Pandu Uji: Stabil layan selekoh


Oleh: Mohd Razlan Salleh

KENDERAAN buatan Eropah memang berbeza dengan kenderaan buatan Asia, tambahan pula model berkenaan datang daripada sebuah keluarga tersohor di dunia seperti Mercedes Benz.

Pengalaman penulis memandu uji model Mercedes Benz C-Class 200 versi Avantgarde, baru-baru ini suatu pengalaman tidak dapat dilupakan.


Penulis kagum dengan reka bentuk eksklusif kenderaan mewah itu, kuasa enjin dan teknologi yang berlambangkan tiga bintang kebanggaan rakyat Jerman.

Dari aspek reka bentuk, wajah baru C Class memperlihatkan ketelitian jurutera Jerman menghasilkan jentera lebih garang serta mengikut arus peredaran zaman.

Kemajuan teknologi Jerman dapat dilihat menerusi alur tubuh serta rekaan hadapan yang lebih moden bagi menjadikan jentera ini lebih bergaya.

Bagi versi Avantgarde, gril radiator hadapan digunakan untuk memperlihatkan
keanggunan lambang bintang tiga bucu Mercedes-Benz yang besar dan sporty.

Bagaimanapun, gril berkenaan berbeza bagi versi Elegance yang lebih mengutamakan ciri kenderaan mewah yang eksklusif bertemakan keselesaan dan kemewahan.

Dengan ukuran 4,581mm, menjadikan C Class terbaru ini lebih panjang 55mm berbanding generasi ketiga. Tubuh mengiurkan itu turut dilebarkan 42mm kepada 1,770mm dan jarak roda ditambah 45mm kepada 2,760mm.

Perubahan itu menyaksikan lebih banyak ruang untuk bahagian dalamannya selain keselesaan penumpang.

Bahagian belakang pula menyaksikan reka bentuk lebih aerodinamik,lampu belakang yang direka lebih bergaya dengan penggunaan LED pada lampu isyarat.

Memasuki ruang dalamannya, terserlah kemewahan sedia ada walaupun ia datang daripada ‘kelas terendah’ dalam keluarga Mercedes.

Kerusi pemandu dan penumpang hadapan yang dikawal elektronik sepenuh selain stereng akan merendah secara automatik mengikut kesesuaian pemandu.

Padanan sut kulit bermutu untuk tempat duduk, stering dengan butang kawalan berpusat, papan pemuka mudah dicapai, moden serta bergaya menjadikan pemanduan cukup selesa.

Gabungan dua warna dalaman menjadikan ruang berkenaan cukup harmoni dan ia menyerlahkan kemewahan sejati. Sistem audio boleh bertukar kepada sebuah telefon bimbit dengan mengaktifkan teknologi ‘Bluetooth’. Pemandu hanya perlu menekan butang di stereng untuk menjawab.

Enjin terbaru C 200 Kompressor 1.8 liter 4 Silinder turut dipertingkatkan dengan kuasa 13 peratus dan tork 18 peratus bagi memberikan imej lebih mantap kepada generasi terbaru ini.

Enjin berkenaan mampu menghasilkan tambahan kuasa 15 kW/21 bhp berbanding sebelumnya 135 kW/184 bhp. Untuk tork ia mampu mencapai tork maksimum 250 Newton meter dari 2,800 rpm.

Untuk C200 Kompressor ia dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan Touchshift yang membolehkan memandu secara manual atau automatik.

Mercedes memadankannya dengan teknologi ‘Agility Control’ bagi menjamin keselesaan dan kestabilan jentera C200 dalam apa jua keadaan jalan sekalipun.

Agility Control ini membabitkan karakter sistem penyerap hentak yang lebih
mantap, stabil dan dinamik dalam pelbagai keadaan jalan.

Penulis dapat merasakan sendiri kemantapan teknologi ini yang cukup mantap dan stabil apabila melayan selekoh atau memecut pada kelajuan tinggi di lebuh raya.

Bagaimanapun, pengeluar kenderaan termuka Jerman ini tidak berkompromi dengan aspek keselamatan apabila melengkapkan versi Avantgarde ini dengan sistem Adaptive Brake.

Sistem berkenaan adalah teknologi baru yang dibangunkan selari dengan teknologi gear kenderaan ini.

Untuk melengkapkan jentera ini sebagai sebuah kenderaan sempurna, ia turut dipadankan dengan Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) dan Edaran Daya Brek Elektronik (EBD).

Satu lagi sistem terbaru dipasang pada jentera ini ialah Start-Off Assist yang membantu mengawal sistem brek dalam situasi kritikal.

Model C Class ini sudah melalui lebih 100 kali proses ujian perlanggaran.

Secara keseluruhan, penampilan C Class serba baru ini memang sempurna dari segi keselesaan, gaya, kemewahan, kuasa dan keselamatan.

Harganya tidak mahal, cuma RM259,366.40 tanpa insurans.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: