Guna komputer sebagai interkom

 

Oleh: Azli 


KOMPUTER kini boleh digunakan sebagai telefon untuk berhubung dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan seumpamanya di atas standard Suara Menerusi Protokol Internet (VOIP).

Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk menggantikan telefon biasa, ianya beroperasi seperti telefon yang mana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang ‘Answer’ sebelum perbualan boleh dilakukan.

Kadangkala kita perlukan kemudahan yang terdapat pada telefon di pejabat kita yang mana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan itu dinamakan Interkom.

Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks.

Ia boleh dipindah turun di http://www.loudtalks.com. Apabila perisian sudah dipasang, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di seluruh dunia seolah-olah mereka berada di pejabat yang sama.

Selepas perisian dipasang, langkah pertama adalah mendaftarkan nama pengenalan anda: Beritahu rakan anda supaya memindahturunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka.

Selepas rakan anda berjaya mendaftar, anda hanya perlu memilih Tools > Add a contact untuk berkomunikasi dengan mereka Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan. Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya berada di dalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka dan tekan butang untuk bercakap.

Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7 sebagai jalan pendek. Jika anda ingin mengubah fungsi butang-butang yang diberikan, anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options Jika anda belum ada rakan untuk berinterkom, tambahkan sahaja nama pengenalan saya AZLIPAAT sebagai cubaan untuk kita mulakan interkom dari mana saja anda berada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: