Laporan Pameran Antidadah

Laporan Pameran Antidadah Anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam, Segamat.


Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam, Segamat telah mengadakan Pameran Antidadah selama sehari pada hari Sabtu bersamaan 25 Julai 2007. Pameran yang diadakan di dewan sekolah sejak jam 8.00 pagi itu bertujuan untuk menyedarkan para pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada individu yang menagihnya. Pameran ini berjaya dianjurkan setelah dirancang dalam mesyuarat agung kelab pada awal tahun ini.

Pameran ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Tuan Haji Md Kassim bin Md Noah pada tepat jam 8.30 pagi. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengetua telah mengingatkan para pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada manusia. Beliau juga mengingatkan pelajar-pelajar yang hadir agar menjauhi dadah demi kesejahteraan hidup pada masa depan. Beliau amat berharap agar pelajar-pelajar sekolah ini tiada yang terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah. Selepas tamat upacara perasmian, Tuan Pengetua telah dibawa melawat dewan pameran dengan diiringi oleh guru penasihat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, iaitu C!kgu Sazali bin Maddn dan pengerusi kelab saudara Zamri bin Daud.

Sepanjang pameran itu berlangsung, tayangan video tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan cara-cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan dadah telah diadakan. Ini dapat mendedahkan pelajar-pelajar kepada bahaya penyalahgunaan dadah. Tayangan video ini juga sedikit sebanyak dapat menyedarkan para pelajar tentang akibat yang akan menimpa mereka yang menagih dadah. Ini akan dapat menjauhkan para pelajar daripada penagihan dadah sebagaimana saranan Tuan Pengetua dalam ucapan perasmiannya. Selain tayangan video, bahan-bahan lain dalam pameran itu ialah lukisan poster, gambar-gambar mereka yang terlibat dalam penagihan dadah, keterangan-keterangan tentang akta dadah berbahaya dan sebagainya turut dipamerkan.

Selain itu, satu pertandingan melukis poster tentang penyalahgunaan dadah telah diadakan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini telah ditempatkan di satu sudut khas di dalam dewan pameran. Tuan Pengetua telah menyaksikan pameran itu selama beberapa minit sebelum beredarke bilik pameran yang lain. Pertandingan melukis poster ini disertai oleh lebih kurang 30 orang pelajar.

Sambutan yang diberikan oleh para pelajar terhadap pameran ini amat menggalakkan. Walaupun pameran ini diadakan pada hari Sabtu, namun dianggarkan lebih daripada seribu orang pelajar telah berkunjung ke pameran ini. Ini menunjukkan bahawa kesedaran para pelajar sekolah ini terhadap bahaya dadah amat tinggi. Mereka juga peka dengan kepentingan mengetahui maklumat yang berkaitan dengan dadah. Malahan mereka juga turut mengemukakan pelbagai persoalan tentang bahaya dadah kepada ahli kelab yang bertugas.

Pameran ini ditutup tepat pada jam 5.00 petang. Semua ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya telah diarahkan untuk mengemaskan dewan pameran secara gotong-royong. Tepat pada jam 6,00 petang dewan pameran yang dipenuhi dengan pelbagai bahan pameran telah siap dikemaskan. Selepas itu, para ahli kelab menikmati jamuan ringan yang ditaja oleh pengusaha kantin sekolah. Ini menunjukkan pengusaha kantin juga peka terhadap bahaya penyalahgunaan dadah terutamanya kepada pelajar.

Ringkasnya pameran selama sehari ini telah mencapai matlamatnya dan disifatkan amat berjaya jika dinilai dari segi sambutannya. Diharapkan pada masa depan pameran seumpama ini akan dapat diadakan lagi demi kesejahteraan bangsa.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas, 27 Julai 2007

Amira

(AMIRA BT ABDULLAH)
Setiausaha,
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam,
85000 Segamat, Johor Darul Takzim.

Advertisements

Satu Respons

  1. thx! it help me a lot~!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: