Pertambahan Saluran Televisyen yang Mengutamakan Unsur Hiburan

 

Yang dihormati Than Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Encik Marzuki Abdullah, yang berusaha Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu yang diraikan pengetua-pengetua sekolah yang terlibat, guru-guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu Peringkat Daerah yang arif lagi bijaksana para pengadil, tuan penjaga masa yang setia dengan jam hikmatnya, yang disayangi semua peserta yang terlibat dalam pertandingan pidato peringkat daerah kali ini dan kepada hadirin yang dihormati sekalian, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Hadirin sekalian,

            Terlebih dahulu sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut pidato saya pada pagi ini, suka rasanya untuk saya memberikan definisi tajuk yang telah saya pilih supaya kalian lebih jelas dan mudah untuk mengambil manfaat daripada tajuk ini. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah “Pertambahan Saluran Televisyen yang Mengutamakan Unsur Hiburan Mendatangkan Pelbagai Kesan Negatif kepada Rakyat”, Saya sangat tertarik dengan tajuk ini kerana jika kita lihat sekarang begitu banyak saluran televisyen yang berunsurkan hiburan, yang mana tanpa disedari secara tidak langsung akan mempengaruhi minda dan pemikiran kita terutamanya remaja-remaja yang sangat sukakan hiburan. Dari situ, pelbagai masalah akan timbul jika perkara ini tidak dibendung,

Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita ketahui saluran televisyen yang berunsurkan hiburanakan mendatangkan kesan negatif kepada rakyat, antaranya ialah saluran hiburan ini banyak mendedahkan budaya aging yang tidak sesuai dengan budaya tempatan, Secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran dan cara hidup masyarakat. Kita sudah jelas bahawa budaya dan kehidupan masyarakat barat amat berbeza dengan budaya kita yang penuh tatasusila dan bersopan santun. Selain itu, pertambahan saluran televisyen hiburan juga akan merosakkan minda generasi muda kerana kita lihat semakin banyak filem-filem dan rancangan-rancangan yang diimport dari luar menonjolkan adegan ganas dan unsur.unsur lucah. Remaja-remaja memang sukakan hiburan yang sebegini tanpa memikirkan impak- impak yang akan mereka tanggung akibat mengikut kata hati, Dalam keseronokan yang sebegitu, mereka akan tenggelam dalam dunia khayalan yang tidak mungkin menjadi realiti,


Hadirin sekalian,

Kadar jenayah juga akan meningkat dari hari ke hari kerana masyarakat suka meniru perbuatan yang ditonjolkan dalam filem-filem barat. Contohnya, mereka akan meniru adegan-adegan ganas yang ditayangkan dalam filem-filem barat kerana mereka merasakan perbuatan sebegitu memang menyeronokkan. Jadi, tidak hairanlah apabila ada kawan.kawan yang mencabar mereka tidak akan teragak-agakuntuk bertindak ganas kerana mereka sudah arif dengan adegan pergaduhan yang selalu mereka tonton.

Bagi pelajar-pelajar pula, mereka terlalu asyik dengan saluran hiburan yang pelbagai sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Mereka kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang mana ini akan menjejaskan masa depan mereka yang sangat bermakna. Bayangkan betapa sedihnya apabila pelajar-pelajar ini sanggup mengorbankan masa mengulang kaji pelajaran untuk menonton filem-filem atau rancangan hiburan yang semakin bertambah canggih dan menarik. Semua ini akan merugikan keluarga, masyarakat, dan negara kerana unsur hiburan dalam televisyen hanya mendatangkan keseronokan sekarang yang dalam jangka masa pendek, tetapi kesan jangka masa panjang belum kita rasai.

Hadirin sekalian,

Semua kesan negatif ini terjadi adalah berpunca dari dalam diri rakyat sendiri yang tidak menghayati dasar dan falsafah negara. Dengan itu, mudahlah untuk mereka meniru segala gejala negatif yang dibawa oleh filem-filem barat. Masyarakat juga sangat sukakan filem-filem barat kerana kurangnya rancangan dan filem tempatan yang menarik di samping menjaga adat ketimuran. Walau bagaimanapun, kesedaran diri sendiri amat perlu bagi membendung gejala sosial yang disebabkan oleh saluran televisyen. Kita tidak dilarang untuk berhibur kerana hiburan juga penting untuk menceriakan hidup kita tetapi hiburan itu janganlah melampaui akhlak dan tatasusila ketimuran.

Nampaknya masa begitu mencemburui saya, namun begitu saya ingin meminta izin daripada tuan penjaga masa untuk membuat sedikit kesimpulan daripada pidato saya ini. Sesungguhnya jelaslah kepada kita sekarang bahawa penambahan saluran televisyen yang mengutamakan unsur hiburan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat kita termasuklah kanak-kanak. para pelajar, dan golongan dewasa. Sebagai seorang yang bergelar remaja dan pelajar, saya amat faham keinginan naluri remaja yang amat sukakan hiburan, tetapi haruslah diingat segala keinginan itu harus ada batasannya. Berhibur biarlah berpada kerana masa depan kita masih jauh lagi. Hidup bukan untuk berhibur tetapi hiburan perlu dalam kehidupan. lngatlah kata-kata saya ini supaya kita tidak terus hanyut dalam dunia hiburan. Sekian, terima kasih.

4 Respons

  1. Hello, uhmm.. I Edward from England.Actually, I came here which means Malaysia three months ago and I had to fill up a project.Thanks a lot.It more helps me.

  2. wahhhhh……. tjuk dan teks yg sgt mantap…… tahniah!!

  3. terima kasih.. sekurang-kurangnye ad information yg sya dpat..

  4. Sgt menepati kehendak saya. Terima ksh encik. Sy amat menghargai hasil tulisan encik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: