Kejayaan dalam bidang pendidikan semata-mata tidak menjamin seseorang beroleh kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup.

 

Kejayaan hidup biasanya dikaitkan dengan keupayaan seseorang mencapai status tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Ketenangan dan kebahagiaan jiwa juga dianggap unsur penting dalam kehidupan seseorang yang berjaya. Seseorang itu dikatakan berjaya dalam pendidikan jika dia dapat melanjutkan pendidikannya sehingga menjadi seorang yang berilmu dalam bidangnya. Sememangnya, kejayaan dalam bidang pendidikan tidak dapat menjamin kebahagiaan dan kejayaan hidup secara mutlak. Keadaan ini demikian memandangkan kebahagiaan dan kejayaan hidup juga bergantung pada faktor-faktor yang lain.

 

Sememangnya, salah satu faktor yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang ialah kejayaan dalam pendidikan. Biasanya, seseorang yang berjaya dalam pendidikan formal mempunyai masa depan yang lebih cerah. Banyak peluang pekerjaan yang menawarkan suasana kerja yang lebih selesa dan pulangan yang lumayan terbuka untuknya. Misalnya, jawatan profesional seperti akauntan, doktor, peguam, jurutera, pakar perunding, dan sebagainya. Mereka dianggap berjaya kerana mencapai tingkat ekonomi dan sosial yang tinggi. Golongan ini juga dikagumi dan dihormati masyarakat. Hidup mereka juga jauh lebih senang daripada orang lain.

 

Namun kejayaan hidup juga boleh dicapai melalui pengalaman. Pengalaman akan menjadikan seseorang mahir dan matang serta bervisi jauh. Tanpa pendidikan, seseorang juga akan berjaya jika gigih menimba pengalaman. Sebagai contoh, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjaya membawa filem Melayu ke puncak kegemilangan melalui pengalamannya.

Begitu juga halnya dengan jutawan dan dermawan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yang miskin dan buta huruf ketika kecil, tetapi akhimya dapat menguasai pasaran motosikal di Malaysia. Dalam bidang pemiagaan pula, peniaga yang berpendidikan tinggi tetapi kurang pengalaman mungkin kalah kepada mereka yang bermula daripada perniagaan kecil tetapi menggarap pengalaman hingga memiliki badan korporat. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kejayaan dalam pendidikan bukan faktor yang mutlak.

 

Kejayaan hidup juga bergantung pada faktor sikap. Sikap pantang kalah, optimistik, sabar, dan sentiasa ingin membaiki diri serta bersih, cekap, dan amanah juga merupakan kunci kejayaan hidup. Banyak siswazah yang menganggur kerana mereka tidak bersedia untuk bekerja keras, sebaliknya hanya menunggu durian runtuh sahaja. Banyak juga golongan profesional yang dihormati akhimya meringkuk dalam penjara kerana melakukan jenayah kolar putih. Golongan berpendidikan tinggi tetapi tidak sayang akan diri akhirnya terjebak dalam kancah dadah dan arak. Sememangnya, kehidupan mereka tidak bahagia. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjual pisang goreng. Namun, beliau telah menjadi pengamal perubatan dan seterusnya tokoh politik yang memimpin Malaysia dengan cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan bukan faktor tunggal yang menjamin kejayaan hidup. Sebaliknya, faktor sikap juga memainkan peranan penting.

 

Keutuhan imanjuga merupakan teras kebahagiaan dan kejayaan seseorang. Kekayaan yang melimpah tidak akan memuaskan seseorang jikalau nafsu tamak dan haloba menguasai diri dan fikiran mereka. Oleh itu, dia tidak akan bahagia kerana menginginkan kekayaan yang lebih banyak. Keluarga yang porak-peranda dan menyiksa jiwa berpunca daripada kekurangan keimanan. Keganasan rumah tangga berlaku kerana ketua keluarga kurang pegangan agama. Keluarga yang berpendidikan tinggi juga akan menjadi tempat berlakunya keganasan jika tidak mempunyai didikan agama yang secukupnya. Semua ini menjadi penghalang bagi seseorang mengatur hidupnya. Malah konfiik yang timbul mungkin mendorong seseorang tidak berani meneruskan hidupnya, lalu mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Jadi pegangan agama yang utuh membolehkan kita mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup.

 

Suasana juga turut mempengaruhi kejayaan hidup seseorang. Suasana yang dimaksudkan ialah suasana masyarakat dan negara. Masyarakat yang runtuh nilai moralnya akan menjadi tapak pembiakan kes-kes jenayah, maksiat, penagihan dadah, dan wabak AIDS yang tiada ubat penawamya. Kewujudan pelbagai masalah yang tersebut menyebabkan setiap ahli masyarakat akan terancam. Dalam negara yang huru-hara, peperangan akan meragtit bukan

sahaja harta benda malah nyawa manusia. Pada masa itu, pendidikan yang tinggi sejauh mana pun tidak lagi bererti dan tidak dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

 

Jelaslah bahawa kejayaan cemerlang dalam pendidikan bukanlah faktor penentu yang mutlak dalam menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang. Lebih-Iebih lagi dalam zaman yang penuh dengan segala macam cabaran ini. Sesungguhnya memang lebih baikjika kita berpendidikan tinggi. Namun kita juga memerlukan didikan agama, sikap positif dan keimanan untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: