Permainan Tradisional Lebih Baik Daripada Permainan Masa Kini


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, pihak pembangkang, dan para hadirin sekalian. Saya selaku pihak pencadang menyokong sepenuhnya tajuk yang diberikan iaitu “Permainan Tradisional lebih Baik daripada Permainan Masa Kini”.

Hadirin yang saya muliakan,

Permainan tradisional merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita. Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal usul rumpun Melayu. Kita sebagai generasi kini tidak seharusnya memulaukan permainan ini. Pada hakikatnya permainan tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik. Contohnya permainan gasing, layang-layang, congkak, dan sebagainya. Ukirannya sungguh cantik dan halus buatannya. Tambahan pula, permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang mahal berbanding dengan permainan masa kini.

Kebanyakan permainan masa kini menggunakan tenaga elektrik dan bateri. la turut dijual dengan harga yang mahal. Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah mereka tidak berkemampuan memilikinya untuk dihadiahkan kepada anak mereka. Selain itu permainan tradisional dapat merapatkan silaturahim antara pemain kerana permainan ini kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan. Berbeza dengan permainan masa kini yang lebih bersifat individu. Contohnya permainan video game, komputer, dan sebagainya.

Berbanding dengan permainan tradisional, permainan masa kini menggalakkan remaja terdedah kepada unsur-unsur negatif. Contohnya, permainan video game banyak terdapat di pusat-pusat video yang turut menempatkan permainan snuker. Tempat-tempat seperti ini biasanya dikaitkan dengan judi. Selain itu, kewujudan permainan moden seperti video game ini juga menggalakkan maja membazir masa dan wang ringgit.

Sidang hadirin yang dihormati,

Nampaknya masa mencemburui saya untuk terus berhujah. Bagaimanapun sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa permainan tradisional lebih baik daripada permainan masa kini. Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: