NUTP mahu Kementerian Pelajaran lebih reponsif terhadap masalah guru

 

BERNAMA
21-03-2008

KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini mendakwa beberapa tindakan Kementerian Pelajaran sejak awal tahun ini, termasuk penstrukturan semula sekolah, telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan guru.

Presiden NUTP Anuar Ibrahim berkata kebanyakan tindakan yang diambil oleh kementerian dibuat tanpa mengadakan perbincangan dengan pihak kesatuan, dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati para guru.

Katanya penstrukturan semula sekolah yang dilakukan kementerian bermula Januari lepas yang melibatkan kenaikan pangkat secara terus terhadap tenaga pengajar tingkatan enam menyebabkan guruguru lain kurang berpuas hati.

“Sedangkan guru-guru yang mengajar di tingkatan lain tidak dinaikkan pangkat dan disisihkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anuar berkata menerusi penstrukturan itu, guru yang mengajar tingkatan enam dinaikkan secara terus ke gred antara DG 44 hingga DG 52, menyebabkan ada di antara mereka yang dinaikkan pangkat itu mempunyai gred yang lebih tinggi daripada Penolong Kanan sekolah.

Anuar berkata selain itu mulai Februari lepas, para guru turut dikenakan pemotongan pembayaran cukai berjadual (PCB) yang terlalu tinggi iaitu antara RM200 dan RM1,000 setiap bulan.

“Apabila ramai guru yang menyatakan kurang berpuas hati terhadap potongan itu, kami pun tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya kerana kami juga tidak dibawa berbincang tentang hal itu,” katanya.

Beliau mendakwa pihak kesatuan tidak dipanggil untuk berbincang mengenai keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan sertamerta mulai Januari lepas bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) kepada guru yang mengajar mata pelajaran ketukangan.

Pihak kesatuan hanya mengetahuinya melalui surat pekeiling JPA, katanya.

Beliau berkata para guru juga tidak puas hati dengan tindakan kementerian yang tidak meletakkan guru bukan siswazah yang baru mendapat ijazah di gred yang bersesuaian tanpa mengambil kira pengalaman mereka.

“Bayangkan ada guruguru berpengalaman ini yang baru mendapat ijazah dengan menggunakan perbelanjaan sendiri kini mendapat gaji yang lebih rendah daripada masa sebelum mereka mendapat ijazah,” katanya.

Anuar berkata  ini tidak selari dengan visi Kementerian Pelajaran yang bermatlamat melahirkan semua guru yang berkelulusan ijazah.

“Ini menyebabkan 70,000 guru yang menyambung pelajaran atas inisiatif sendiri tidak berpuas hati apabia diletakkan di gred yang rendah sedangkan penjawat awam sektor perubatan dan imigresen yang turut menyambung pelajaran dapat diserap ke gred yang lebih tinggi mengikut tahun pengalaman perkhidmatan mereka,” katanya.

Anuar berharap Kementerian Pelajaran tidak mengetepikan segala permasalahan dan isu yang berbangkit membabitkan guru, selain diharap dapat memberi perhatian terhadap isu yang dibangkitkan itu memandangkan NUTP adalah badan yang menjadi suara kepada 135,000 guru di seluruh negara.

“Banyak kali surat atau aduan yang dibuat oleh kami tidak mendapat maklum balas dan tindakan susulan daripada Kementerian Pelajaran,” katanya.

Satu Respons

  1. salam.

    Dari dulu saya suarakan masalah guru pra dan ppm tp saya tak tahu di mana lg nak luahkan suara nasib kami yg seakan2 di anaktirikan oleh kementerian.

    Kami guru2 pra sekolah kerajaan bukan kemas atau perpaduan atau permata. Tugas kami tidak sama dgn guru kemas/perpaduan dll. Kami terikat dgn beban tugas di sekolah jg termasuk kurikulum, kokurikulum, persatuan, kelas dsbgnya di sekolah.

    Thn dpn kami mengajar 1200 min seminggu berbanding guru biasa paling byk 930 seminggu. Kami diarahkan mengajar semua subjek kecuali agama menggunakan bahasan pengantar 600 min dlm BM dan 600 min dlm BI seminggu. Ramai guru pra tdk menguasai BI bgmana kami nak ajar. Kami tiada elaun utk beli bhn2 rujukan BI tp kami ttp kena ajar sbb itu arahan KPM ikut silibus baru pra mulai thn dpn.

    Mrd 25 org satu kelas yg mempunyai tenaga 1org bersamaan 4 org punya tenaga kerana mrk 6 thn dan terlalu aktif. Kami kepenatan mengajar setiap hari tanpa tukar guru krn kamilah guru semua subjek. Dan kami perlu mengadap mrd pra ini setiap hari selama setahun. Bila kami nak rehat kalau kalau kami kena menjaga dan mengajar mrd ini dr jam 7.30 pagi hingga 12 tgh itupun kalau semua mrd balik on time. klu ada yg lewat balik kami kena jaga smpai pukul 1.00 pm. Mesin pun kena rehat. Inikan kami bersama 25 org anak yg kecil ini. Kita anak 4 di rumah pun pening inikan pula 25 orang.

    Fahamkanlah masalah kami. Tolonglah minta KPM pertimbangkan mengurangkan bebanan guru pra. Lihat sahaja guru Pend. Khas. dpt elaun dgn mengajar 5 org yg tdk perlu diambil peduli thp pencapaian yg perlu dicapai kerana mrd mereka mmg bermasalah. Kalau muka kami sentiasa berminyak, cikgu pend khas sentiasa kemas make upnya. sbb apalah sgt mengajar 5 org mrd dgn bantuan PPM. Kami guru2 pra semua sanggup bertukar mengajar di kelas pend. Khas.

    Hanya orang yg pernah mengajar di kelas pra sahaja yg tahu teruknya menjadi guru pra. Malahan pihak jabatan pun mengakui beban tugas guru pra tp dgn mudah mrk kata, dah nasih guru pra dan dah rezeki guru pend. khas yg dpt elaun krn nama ‘khas’ menjadikan mrk dilimpahkan rezeki lebih.

    Kami tak minta elaun tp kalau bg dptlah sejuk sikit hati ni sebab sesuai dgn tugas kami. Tapi yg kami mahu sgt ialah kurangkan bebab tugas guru pra. Ini yg saya cerita belum termasuk bebanan tugasan pengurusan pra yg ditanggung sendiri guru pra.

    Tolonglah…kami tidak boleh bersuara lebih nanti kami dianggap engkar perintah. Jadi di mana hak kami utk diperjuangkan.

    Kerjasama anda amat diharapkan Saya selaku wakil rakan-rakan lain mengucapkan t.kasih di atas kerjasama anda. Sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: