Puas mandi di Pantai Irama

Oleh Ramli Ibrahim

pantai-irama1.jpg pantai-irama2.jpg

JIKA anda berkunjung ke Kelantan dengan membawa bersama ahli keluarga, pasti pilihan utamanya bersantai kerana di negeri itu kaya dengan keindahan alam semula jadi termasuk pantai yang menarik.

Antaranya ialah Pantai Irama, di Bachok terletak kira-kira 25 kilometer (km) dari Kota Bharu. Ia boleh dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa tanpa mengira waktu.
Sepanjang perjalanan ke sini, anda akan dapat melihat pemandangan indah kesibukan perkampungan nelayan apatah lagi apabila bot pulang ke pantai selepas sehari suntuk bergelumang mencari rezeki di laut.

Perkampungan yang dipenuhi dengan deretan pokok kelapa itu turut menjadi sumber pendapatan tambahan penduduk kampung. Kelapa yang dipetik menggunakan beruk terlatih dijual bagi memenuhi keperluan pengguna.

Pengunjung berpeluang menikmati keenakan nasi berlauk dan pelbagai hidangan makanan tradisional Kelantan di deretan kedai sepanjang jalan ke pantai peranginan itu.

Berdekatan dengan kawasan pantai, pengunjung boleh mencuba masakan restoran yang menyajikan pelbagai lauk yang mungkin tiada di tempat lain.

Keindahan pantai yang pasir memutih dan bersih membuatkan pengunjung berat hati mengucapkan selamat tinggal kepada pantai berkenaan.

Selain mandi-manda, anda boleh bermain bola sepak pantai.

Suasana nyaman membolehkan ada yang hanya singgah berehat melepaskan lelah sambil menyaksikan pemandangan indah pantai berkenaan.

Pemandangan bot yang seakan disusun selepas pulang waktu senja juga memberi ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.

Ini ditambah dengan kemeriahan peraih ikan yang sibuk menawar harga dengan nelayan dalam loghat masyarakat Kelantan.

Sesudah puas bergembira, ada yang memilih untuk berehat di bawah teduhan pohon ru sambil menikmati hembusan angin pantai.

Hari cuti mingguan dan cuti umum begitu sesuai membawa keluarga berehat dan bersantai di pantai itu kerana sepanjang hari itu mungkin dapat menenangkan fikiran dengan bebanan tugas harian.

Hembusan angin segar dan deruan ombak menghempas pantai yang indah menggamit pengunjung kembali menjejakkan kaki ke sini.

Tidak hairanlah, ada yang memandu jauh dari luar Kelantan setiap hujung minggu hanya untuk berkelah di Pantai Irama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: