Jelajah Sarawak di Kampung Budaya

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

DIGELAR muzium hidup terbesar dunia, Kampung Budaya Sarawak menjadi destinasi mesti dikunjungi untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang ini.

DIGELAR muzium hidup terbesar dunia, Kampung Budaya Sarawak menjadi destinasi mesti dikunjungi untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang ini.

Apa yang menanti pengunjung di taman seluas 4.25 hektar ini adalah kediaman tradisional tujuh suku kaum utama iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Setiap satunya memaparkan keunikan cara hidup dan budaya suku kaum utama Sarawak.
Berlatarbelakangkan pemandangan indah Gunung Santubong, siapa sangka taman yang sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa, dibangunkan di kawasan perkampungan nelayan dan hutan belantara.

Di pintu masuk, tetamu akan disambut dengan beberapa patung menggambarkan kepercayaan warisan pelbagai suku kaum yang dipaparkan di taman ini. Pengunjung turut dibekalkan dengan pasport khas yang akan dicop setiap kali selesai mengunjungi setiap rumah.

Rumah Bidayuh misalnya kelihatan seakan pondok besar berbentuk bulat. Kaum yang asalnya menetap di tebing Sungai Sadong dan Sungai Sarawak ini gemar membuat rumah di lereng bukit sehingga kelihatan seperti tangga gergasi.

Selain mengurangkan risiko serangan musuh, tangga gergasi itu memberi kelebihan untuk mengumpul air dari bukit. Empangan kecil pula dibina untuk menyalurkan air ke perkampungan suku kaum ini menggunakan buluh.

Kaum Iban atau nama lainnya Dayak Laut membina rumah panjang yang boleh bertahan antara 15 hingga 20 tahun. Mereka hanya berpindah apabila tanah di sekeliling rumah panjang mereka mula mendap atau kurang subur.

Rumah orang Iban dibina menggunakan balak dengan daun sebagai atap. Menariknya, rumah yang lazimnya dibina berhampiran sungai ini memiliki koridor yang panjang di bawah satu bumbung.

Koridor atau beranda luar ini menjadi tempat pertemuan antara penghuninya. Pengunjung ke rumah Iban di taman ini berpeluang menyaksikan demonstrasi menenun pua kumbu secara tradisional yang diwarisi sejak berzaman.

Rumah Penan pula boleh diibaratkan sebagai pondok sejajar dengan kehidupan mereka yang gemar berpindah-randah. Pondok kecil dan amat praktikal ini dibina untuk bertahan beberapa minggu atau bulan yang lazimnya didirikan berhampiran sagu liar.

Suku kaum yang agak pemalu ini mewarisi pelbagai kelebihan termasuk menghasilkan Bunga Jarau berguna untuk menghasilkan api. Bagaimanapun, mereka juga terkenal dengan seni penghasilan sumpit yang digunakan sebagai senjata perburuan atau digunakan ketika berperang.

Rumah Melanau antara kediaman peribumi Sarawak paling menyerlah kerana dibina 40 kaki dari tanah. Tujuan utama adalah mengekang serangan musuh dan mengelak banjir. Menariknya, kaum yang asalnya menetap berhampiran kawasan pinggir pantai ini menjadikan sagu sebagai makanan utama berbanding nasi.

Kepenatan memanjat tangga kayu pasti terubat apabila menyaksikan hasil seni kaum ini yang menjadi latar dinding di beranda rumah suku kaum ini. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan orang Melanau mengalunkan irama tradisional menggunakan sape, alat muzik kebanggaan mereka.

Orang Ulu pula seperti namanya, gemar membina penempatan berselerak di tanah tinggi dan di tebing sungai utama. Bagaimanapun, kaum yang menjadikan pertanian sebagai sumber makanan ini membina rumah panjang mereka supaya tahan untuk tempoh yang lama.

Orang Ulu juga terkenal kerana kehalusan seni pertukangan pedang yang dicemburui musuh mereka. Mereka menghasilkannya daripada besi yang didapati dari sekitar kawasan penempatan yang kemudian disejukkan dengan air sejuk pergunungan.

Sebelum pulang, jangan lupa singgah di panggung Kampung Budaya Sarawak untuk melihat keunikan tarian masyarakatnya termasuk Ngajat Lesong dan Ngajat Pahlawan (Iban), iaitu meraikan wira yang ingin ke medan perang.

Alunan irama daripada alat muzik etnik dengan wajah manis gadis menari diselang-selikan dengan demonstrasi menyumpit, turut disertai pelancong asing. Paling teruja melihat wajah gerun ‘pahlawan’ menggigit lesung tanpa berasa sakit.

Benarlah kata orang, kunjungan pelancong ke Kampung Budaya Sarawak seolah-oleh menjelajah Sarawak dalam tempoh setengah hari. Tidak lengkap kunjungan anda ke negeri terbesar Malaysia ini sekiranya tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sini.

INFO

>Sejak membuka pintunya kepada pelancong pada Februari 1990, perkampungan budaya ini merekodkan kunjungan lebih 70,000 orang setiap tahun.

>Hampir 7,000 orang membanjiri taman seluas 4.25 hektar ini setiap malam sempena penganjuran Festival Muzik Dunia Hutan Hujan Sarawak di kaki Gunung Santubong, setiap tahun.

UNTUK KE SINI

>Perjalanan dari Kuching mengambil masa satu jam. Pengunjung boleh mengambil teksi dan bas dari pusat bandar terus ke Kampung Budaya Sarawak.

>Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Persembahan tarian berlangsung selama 45 minit. Dua kali sehari pada jam 11.30 pagi dan 4 petang.

Advertisements

8 Respons

  1. maaf, sape tu alat muzik suku kaum orang ulu. bukan melanau.

  2. salam ziarah..minta izin nk copy info berguna ni sharing dgn my readers blh?

  3. kampung budaya sarawak memang best….jangan lupa datang kalau pergi kuching……..

  4. fall in love with the uniqueness of gunung santubung…

  5. sarawak tetap di hati…we love sarawak……………BuMi KeNyAlAnG……………kAmPuNG bUdAyA MeNiNgGaLkAn SeRiBu SAtU kEnAnGaN mAnIs BuAt SAyA…….brlatarkan gunung santubung yg unik……best sangat….

  6. saya pernah ke sini pada 23 februari 2010……..di sana memang best punya lla….rasanya tak mahu balik pun ada……rugi kalau datang ke sarawak tak pergi ke kampung budaya….memang unik dan istimewa…..

  7. wah..sya xpenah pun datang kat sana..nanti kalu dah berduit saya akn pergi kesana..leh tempah tiket dari sini ker??

  8. Saya pernah menjejakkan kaki ke sini 2 tahun dulu. Memang menarik dan rasa ingin pergi lagi ke sana jika berpeluang. Walau bagaimanapun, Gunung Kinabalu tetap terpahat di sanubari. Sungguh mengkagumkan ciptaan Ilahi…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: