Redah ombak di Pasir Bogak


Teks: Rosman Shamsudin

SELAIN Teluk Nipah, pantai Pasir Bogak di Pulau Pangkor, Perak tidak kurang hebatnya.

Pantai ini kini menjadi tumpuan sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal di Pulau Pangkor. Untuk mencari tempat tidur di Pasir Bogak tidak menjadi masalah kerana ada beberapa penginapan bajet.


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di pantai ini. Pengunjung boleh menyewa bot yang disediakan dengan kadar yang berpatutan. Malah, anda boleh mengelilingi pulau atau melawat tukun di perairan sekitar pulau ini.

Aktiviti selam skuba antara sukan laut paling popular di sini. Dasar lautnya dikenali ramai kerana khazanah hidupan laut termasuk pelbagai spesies ikan serta terumbu karang.

Selain berenang, anda boleh menyewa kenu yang disediakan untuk bermain ombak. Ketika musim kebanjiran pelancong, kawasan pantai riuh rendah dengan gelagat anak muda melakukan pelbagai acara sukan.

Selain itu, mereka yang berani boleh menyewa jet ski untuk beradu kekuatan membelah ombak di lautan. Pelbagai aktiviti ini sudah tentu memberi kenangan yang bermakna sepanjang percutian.

Selepas penat bermain ombak, amat rugi jika anda tidak mencuba laksa Pulau Pinang yang dijual di gerai penjaja sepanjang jalan menuju ke pantai Pasir Bogak.

Untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh menyewa basikal mengelilingi pulau merentasi bentuk muka bumi pulau yang curam. Ia pasti dapat menguji ketahanan fizikal sambil menikmati kehijauan alam semula jadi di sepanjang perjalanan.

Pengunjung boleh menyewa motosikal untuk mengunjungi kilang membuat barangan berasaskan produk laut seperti ikan, sotong dan udang. Van juga boleh disewa untuk mengunjungi kawasan tapak sejarah.

Sebelum pulang, singgah sebentar untuk membeli buah tangan di gerai cenderamata.

UNTUK KE SINI

  • Bagi yang memandu kereta sendiri, boleh meletakkan kenderaan di bangunan meletak kereta berbumbung di kawasan berdekatan jeti pelabuhan Lumut.
  • Untuk ke Pasir Bogak, pengunjung perlu menaiki bot dari jeti pelabuhan Lumut untuk ke Pangkor yang memakan masa kira-kira 45 minit. Tambang sangat berpatutan iaitu hanya RM10 seorang.
  • Dari jeti, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan tambang yang dikenakan ke Pasir Bogak hanya RM5 saja dan perjalanan ke Pasir Bogak hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.
Advertisements

Satu Respons

  1. ada map tak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: