipe dan Ko Dong. Kebanyakan pulau yang masih diliputi hutan tebal ini asalnya dihuni oleh orang laut, kaum yang gemar mendiami pinggir pantai dan berpindah dari satu pulau ke pulau lain.

Sejam menunggu di Jeti Sadao, kami bertolak ke taman negara ini dengan bot laju. Apa yang kelihatan sebaik menjejakkan kaki ke Ko Tarutoa adalah persisiran pantai putih yang panjang. Di beberapa kawasan, papan tanda amaran tsunami dan tempat berkumpul didirikan.

Kawasan tanah rata yang luas membuktikan penempatan manusia yang luas pernah mendiami pulau ini. Seperti Jerjak, ia pernah menjadi tempat buangan pesalah sejak penjara pertama dibina di pulau itu pada 1939.

Mengikut rekod, penjara pertama dibina di Talo Udang Bay, tetapi berikutan ratusan banduan setiap tahun, menyebabkan satu lagi penjara dibina di Talo Wao. Banduan ini dikerah untuk membina jalan sepanjang 12 km dan selebar 6 m menghubungkan dua kawasan pantai itu.

Antara sebab Tarutao dipilih adalah kerana lokasinya yang terpencil dan kehadiran jerung di perairan menyukarkan banduan untuk melepaskan diri. Antara banduan popular yang pernah menghuni pulau ini adalah kumpulan pemberontak Bowondet.

Melihat keindahan pantainya, sukar membayangkan ia pernah menjadi penjara untuk ribuan orang. Apa yang kelihatan kini adalah kesan runtuhan sebagai bukti penjara ini. Satu tugu khas juga didirikan dekat kawasan pantai.

Bagaimanapun, tidak semua banduan menerima layanan buruk. Pesalah politik umpamanya dibenarkan bebas untuk menjalankan projek pertanian, membuat terjemahan atau menyusun kamus. Pesalah jenis ini dikatakan menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan selepas kembali dari buangan.

Ketiadaan bekalan makanan dari tanah besar akibat Perang Dunia Kedua mengakibatkan penghuni Tarutoa mengganas dengan menjadi lanun, menyerang kapal yang menghala ke Selat Melaka. Hanya selepas tentera British membersihkan Tarutao dari lanun, pulau ini mula dihuni oleh penduduk dari pulau berhampiran.

Sejarah berdarah Tarutao tidak terhenti di situ. Ketegangan antara pegawai kerajaan dan penduduk tempatan apabila penduduk setempat tidak mahu beralah apabila pulau ini diisytiharkan taman laut negara pada 1974.

Sejam di dini, kami kemudian bertolak ke Ko Lipe yang menjadi sebahagian dari gugusan Adang-Rawi, kira-kira 45 kilometer dari Tarutao. Pulau yang hanya berkeluasan 4 km persegi ini menjadi kediaman kepada lebih 800 keluarga. Ia juga menjadi destinasi utama

Selesai urusan daftar masuk ke penginapan, kami terus dibawa untuk aktiviti island hopping dan snorkling. Terlebih dulu, kami berhenti di pulau batu hitam.

Selepas setengah jam di sini, kami dibawa pula ke lokasi kedua. Bagaimanapun, gelombang laut yang kuat menyukarkan kami menikmati keindahan dasar laut Tarutao. Pemandu bot memberi tips – pegang kepada empat tali yang dibina untuk mengelak dari dibawa arus yang agak kuat.

Sebelum pulang ke bilik, kami dibawa bersiar-siar di sekitar perkampungan orang pulau. Wajah dan cara hidup mereka tidak jauh bezanya dengan orang kita. Ada kalanya, terdengar orang tua yang bertutur bahasa Melayu dengan loghat Siam Kedah. Menurut pemandu bot kami, kebanyakan penduduk asal Li Pe berasal dari pulau.

Kelebihan pulau kecil ini adalah setiap bahagiannya boleh dihubungkan dengan jalan darat. Di tengah pulau pula, ada deretan kedai kayu menempatkan tempat urut, kedai, pub dan restoran. Kebanyakannya menjadi tumpuan mat saleh bersidai – ada yang minum, membuat “braided hair” atau duduk melepas sementara menunggu siaran langsung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: