Kejatuhan IKKL Yang Disengajakan?

Oleh dzar

Pasaran saham dimanipulasi oleh Kementerian KewanganHari ini kita dapat lihat penggantungan keseluruhan kaunter-kaunter saham di Bursa Malaysia dari urus niaga untuk tempoh sejam hari ini bermula pada pukul 2.58 petang ini ekoran kejatuhan teruk pasaran saham. Pengendali pasaran saham Kuala Lumpur, Bursa Malaysia Bhd. telah melaksanakan langkah `Penampan Kejatuhan atau Circuit Breaker’ berikutan kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus hari ini.

NOTA: Jumlah dagangan yang mencecah RM1.9billion sebelum tgh hari menimbulkan keraguan adakah pelabur runcit dan pelabur asing bertindak menjual saham-saham mereka berdasarkan keputusan PRU12 atau terdapat arahan dari Kementerian Kewangan (Pak Lah sendiri) melalui pelabur2 sindiket (dibaca GLC seperti Synergy Drive, KWSP, Tabung Haji dsbnya. Fikir-fikirkan

“Ini pertama kali IKKL susut lebih 10 peratus dalam tempoh tak sampai satu hari dan ini juga merupakan kali pertama pelaksanaan `Penampan Kejatuhan’ ini dibuat oleh Bursa Malaysia sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu” kata mereka.Untuk pengetahuan semua yang kurang mahir mengenai ekonomi, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditadbirkan dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Berhad. Walaupun begitu segala tindak tanduknya dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akan memantau pergerakan harian setiap masa.

Saya beranggapan bahawa penggantungan kaunter-kaunter saham ini adalah bukan disebabkan oleh perlaksanaan “Penampan Kejatuhan” yang kononnya mengawal agar kejatuhan tidak boleh melebihi dari 10 peratus tetapi lebih kepada arahan Menteri Kewangan agar dibentuk satu penggantungan sementara pasaran. Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang membolehkan beliau mengarahkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta Bursa Malaysia Berhad menggantung sementara semua kaunter.

Ini membolehkan Menteri Kewangan menjadikan alasan ini untuk menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa tindakan menukar 4 negeri di Malaysia kepada pimpinan Barisan Rakyat telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham (kononnya para pelabur tidak yakin lagi melabur di Malaysia).

Dari maklumat yang saya terima, para pelabur runcit tiada masalah akan peralihan kuasa ini namun terdapat petunjuk bahawa kejatuhan ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pelabur sindiket tempatan inilah yang menjadi punca kejatuhan lebih 100 mata hari ini dimana dari maklumat yang saya dapati adanya arahan dari Menteri Kewangan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.

Kita semua berhak mendapatkan penjelasan terperinci dari Bursa Malaysia Berhad atau Suruhanjaya Sekuriti mengenai perkara ini. Sila berikan maklumat pelabur mana yang lari dari pasaran (pelabur runcit ataupun pelabur sindiket).

Inilah taktik-taktik Barisan Nasional yang diterajui oleh Abdullah Ahmad Badawi yang nampaknya ketandusan idea untuk menyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional masih lagi relevan memimpin Malaysia. Idea bodoh ini tentunya dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin hasil kerjasama “mangkuk-mangkuk’ di Tingkat Empat Jabatan Perdana Menteri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: