Pergi Jepun cari ‘Naruto’

Oleh: Sharifah Hadzirrah Syed Hadzir

JIKA terlampau minat, apa saja sanggup dilakukan untuk bertemu si dia walaupun hanya karakter kartun terkenal dalam animasi Jepun.

Bagi peminat fanatik Manga, karakter dalam animasi ‘Naruto’, ‘Bleach’ dan ‘Kitaro’ sudah sebati. Dari watak comel, jahat atau binatang, semuanya menjadi pujaan peminat setia Manga.
Manga memang terkenal di seluruh dunia. Atas alasan itu, saya bersama teman yang juga kaki ‘Manga’ sanggup terbang ke negara matahari terbit itu semata-mata untuk melihat kemeriahan industri penerbitan animasi Jepun.

Kami memang memendam hasrat menyaksikan sendiri keunikan budaya masyarakat Jepun yang dikatakan benar-benar menepati masa.

Berbekalkan wang saku hasil pendapatan sebagai artis alih suara di syarikat tempatan, kami bertekad menjelajah Tokyo dan kawasan sekitarnya dalam tempoh kurang seminggu.

Untuk mengawal perbelanjaan, kami tinggal di kawasan asrama lari dari kesibukan kota Tokyo.

Pemiliknya, walaupun kelihatan amat sukar bertutur bahasa Inggeris, tidak jemu membantu kami mengenai destinasi pelancong yang mesti dikunjungi di negara itu.

Untuk memudahkan pergerakan, kami menyertai pakej lawatan bandar untuk mengunjungi beberapa lokasi tumpuan pelawat termasuk Imperial Palace.

Dalam tempoh singkat, kami mengambil kesempatan mengunjungi lokasi beli-belah popular termasuk Nakamise, malah ia antara pusat beli-belah paling awal di Jepun sejak era Shogun Tokugawa dari 1688 hingga 1735.

Kawasan ini dibina untuk memudahkan pelawat ke Kuil Sensoji – kuil paling lama di Tokyo yang dibina pada 628.

Satu lagi kawasan popular untuk pelancong adalah Kappabashi Dogugai Street dengan 170 kedai di sepanjang 800 meter khusus untuk menjual pinggan mangkuk tembikar dan pelbagai peralatan dapur.

Seperti pelancong lain, kami meredah kesibukan lautan warga kota yang bersesak di daerah mewah Tokyo, Ginza. Berada di sini, kami hanya menghabiskan masa melihat gelagat manusia terutama fesyen jalanan pelik ‘Harajuku’.

Warga Jepun sama ada eksekutif bertali leher, memakai kimono atau kostum animasi Manga, semuanya kelihatan berjalan pantas ke destinasi mereka.

Shibuya pula menempatkan paling banyak komuniti ekspatriat, manakala Akihabara di Chiyoda umpama kompleks Imbi di ibu kota menjual pelbagai gajet terkini.

Seminggu di Jepun, saya tidak melihat kelibat warga Jepun berpakaian seperti karakter Manga kegemaran. Bagaimanapun, ia tidak menghalang saya ‘mengetuk’ pintu studio animasi terkemuka Jepun untuk bertemu tenaga kerja Manga.

Namun, semua itu tidak dapat dibandingkan dengan pengalaman melihat sakura gugur sambil duduk berehat menikmati sushi segar di tengah kota Tokyo.

Satu Respons

  1. kat mne jual brng2 naruto kt malaysia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: