Kepentingan budaya tradisonal kita

    Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.

     Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

     Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.

     Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.

     Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

        Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

        Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.

        Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.

        Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

 

47 Respons

  1. bley x bgi ‘Maksud Warisan bUdaya Bangsa’..pastu bley x terangkan maksud/isi-isi pnting Bangunan Bersejarah,Pakaian Tradisional,Permainan Tradisional,Alat Muzik Tradisional dan Makanan Tradisional ??please reply

  2. tenz okee . krangan ni sweet sgt . tenz for helping :)

  3. tenz yaa . krangan ni sangat membantu . esok dah kena hntar krangan . otak dah blur takde idea taktau nak buat ape . btw , tenz okee :)

  4. macam mane nak cari nie?susah betul lh..kalau a,b dan c kan snang

  5. emm pening nk cri kpntigan budaya

  6. THANKS , HELP ME MORE

  7. Sya cri soalan brkaitan budaya di malaysia

  8. bagus .

  9. Mengapa kita harus kekel kn budaya tradisional

  10. anda bilang “Budaya melambangkan identiti sesebuah negara”..
    jikalau budayanya saja hasil curian dari negara lain…
    maka sudah jelas identiti negara tersebut,, sebagai “NEGARA PENCURI”.. Terima Kasih…

  11. meng’klaim budaya negara lain sama dengan sifat “kutu anjing”,,menjengkelkan tapi pengecut..

  12. mengklaim budaya negara lain,, tak ada bedanya dengan “kutu anjing”.. menjengkelkan tapi pengecut..!!!

  13. Terima kasih admin ^_^ Nak info pasal kebaikan dan keburukan laman sosial boleh?

  14. Saya nak bagi informasi sedikit supaya tidak ada lagi percambahan isu tentang “Peniruan Budaya”.Di harap semua yang membaca mengambil ikhtibar.
    Negara-negara yang ada di nusantara ni sememangnya daripada satu punca yang sama iaitu bermula dari Filum Bahasa yang satu iaitu Austrik/Austris.Daripada Filum Bahasa Austrik,turun kepada Rumpun Austronesia.Rumpun Austronesia pula terbahagi kepada dua iaitu Austronesia Barat dan Austronesia Timur.Dari Rumpun Austronesia Barat,turun pula kepada Keluarga Indonesia.Daripada Keluarga ini lah yang berkembang dan menghasilkan budaya-budaya yang ada di nusantara sekarang ini.Jadi di sini jelas membuktikan bahawa budaya kita memang sama tetapi sudah berubah mengikut proses perubahan zaman.Jadi tidak ada istilah “Peniruan Budaya” atau yang seumpamanya.saya harap kita semua faham.Terima Kasih.

  15. perkongsian pendapat dan kebudayaan akan ujud rasa cinta kan Negara. kerna saling memahami untuk memertabatkan kebudayaan terutama seni tari yang beraneka ragam gerak tari yang memiliki keunikan tersendiri.Jika bola sepak dapat mengujudkan peminat seluruh pelusuk dunia.Jadikan seni budaya tari Melayu ada peminat tersendiri di serata dunia.sama-sama lah kita menyokong untuk memertabatkan tarian teradisional Melayu….Malaysia….

  16. berkongsi pendapat dan kebudayaan dapat mengujudkan kesafahaman dan rasa cinta pada negara dan budaya itu sendiri.Jika bola sepak jadi minat selurih dunia.jadikan seni budaya tarian melayu mungkin akan ujud peminat tersendiri di searata dunia

  17. NAK MINTA STATISTIK AMALAN BUDAYA TRADISIONAL .. PLEASS …
    MAHU BUAT KERJA PENGAJIAN AM ….

  18. saya mencari artikel tentang seni kreatif tarian dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

  19. ADA X BUKU SKRAP PUNYA FAKTAR

  20. x faham lah :P

  21. Sebenarnya tidak ada yang salah dengan malaysia karena untuk mengklaim suatu budaya mereka harus punya sejarah latar belakang budaya tersebut di negara mereka. Karena malaysia adalah negara yang memiliki budaya yang sangat sedikit sekali dibandingkan indonesia maka mereka pun mengorek-ngorek budaya mereka sendiri dan nekad mengklaim budaya yang asal usul berasal dari negara lain yang penting pernah diprakekan di negara mereka.
    Malaysia adalah negara yang ingin maju sehingga mereka nekat melakukan berbagai cara untuk memperkaya khasanah budaya mereka. Jumlah penduduk, suku, bahasa, budaya, dll yang minim menyebabkan mereka krisis kebudayaan. Untuk memperkaya budaya demi promosi tour dan travel mereka ya nekad adalah salah satu jalan.
    Negara kita indonesia punya kebudayaan yang berlimpah tetapi tidak digunakan oleh manusianya untuk mensejahterakan mereka sendiri. Mungkin karena malaysia tahu bangsa kita terlalu nyantai, nerimo, tepo seliro, hormat menghormati, musyawarah untuk mufakat, dll mereka malakukan hal itu. Jadi tanyakanlah diri sendiri kenapa bangsa kita sampai begitu lemah mau diinjak-injak harkat martabatnya di depan dunia internasional. Jadi dengan kejadan seperti ini diharapkan kita sadar dan mengubah perilaku bangsa kita agar bisa maju minimal mengejar ketertinggalan kita dari negara tetangga kita malaysia.
    Masalah Tenaga Kerja Indonesia alias TKI yang disiksa dan dianiaya oleh majikan itu adalah hal yang lumrah karena perbuatan tersebut murni perbuatan kriminal pribadi dan bukan perbuatan / sifat suatu bangsa. Salah satu penyebab penganiayaan dan perbudakan adalah karena orang indonesia banyak yang lugu, polos, bodoh, dsb sehingga ada orang-orang malaysia yang senang memperbudak mereka demi kepuasan batin. Jika tki semua pintar dan berkualitas jauh di atas orang malaysia maka tidak akan ada lagi kasus semacam itu, yang ada mungkin hanya tindak kriminal biasa. Orang asing pun banyak yang dikerjai orang indonesia di indonesia, jadi orang-orang negara kita juga nakal kok.
    Malaysia hanya ingin lebih maju di berbagai bidang dari negara kita. Tapi terkadang mereka jadi arogan dan angkuh sehingga menganggap orang indonesia adalah orang terbelakang dan bodoh. Negara kita memang susah mau maju jadi ya wajar lah kalau negara kita terus menerus jadi negara berkembang serta berada di bawah malaysia dalam beberapa hal penting. Bangsa dan negara malaysia tidak bersalah, yang bersalah adalah oknum orang malaysia. Hati-hati juga dengan adu domba antar negara karena banyak negara maju dan negara lain yang “jahat”.

  22. malingsia Tidak Punya Etika Dalam Bidang Kebudayaan

  23. Marriii bekunjung temoat kami

  24. aku tgh cri kepentingan memelihara warisan negara
    sape blh tlg aq cri???????????????????
    please

  25. HAI, AD X BG CTH ESEI TNTG CNE BLEH TERHAKISNY WARISAN BDYA TMPATAN NIH..

  26. admin ni laki ke perempuan????

  27. dan buku skrap dah siap

  28. dan saya br 11 thn

  29. kakak dah tolong saya siapkan buku skrap……

  30. salam..hppya dpat maklumt tentang kbudyaan nei,dapat juga mgurangkan beban otak untuk mncari idea…..hex99919919

  31. sgt bgus n mmbntu sya dlm buat folio sv…….. thanks so muchhhh…………

  32. I agree with this statements..!

  33. baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagggggggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuussssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss SAAAAAAANGGAT!

  34. ko wat menda ni ah`??????

  35. huhu… terima kasih…karangan nie mmg mbantu… esok kena antar karangan…xde idea nk curah…

  36. terima kasih…
    artikel ini sgt berguna utk para pelajar..

  37. thanks , anda telah mmbntu sy dlm mnyiap kn folio pmr 2010

  38. tolong kaitkan kebudayaan tradisional dengan pembentukan jati diri ? plissssss plisssss . Esok kami kena hantar daa . tolong kami bantu kami anak tak da duet .

  39. […] kebudayaan tradisional Kepentingan budaya tradisonal kita […]

  40. kenpa tk highlight kn je isi2 kpntingn budaya..saya nak wat esei warisan budaya tempatan amt pnting kerana m’punyai nilai yg tnggi.unsur ini t’hakis d’sbabkn oleh arus pemodenan dan lngkh2 bg menagani mslh ni..pening lar..tak tau lar contoh yg ni sesuai or tak..anyway thanks..

  41. mcm mana ni saya baru 11 tahun tapi saya tak fahan la… mcm mana nak buat kepentingan kebudayaan kepada bangsa & negara

  42. oh….
    i love u…..
    this is a gr8 article………..

  43. thanks….dengan adanya laman web ni senang la saya nak cari bahan folio…

  44. askum sy dok pening cam ner nk buat kepentingan kebudayaan kepada sesuatu bangsa dan negara nie..
    x faham skit lah psl nie

  45. thaks… dah jumpa bahan nak buat folio..

  46. hai umur saya baru sahaja 11 tahun .maklumat kepentingan kebudayaan tradisional sangat memberi rangsangan kepada saya

    MazlanBiarlah usaha ini dapat kita kongsi bersama. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: