Kemudahan Telefon Bimbit

 

Telefon bimbit merupakan salah satu kemudahan perhubungan yang amat moden dan canggih. Pengguna dapat berhubung dengan pengguna yang lain dengan menggunakan telefon bimbit tanpa mengira masa dan tempat. Telefon bimbit juga dapat memudahkan lagi komunikasi di antara manusia. Sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan menjimatkan masa. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit lebih mudah berbanding perkhidmatan pos yang mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya.

Selain itu, telefon bimbit juga membolehkan manusia berhubung di mana-mana tempat sekalipun. Suara masih boleh didengari walaupun ketika sedang berjalan, menaiki tangga, ataupun di dalam lif tanpa menggunakan sebarang wayar. Hal ini demikian kerana kecanggihan teknologi membolehkan mesej suara dapat dihantar walau dalam apa keadaan sekalipun.

Dengan adanya kemudahan penghantaran mesej atau SMS, pengguna telefon bimbit boleh menghantar pesanan dengan cepat dan pantas. Perkhidmatan SMS ini amat murah malah menguntungkan para pengguna telefon bimbit. Kemudahan telefon bimbit juga bertambah rencam apabila pengguna telefon bimbit bukan sahaja dapat menyampaikan pesanan malah dapat melihat gambar yang dirakamkan dengan menggunakan MMS. Gambar-gambar dapat dihantar kepada rakan dalam masa yang singkat sahaja. Di samping itu, telefon bimbit juga dapat menyimpan pesanan suara dengan merakamkan suara pemanggil sekiranya orang yang hendak dihubungi itu tidak dapat menjawab panggilan tersebut.

Pemilik telefon bimbit juga boleh mengetahui nama pemanggil. Justeru, setiap panggilan dapat ditapis oleh pemiliknya. Panggilan daripada orang yang tidak dikenali atau sesiapa yang tidak berkaitan boleh diabaikan atau tidak dijawab.

Sesuatu kerja yang ingin dilakukan dapat dilaksanakan dengan segera terutama dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Pengguna telefon bimbit juga dapat menyampaikan berita dengan cepat lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet pada telefon bimbit, ia lebih memudahkan lagi ahli perniagaan mendapatkan berita berkaitan saham dan lain-lain lagi.

Telefon bimbit juga dapat melambangkan status seseorang itu. Seseorang yang menggunakan telefon bimbit boleh dianggap mewah. Oleh yang demikian, sudah semestinya ramai yang ingin memiliki telefon bimbit sendiri bagi melambangkan status mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: