Kamera video definisi tinggi

Mengapa anda digalakkan memilih kamera video berdefinisi tinggi seperti AVCHD Video Codec High Definition) untuk merakamkan detik indah percutian anda?


CANON HG10

DENGAN kebanjiran set TV HD di pasaran hari ini, anda mungkin perlu menimbangkan untuk merakam percutian anda bersama keluarga yang akan datang dalam format definisi tinggi (High Definition – HD). Rakaman yang dibuat menggunakan kamera video definisi standard (SD) dengan 720 x 576 piksel akan kelihatan kabur dan kelam apabila ditayangkan pada TV berdefinisi tinggi.

Hanya video yang dirakam menggunakan format HD membolehkan destinasi percutian anda kelihatan tajam dan terang pada skrin HD TV anda. Sebagai contoh, perkataan yang tertulis pada papan tanda resort penginapan anda akan kelihatan lebih terang jika dirakam menggunakan kamera HD berbanding yang menggunakan format SD.

Sungguhpun begitu, kualiti warna dan perincian yang anda dapat dari video Blu-ray atau HD DVD akan kelihatan lebih terang berbanding yang dirakam menggunakan kamera video HD kerana ia menggunakan kaedah kompresi atau pemampatan yang lebih tinggi bagi membolehkan rakaman dimuatkan ke dalam cakera keras kamera video HD.

Bagi kamera video berformat HD sepenuhnya yang menggunakan 1,920 x 1,080 piksel, terdapat kamera yang membuat rakaman ke dalam pita MiniDV dan juga kamera AVCHD (Advanced Video Codec High Definition) yang merakamkannya pada DVD, memori kad ataupun cakera keras. Namun, secara peribadi, penulis lebih menyukai kamera video yang menggunakan cakera keras untuk bercuti di atas sebab-sebab berikut:

Pertamanya ialah kerana ruang storan yang mencukupi. Dengan kapasiti storan 40GB ke atas, anda boleh merakamkan lebih lima jam perjalanan percutian dengan kualiti definisi tinggi. Malah, anda juga boleh memanjangkan waktu rakaman dengan merendahkan sedikit kualiti video yang diambil. Bagi sesetengah kamera video, anda mungkin perlu menukar media storan sama ada pita ataupun DVD bagi membuat rakaman tambahan.

Keduanya, tugas memuat turun fail rakaman dari cakera keras kamera ke komputer lebih pantas dan mudah. Ia sama seperti memuat turun fail dari thumbdrive atau cakera keras luaran.


PENGGUNAAN kamera video berdefinisi tinggi menjanjikan kualiti gambar yang terbaik.

Cuma sambungkan kabel USB dari kamera ke komputer dan anda boleh membuat pratonton dan memindahkan fail video pada komputer.

Satu-satunya kekurangan kamera video jenis ini ialah anda perlu menanggung risiko kehilangan kesemua rakaman anda sekiranya cakera kerasnya mengalami kerosakan. Namun begitu, para pengeluar telah mempertingkatkan teknologi perlindungan pada cakera keras kamera bagi mengurangkan risiko ini.

Sungguhpun begitu, tiada langkah terbaik bagi melindungi rakaman selain membuat backup atau salinan kepada komputer. Gunakan aplikasi suntingan video bagi membuat suntingan terhadap rakaman anda dan seterusnya merekodkannya pada cakera DVD. Ini membolehkan anda menggunakan ruang storan pada kamera untuk kegunaan rakaman yang akan datang.

Antara contoh kamera video berdefinisi tinggi ialah seperti berikut:

Sony HDR-SR8E

Model keluaran Sony ini merupakan antara model terbaik bagi pengguna ‘prosumer’. Perincian pada rakaman yang dibuat amat tajam. Ia mampu memberikan resolusi sehingga 1,440 x 1,080 piksel bagi memberikan rakaman yang kaya dengan warna yang menarik dan tajam. Sunguhpun kamera ini bukan kamera profesional, namun kualiti yang dihasilkan oleh kamera AVCHD ini seakan diambil menggunakan kamera profesional. Ciri Super SteadyShot penstabil imej optikal membolehkan rakaman yang dibuat kurang bergoyang sekiranya diambil oleh mereka yang tangannya sering bergoyang.

Canon HG10

Kamera ini mampu membuat rakaman pada format HD penuh (1,920 x 1,080) sensor CMOS dan memberikan warna yang kelihatan semula jadi dan tidak terlebih warna. Rakaman yang dibuat pada waktu siang kelihatan mantap, terang dan terperinci khususnya apabila kamera video tersebut berada pada keadaan statik. Fungsi fokus automatik dan penstabil imej juga disertakan pada model ini. Model ini membolehkan penggunanya membuat rakaman definisi tinggi sehingga 15 jam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: