Lumut bandar tepi laut

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

BAGI kebanyakan orang, Lumut adalah pekan kecil yang menjadi persinggahan sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, atau pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi identiti bandar pinggir laut ini.

Sinonim pesta laut

Mengikut cerita masyarakat tempatan, Lumut atau nama asalnya Tanah Merah dibuka Raja Ungku Busu pada abad ke-17. Serangan lanun ke atas bandar persisir air itu menyebabkan anak raja dari Selangor lari meninggalkan Tanah Merah.


Zaman sebelum merdeka menyaksikan Lumut memainkan peranan sebagai pintu masuk pendatang Cina untuk bekerja di lombong bijih timah di sekitar Perak. Antara pendatang terawal termasuk Cina Methodist yang membuka penempatan di Setiawan.

Bot kecil dan gajah digunakan untuk mengangkut bijih timah, balak dan kepingan getah dari Lembah Kinta ke Lumut sebelum dieksport ke negeri lain.

Emas hitam yang menjadi komoditi paling berharga ketika itu menjadi kunci kepada pembangunan Perak oleh kuasa penjajah.

Melihat kembali sejarah awal Tanah Melayu, kapal wap berulang-alik antara Pulau Pinang dan Lumut digunakan untuk mengedarkan surat dan bahan keperluan. Kapal sama membawa balik bahan mentah hasil bumi Perak ke Pulau Pinang, sebelum dieksport ke negara Barat.

Pembangunan Lumut, bagaimanapun, banyak disumbangkan pangkalan TUDM. Komuniti keluarga tentera kini tinggal dalam kawasan dilengkapi dermaga untuk bot peronda dan kapal selam, hospital, muzium, pejabat, pusat latihan, kompleks sukan, sekolah dan pasar raya.

Berhampirannya, anda akan dapat melihat beberapa bangunan tinggi menempatkan komuniti pekerja asing, kebanyakannya bekerja di stesen tenaga dan pelabuhan. Kewujudan komuniti ekspatriat ini membuka pintu rezeki kepada pengusaha restoran makanan Itali, pub dan kafe.

Sejak beberapa tahun lalu, bandar kecil ini bertukar wajah dengan pembinaan Lumut Waterfront, projek pembangunan bersepadu untuk membangunkan kawasan persisir pantai Lumut. Projek meliputi kawasan seluas 36.25 hektar bernilai RM80 juta ini dijangka siap pada 2010.

DESTINASI MENARIK

Menara jam di tengah bandar dibina pada 1960 oleh Malayan Flour Mills Company simbolik pembangunan kini menjadi identiti Lumut. Deretan kedai dibina sebelum zaman perang pula menjadi tumpuan untuk mencari barangan cenderamata dan produk makanan laut.

Selain itu, Lumut juga dihiasi kincir angin setinggi lapan meter yang masih teguh berdiri berhampiran kawasan pinggir pantai. Pembinaan Taman Cempaka Sari berhampiran Lumut Country Resort pula dihiasi pelbagai landskap menarik.

Bagaimanapun, bandar ini yang menjadi pintu masuk ke Pulau Pangkor dikenali dengan keindahan beberapa pantai di sekitarnya. Teluk Batik, kira-kira 6.5 kilometer dari Lumut menawarkan lokasi terbaik untuk mereka yang gemar berjemur atau berkelah di tepi pantai.

Ribuan pelancong membanjiri pantai ini setiap Ogos untuk merasai kemeriahan Pesta Laut Lumut. Pelbagai aktiviti seperti sukan air, persembahan kebudayaan, gerai makanan diadakan sepanjang pesta.

Ada beberapa penginapan bajet di sini termasuk Teluk Batek Chalet (05-935554).

Teluk Rubiah, 6 kilometer dari jalan besar sesuai untuk kaki golf. Teluk Rubiah Royal Golf Club menyediakan pelbagai kemudahan termasuk chalet, kolam renang, gelanggang tenis dan skuasy.

Pantai Pasir Panjang pula agak jauh di kawasan Manjung. Pantai terpanjang di Manjung ini terletak kurang 2 kilometer dari persimpangan Jalan Lumut ke Pantai Remis.

TEMPAT MAKAN

Jika tidak gemar menu Barat di restoran makanan Itali berhampiran dengan pelabuhan, apa kata berkunjung ke restoran makanan India. Restoran Melayu dan Restoran Surpreme umpamanya mempunyai pelbagai pilihan makanan tempatan dan Barat pada harga berpatutan.

Kedai makan dan warung penjaja berhampiran waterfront turut menawarkan pelbagai pilihan. Daripada mi, tom yam, sate, burger dan air batu campur, semua ada dijual di sini. Kawasan ini amat popular di kalangan penduduk tempatan dan pengembara ‘backpackers’.

Berhampiran pasar kecil dekat Lumut Country Resort, anda akan bertemu dengan kedai mi yang dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam. Tempat makan di stesen bas juga menjadi tumpuan pengembara yang ingin menjaga bajet ketika bercuti.

PENGINAPAN

Banyak pilihan penginapan termasuk hotel bajet boleh disesuaikan dengan keperluan pengunjung. Ini termasuk The Orient Star Resort Lumut (05-6834199) dengan kadar serendah RM240; The Lumut Country Resort (05-6835109, RM85); Blue Bay Resort (05-6836239, RM110) dan Hotel Putra (05-6838000, RM59).

UNTUK KE SANA

-Kedudukannya antara ibu kota dan Pulau Pinang, Lumut terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari kedua-duanya. Ipoh, Perak bandar paling dekat, hanya 84 kilometer dari utara pekan itu. Kedudukannya agak tersorok walaupun terletak antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

>Jika malas memandu, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk sampai ke bandar ini seperti Transnasional, Sri Maju dan Plusliner yang bertolak dari ibu kota, Seremban, Butterworth dan Ipoh. Semua bas berhenti di stesen berdekatan dengan terminal feri memudahkan pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Pangkor.

Advertisements

3 Respons

  1. NO TEPON SYA 019-3221207

  2. SAYA MENCARI TANAH TEPI LAUT SEKITAR PERAK SPT HUTAN MELINTANG, LUMUT DSBNYA. TUJUAN PEMBINAAN LIMBUNGAN KAPAL. PERLU 15-30EKAR.

  3. LUMUT SGT BEST!~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: