Bersantai atas gunung berapi

Oleh:Samadi Ahmad

GUNUNG Tangkuban Parahu, Bandung adalah salah satu tarikan pelancongan unik dan dianggap sebagai luar biasa di Indonesia. Tangkuban Parahu yang membawa erti ‘ Perahu Terbalik’, menurut mitos yang tersimpan bagi masyarakat di situ.

Menurut legenda, Gunung Tangkuban Parahu serta kawasan Bandung dan sekitarnya terjadi melalui seorang puteri cantik bernama Dayang Sumbi yang berkahwin dengan dewa yang terkena sumpahan menjadi seekor anjing hitam bernama Si Tumang.


Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki bernama Sangkuriang dan membunuh ayahnya sendiri. Dari kejadian itu, Sangkuriang dihalau ibunya dan selepas beberapa lama mereka bertemu semula dan saling jatuh cinta.

Ketika hampir berkahwin, Dayang Sumbi menyedari Sangkuriang itu adalah anaknya sendiri lalu mengenakan beberapa syarat sebagai alasan seperti membuat danau dan sebuah perahu dalam jangka masa sehari.

Berkat doa ibunya, Sangkuriang gagal melaksanakan syarat terbabit dan menjadi marah. Akibatnya dia menendang perahu hingga terbalik sehingga dewa menjadi murka lalu Sangkuriang ditelan bumi.

Sebelum menemui ajal, dia menyedari kesalahannya dan sempat memohon maaf kepada ibunya.

Gunung berapi setinggi 2,084 meter itu adalah antara beberapa gunung berapi yang dibuka untuk kunjungan pelancong. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandung, ibu negeri Wilayah Jawa Barat.

Sebelum tiba di sini, pengunjung melalui beberapa pemandangan menarik dan kawasan pertanian subur hasil lava yang melimpah seperti ladang strawberi, anggerik, kaktus di daerah Cibogo, Ciburial, Pagerwangi dan jalan Lembang-Maribaya.

Perjalanan ke puncak mengambil masa kira-kira 45 minit dari Bandung sehingga ke tepian gunung berapi yang membolehkan pelancong melihat kawah gunung berapi ini dari dekat dengan dikelilingi kawasan hutan gunung.

Udara yang sejuk sambil melihat mata air yang menggelegak dari dalam kawah gunung berapi serta menghidu bau gas sulfurik yang dikeluarkan sesuatu pengalaman yang menarik.

Ia dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Di puncak gunung ini juga ada pusat perkhidmatan pelancongan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan info kawasan terbabit.

Sesuatu kunjungan pasti tidak lengkap tanpa membawa pulang cenderamata untuk rakan atau orang yang tersayang.

Pelbagai cenderamata boleh diperoleh seperti rantai kunci, baju-T, rantai batu, gelang manik dan barangan kraftangan lain turut dijual. Bagi peminat angklung, peralatan itu mudah diperoleh dengan harga yang murah.

Sekitar kawasan ini juga menjadi tumpuan kepada pemuzik dan puluhan penjaja jalanan yang pandai memujuk dan mencuri perhatian pelancong. Bagi mengelak ditipu, pengunjung perlu arif dalam urusan tawar menawar.

Kali terakhir gunung berapi ini meletus pada 1983 dan Tangkuban Parahu adalah di antara gunung berapi yang aktif daripada semuanya yang berjumlah 130 memandangkan kedudukan negara itu terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Antara gunung berapi yang aktif seperti Gunung Talang, Padang, Marapi, Bukit Tinggi, Anak Gunung Karakatau, Banten, Semeru; Jawa Timur, Egon; Flores, lukon, Dukono, Kiebesi, Suputan dan Ibu yang terdapat di Sulawesi Utara.

Meskipun Gunung Tangkuban Parahu bukanlah antara Tujuh Benda Ajaib Dunia, pemandangannya tetap menguja pengunjung untuk melihat suasana yang berlainan di situ.

Info:

>Waktu lawatan: 8 pagi sehingga 6 petang

>30 kilometer dari bandar Bandung

>200 kilometer dari Jakarta

>Menggunakan kenderaan awam dan sendiri

>Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Bandung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: