Chatuchak bagai syurga bagi wanita


Oleh Siti Nur Almizan Aripin

JIKA melancong ke Bangkok, anda perlu mengambil peluang mengunjungi Chatuchak, sebuah pasar minggu terkenal yang menyediakan pelbagai barangan termasuk buah tangan dengan harga murah.

Pasar Chatuchak adalah sebuah pasar yang dibuka hanya setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Berkeluasan kira-kira 14 hektar dengan lebih 15,000 gerai yang menawarkan pelbagai barangan membabitkan makanan, pakaian, aksesori, perabot dan juga haiwan peliharaan selain pilihan barangan kraf tangan buatan masyarakat Thai.

Malah, fabrik mewah sutera Thai dan makanan eksotik seperti belalang, ulat dan katak yang digemari penduduk di sana turut dijual di sepanjang kaki lima di pasar berkenaan.


Chatuchak juga bagaikan syurga bagi wanita kerana di sana pakaian dan aksesori dengan pelbagai rekaan terkini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan. Namun jangan lupa untuk tawar menawar kerana peniaga di sini pasti bermurah hati untuk memberikan harga rendah yang tidak anda jangka.

Bayangkan penulis yang berkunjung ke pasar itu ketika menyertai rombongan DIGI, baru-baru ini mendapatkan sehelai blaus yang mirip blaus jenama terkenal pernah dilihat di Kuala Lumpur dengan harga 100 bath bersamaan RM10. Harganya berpuluh kali ganda lebih murah selain kualitinya tidak jauh ketinggalan.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk membeli perabot baru dan barangan perhiasan rumah bagi kediaman anda, Chatuchak adalah jawapannya. Di sini, pelbagai pilihan perabot sama ada dalam rekaan klasik atau moden juga boleh dibeli pada harga yang murah.

Malah, setiap perabot yang dibeli akan dibungkus kemas bagi memudahkan ia dibawa pulang ke negara masing-masing.

Penulis juga beberapa kali terserempak dengan orang Malaysia dan Singapura di pasar berkenaan. Ada yang datang berkunjung ketika cuti sekolah bersama keluarga dan tidak kurang juga beberapa anak muda yang datang bersama rakan secara berkumpulan.

Selepas penat berjalan, anda boleh singgah di gerai minuman untuk mendapatkan sebotol minuman sejuk. Jangan lupa, dapatkan sebotol jus limau mandarin yang sememangnya terkenal kerana rasanya yang asli dan segar tanpa sebarang campuran pengawet.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan makanan halal, ia agak rumit bagi umat Islam kerana di pasar berkenaan ia sukar didapati.

Chatuchak terletak di pinggir kota Bangkok. Jika menggunakan skyrain (BTS), anda boleh turun di Stesen Mo Chit atau jika menggunakan subway (MRT), turun di Stesen Chatuchak Park. Malah, di sini juga tersedia banyak pengangkutan awam lain seperti bas, teksi atau tut-tut.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana pemandu teksi di sini pasti menggunakan alasan kesesakan jalan raya untuk menaikkan tambang kepada pelancong asing.

FAKTA: Pasar Chatuchak

  • Berkeluasan kira-kira 14 hektar dengan lebih 15,000 gerai.
  • Dibuka setiap hujung minggu bermula jam 8 pagi hingga 11 malam
  • Setiap minggu hampir 300,000 pengunjung berkunjung ke pasar Chatuchak
  • Ada 26 seksyen di mana setiap seksyen dikhaskan kepada barangan tertentu seperti pakaian dan aksesori, barangan kraf tangan, seramik, perabot dan hiasan dalaman, makanan dan minuman, pokok hiasan, galeri seni, binatang peliharaan, buku, barangan antik dan barangan terpakai.
  • Kereta api kecil disediakan bagi membawa penumpang ke seluruh pasar secara percuma.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: