Bandar tanpa binaan konkrit

Anda tidak mungkin menemui hotel, kondominium atau pangsapuri di Olympos kerana binaan konkrit diharamkan di situ.


ANTARA pilihan ‘hotel’ yang ditawarkan kepada pelancong.


JIKA anda mahu menetap di perkampungan Turki di Olympos ini, anda perlu tidur di dalam rumah kayu.Sejak 25 tahun lalu, Olympos merupakan sebuah perkampungan kecil yang memiliki pesisiran pantai yang indah dengan beberapa binaan lama yang telah musnah melatari pemandangan sekitarnya.

Anehnya, tidak terdapat sebarang hotel atau bangunan dengan binaan konkrit di situ. Sehingga kini, identiti itu masih kekal iaitu tiada binaan daripada konkrit.

Pada tahun 1982, kawasan ini telah diisytiharkan sebagai taman negara. Ekoran itu, perkembangan pelancongan yang meluas telah memusnahkan pesisiran pantainya.

Lantaran itu, pengisytiharan kawasan tersebut sebagai taman negara dan pelancongan telah ditarik balik.

Tetapi itu tidak bermakna tiada sebarang tempat untuk menetap di sana. Sejak 20 tahun lalu, sekumpulan pengembara Australia di Anzac tiba di perkampungan itu dan bertanya kepada petani tempatan berapa bayaran yang dikenakan untuk mereka tidur di dalam bilik stor kayu.

SEGALANYA daripada kayu.


Mengetahui potensi yang ada jika mereka membina bilik atau rumah daripada kayu, petani-petani itu kemudian membuat keputusan untuk meluaskannya.

Sejak itu, tiada apa yang dapat menghentikan perbuatan mereka membina beberapa bilik yang diperbuat daripada kayu untuk kegunaan pengunjung.

Dan pada hari ini, perkampungan itu dipenuhi dengan rumah pokok dan teratak kayu di celah-celah rimbunan pokok pain dan dusun oren yang menghijau.
Sebaik terdengar kokokan ayam, pengembaraan saya pun bermula. Olympos semakin hampir iaitu 50 kilometer (km) dari bandar hab komersial, Antalya.

Dalam keadaan berangin kuat dan melalui kawasan pergunungan yang tidak sekata, perjalanan menaiki bas mini kadang kala mengambil masa satu jam setengah.

Setelah berhenti di satu tempat, saya menaiki sebuah lagi bas yang agak uzur selama 15 minit bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

SEJAK dikenali, perkampungan ini tidak putus-putus menerima kedatangan pelancong khususnya dari barat.


Apabila sampai, saya terus ke Bayrams, sebuah penempatan yang mempunyai lebih 20 buah rumah kayu yang dibina sejak dua dekad lalu bagi melihat pemandangan pertama sekitar Ozzie yang digelar pengamal media sebagai bandar terbesar di Turki.

Koleksi pelantar yang dihiasi dengan kilim, bantal dan bilik tetamu tersergam indah di antara pokok-pokok oren. Ia begitu mendamaikan dan membuai hati yang melihatnya.

MENYALAKAN unggun api, antara aktiviti yang digemari pengunjung.


Dari pelantar tersebut, terdapat deretan rumah pokok mini yang dapat dilihat di celah-celah batu. Di rumah penginapan yang saya diami, pintunya terdiri daripada pokok pain dan turut ‘dihidangkan’ dengan penghawa dingin semula jadi iaitu tiupan angin yang menyegarkan dari pesisir pantai.

Gamitan ombak yang menghempas pantai menyebabkan hati tidak sabar-sabar untuk menikmati suasana tersebut. Selain berenang, anda juga boleh berjalan-jalan di tepi pantai atau melakukan aktiviti seperti kayak, memanjat tebing dan sebagainya.

Selepas menyelam dan menghabiskan masa berenang di pantai, perut mulai berkeroncong minta diisi. Siap berpakaian, saya lantas ke perkampungan di Cirali untuk menjamu selera di mana-mana restoran yang ada.

Namun, saya hampa kerana kebanyakan restoran di pesisir pantai itu kosong pada musim-musim tertentu. Justeru, saya mengambil keputusan menghubungi restoran Yorukoglu, di mana pemiliknya agak gempal dan berambut perang versi Walter Matthau.

Sebagai satu-satunya pelanggan beliau, saya dihidangkan dengan salad timun Anatolian, ketumbar, tomato dan keju putih bersama jus lemon sebagai permulaannya.

Kemudian saya menikmati keenakan calamari bersama yogurt, diikuti ikan segar yang dipanggang serta sepinggan buah-buahan. Ia ternyata satu hidangan yang lazat dan paling mengejutkan bil yang diberikan pada saya hanya berjumlah RM93.00 termasuk minuman.

Kemudian pada petang itu juga, saya menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Chimeira melalui kawasan pergunungan.

Di sana, saya dapat menyaksikan satu fenomena alam semula jadi yang mengagumkan iaitu api yang menyala di pergunungan Olympos sejak beribu tahun lalu tanpa pernah terpadam.

Selepas itu, saya kembali semula ke Bayrams dan masih terdapat pengunjung berehat di pelantar sambil menikmati pemandangan yang ada.

Melihat keadaan itu, saya gembira kerana tidak berada di sini pada waktu puncak ketika ia dipenuhi ramai pelancong atau pengunjung.


PANORAMA pesisir pantai yang begitu menenangkan.


Pada waktu malam, biasanya pengunjung akan berkumpul di satu tempat yang terdapat unggun api yang dinyalakan. Antara aktiviti lain yang dilakukan ialah menghisap paip hookah yang kelihatan begitu mengasyikkan. Namun, saya hanya melihat sahaja.Sehari di Bayrams, adalah satu pengalaman yang indah buat saya. Namun, saya turut tertanya-tanya mengapa orang lebih suka ke Magaluf apabila mereka boleh datang ke tempat istimewa seperti ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: