Bahas: Permainan Tradisional Lebih Baik Daripada Permainan Moden

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana,guru-guru, pihak pembangkang dan para hadirin sekalian.Berdirinya saya di sini untuk meneruskan perjuangan rakanseperjuangan saya sebentar tadi. Saya amat menyokong tajukperbahasan yang diberi iaitu “Permainan Tradisional lebih Baik daripada Permainan Moden”

Para hadirin sekalian,

        Permainan tradisional yang telah kita warisi sejak turun-temurun perlu terus dipertahankan. Permainan ini mencerminkan asal-usul bangsa kita. Sebenarnya, permainan ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan daya cipta yang tersendiri.
        Selain itu, kesenian permainan ini menjadikannya begitu unik. Di samping itu, permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang mahal kerana boleh dibuat sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang boleh diperoleh di sekitar kita. Tetapi, permainan moden kebanyakannya perlu dibeli dengan harga yang agak mahal.

Tuan-tuan dan puan-puan,

            Jika kita lihat, kebanyakan permainan moden yang ada pada hari ini memerlukan tenaga elektrik atau bateri untuk menggerakkannya atau menjadikannya berfungsi. Justeru, selain kita perlu pembeli permainan tersebut, kita juga perlu menggantikan bateri atau menggunakan tenaga elektrik di rumah. Hal ini akan menyebabkan kos tambahan diperlukan.

            Dari sudut sosial pula, permainan tradisionallebih bercorak kemasyarakatan dan boleh merapatkan silaturahim antara pemain. Permainan tradisional biasanya akan dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan. Contohnya, permainan congkak dan wau. Sebaliknya, kebanyakan permainan moden menjadikan pemainnya lebih cenderung untuk bersendirian dan tidak perlu keluar rumah. Hal ini boleh mengakibatkan perhubungan sosial antara masyarakat semakin terhakis.

Sidang hadirin yang dihormati,

            Masa sungguh mencemburui saya untuk terus berhujah. Namun begitu, perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan saya sebentar nanti. Sekali lagi saya ingin menegaskan, permainan tradisionallebih baik daripada permainan moden.

Sekian, terima kasih.

2 Respons

  1. BAGUS BAGUS BAGUS SAYA SUKA TAJUK PERBAHASAN INI HIHIHI

  2. upload kan pemainan tradisional kat dalam apa jugak gajet tebaru.wujudkan satu dimensi baru buat kanak2 untuk bemain.mcm main galah kat dlm ipad ka…main congkak,potong ayam,main getah,’tapak’,guli…kalo chess boleh di wujudkan,solitair pun ada tak kan la benda2 lama ni tak bleh ada kan 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: