Pesta malam di Kampung Salang


Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

kampung salang, pulau tioman…
BAGI yang pernah ke Pulau Tioman, Kampung Salang bukanlah nama yang asing sebagai destinasi tumpuan pelancong yang berkunjung ke pulau kecil di Laut China Selatan itu.


Melepas lelah sepanjang pantai

Perairan sekitarnya yang dekat dengan beberapa terumbu karang tiruan menjadikannya antara lokasi terbaik untuk snorkling dan selam skuba.


Wajah sebenar Kampung Salang akan bertukar apabila senja melabuhkan tirainya. Saat ini, kumpulan penyelam yang keletihan kerana sehari suntuk meneroka rahsia dasar laut sekitar Tioman, melepaskan lelah di bar dan warung sepanjang pantai di kampung ini.

Kebanyakan bar ini didirikan berhampiran dengan gigi air membolehkan pengunjungnya melepak sambil melayan hembusan udara petang. Bertambah indah apabila berpeluang menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

Menghampiri tengah malam, semakin ramai pengunjung membanjiri beberapa restoran makanan laut di sepanjang pantai kampung ini.

Tanpa kelab hiburan atau panggung wayang tidak bermakna pengunjungnya tidak boleh berpesta.

Penyelesaiannya – melepak di pub atau warung sehingga larut malam. Kawasan berdekatan jeti pula dipenuhi oleh kaki pancing.

Ada juga yang mengambil peluang dengan keadaan langit terang untuk mencandat sotong.

Pengusaha Salang Pesaka Resort, Abdul Khalid Mohamad, berkata perkampungan itu seolah-olah berpesta apabila pelancong dari pelbagai negara berhimpun menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak.

“Kami menyediakan layar besar yang dipasang di restoran.

“Ada kalangan penyelam dan pengembara backpackers membentuk pasukan penyokong masing-masing,” katanya.

Mereka yang pernah berkunjung ke kampung ini mengakui selamat bersiar-siar di pantai walaupun larut malam. Ini berikutan hampir keseluruhan pekerja di pusat peranginan ini dari keluarga yang sama.

Ada kira-kira 15 keluarga besar yang menjadi penduduk asal kampung ini. Ada antara saudara mereka “diimport” dari tanah besar untuk menyumbang kepada perniagaan keluarga ini.

Sehingga kini, penduduk pulau ini menguruskan lebih 200 chalet dan kira-kira 15 restoran sepanjang kawasan pantai.

“Kebanyakan restoran dan pengusaha bot di sini adalah saudara mara saya.

“Jika orang luar, mereka mungkin terbabit dalam operasi pusat selam skuba atau penghasilan cenderamata,” katanya.

Di kalangan pelancong asing, Salang Pusaka lebih dikenali dengan nama asalnya, Khalid’s Place.

Malah, di sinilah tempatnya untuk melihat biawak besar bebas berkeliaran di alur sungai berdekatan dengan restoran. Ada kalanya, ia menaiki tebing sungai untuk mencari sisa makanan.

Khalid berkata, kebanyakan pengunjung gemarkan suasana perkampungan Melayu yang tidak ditawarkan pusat peranginan lain.

“Chalet kita terletak jauh sedikit dari kawasan pantai. Justeru, pengunjung yang membawa ahli keluarga yang ramai tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak mereka.

“Kawasan lapang yang luas di sekitar chalet juga membolehkan pelbagai aktiviti termasuk hari keluarga diadakan,” katanya.

Salang Pusaka Resort menawarkan lebih 40 chalet dilengkapi dengan kemudahan asas.

Pulau Tioman menerima kunjungan pelancong asing bermula Februari sehingga akhir Oktober. Keterangan lanjut, hubungi 019 262 5330 atau 07 799 8337.

Advertisements

Satu Respons

  1. me pernah sampai pulau tioman.. lama dah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: