Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial.

Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun, pada era teknologi maklumat kini, mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala media elektronik pula iaitu Internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial.

 

Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.

 

Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi.

 

Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.

 

Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia.

 

Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber.

 

Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar gelap. Di pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang semangat kepimpinan dalarn diri.

 

Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Hasilnya lahirlah generasi yang menjadi ‘robot’ dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.

 

About these ads

33 Respons

  1. ia sangat baik untuk mendapatkan ilmu

  2. OK OK OK

  3. ia dapat menambahkan pengetahuan saya dalam bidang penulisan..

  4. x leh kasi yg ringkas2 kew ? bru jew nak buat karangan nie ..

  5. media massa pencetus gejala sosial?…perhatikan baik2…memang tidak dapat dinafikan media massa kini banyak buruk dr baiknya…tetapi itu tidak bermakna media massa tiada fungsi untuk menyampaikan kebaikan…jgn disalahkan media massa…atau penciptanya….sepatutnya,pengendali media massa yg wajar dipersalahkan….siapa pengendalinya?…(org yg mengguna pakai media massa dengan pelbagai tujuan..sama ada baik atau buruk…)….jika media massa berjaya dikendalika dgn baik tentu hasilnya juga baik bukan?…kita beralih kepada media massa terUlung iaitu televisyen….televisyen masa kini sering menjadi “scapegoat” kepada berlakunya gejala sosial…betul atau tidak hanya anda (pengguna dan penerima media massa) yang mampu menjawapnye…hari ini kita lihat…kononnya televisyen semakin gagah merobek jiwa anak bangsa agar jatuh ke kancah gejala sosial…sedangkan rancangan islamiah,motivasi,pembelajaran dan pengajaran sering mendapat tempat dlm televisyen…tidak ketinggalan juga siaran-siaran baru yg khusus hanya untuk penyampaian kebaikan..antaranya ialah astro oasis dan tv al-hijrah….cuma antara mahu atau tidak sahaja…muhasabah diri dan pandang sekeliling sebelum menyalahkan yg lain…

  6. terima kasih! :D

  7. thanks coz share bnyk maklumat ni.saya juga sedang menyiapkan karangan yg diberi oleh guru saya…

  8. assalamualaikum. terima kasih banyak-banyak. dengan adanya karangan daripada saudara, saya dapat menyiapkan karangan perbahasan yang diberikan oleh cikgu dengan jayanyaa !! tapi ada sikit yang saya crop. sebab isi banyak yang sama dan bersangkut paut. hehehe :D

  9. trima kaseh larh…. sbb tlah buat karangan ni…. iaNya bnyak membantuuu…. jasa mu d kenang…

  10. This essay helped me so much.I wrote this essay in my form 1 exam in smk assuntha.My teacher sayed u wroted spm essay in form1.Then she gaved me mark.
    it’s 98……. TQ MUXXXXXXXXXXXXXX

  11. Ini banyak membantu dengan karangan saya. Ia memberi idea. Thanks LOL.

  12. Ya, terlalu bnyak kburuknnya…….thnks atas maklmat………….

  13. karangan ini banyak membantu saya
    thanks

  14. karangan ini banyak membantu saya

  15. luv u lemon

  16. - Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. Dalam hal ini kita dapat melihat peranan media massa terhadap golongan remaja sekarang amat tipis. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa mempunyai kebaikan, namun seperti yang kita maklum sifat seseorang remaja yang bersifat ingin tahu sudah menjadi lumrah. Ingat zaman sudah mula berubah, yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, Hati-hati dengannya

  17. tajuk karangan:media massa 2 boleh x kasi yg ringkas sikit..

  18. mmg x dpt dnfkn media massa mrpkn slh 1 pymbg kpd pngktn statistik gejala sosial.nmn,kte stll x bley slhkn juz 1 phk jew.how about phk laen?slmt r diorg lau cm2..bsds we also need 2 find mechnism 2 avoid this prblm..so,sama2 lh kte thnk about this k?tq

  19. wahhh ,menarik lah karangan ini .saya suka dan karangan ini membantu saya untuk menyiapkan karangan saya :)

  20. ap yg saudara war2kn adernyer btl n adernyer slh .. tp jgn ler tll ikut kata hati nista tnpa pkrkn secalit k’bekn t’sirat yg ader dlm media massa neh. sbnrnyer tpulg kpg hak msyrkt itu sndri, jika mrk mgunakn media massa dgn btl maka putih ler jdnyer tp jika saudara bkata media massa tlh bwk > byk kburukn dr k’bekkn itu adlh slh sme skli. Wlupn saudara adlh sorg pljr, sorg pnsyrh, sorg blogger o sorg presiden sklipn. Igt ler media massa gk memainkn pranan pntg tok majukn minda, ideolism jati masyrkt malaysia. Bkn hya utk memesongkn akidah, minda kuning sesetgh msyrkt kita hri neh — whi mbr2ku .. mmg layk saudare neh m’utarakn pndgn dy lam “media baru” neh n bg ler pndgn cam best kt dy yer ekekeke

  21. Saya selaku pelajar Jurusan Media Massa tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan saudara yang menyalahkan media seratus peratus. Media tidak bersalah, yang bersalah ialah golongan yang tidak pandai menggunakan media itu sendiri. Apabila berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja, mengapa hanya pihak media yang dipersalahkan? Padahal, mereka sendiri yang telah menyalAhgunakan media itu ke arah unsur negaTIF. Sekadar bertanya, bolehkah saudara hidup tanpa peranan media massa dan penggunaan media massa itu sendiri? tepuk dada tanya selera.

  22. sangat menarik! namun bukan media massa yg bersalah.. tap,tindakan pelajarnya yg terlalu terikut2 dgn cmua 2. pihak media massa x dpt dipersalahkan sbb mreka cma ingin terus maju

  23. karangan nie agk menarik,tp perenggan tu bia lah nmpk seragam,tak nak ad pnjg ad pendek..

  24. maklumat ini telah menolong saya untuk membuat karangan saya! terima kasih banyak lah! Walaupun hanya dua point aje yang saya boleh gunakan!

  25. klu boleh tambahkan lagi isu2 hangat yang makin merungsing dikalangan masyarakat zaman kini

  26. saya suka sangat karANgan ni…. thanks banyak isi2 penting di dalam karangan ni..

  27. thank.. ada bnyak information dlam nie.. tpi kalo boleh saya nak tambahan bukti

  28. saya perlukan bukti yang menunjukkan media massa merupakan punca keruntuhan disiplin pelajar..

  29. Bagaimana pula media massa yg hanya mementingkan nilai komersil shj? Sy memohon utk balas e-mail sy.

  30. “Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka.”

    ….SIAPA KATA HINDUSTAN MENOLAK UNSUR-UNSUR TU KE DALAM JIWA MASYARAKAT!!!!!!

  31. tajuk karangan : Peperangan . Bolehkah tuan memberi idea kepada saya ? Terima kasih .

  32. tajuk karangan : Gejala sosial dalam kalangan remaja sekarang. Bolehkah tuan memberikan idea tentang karangan tersebut ? Terima kasih atas bantuan.

  33. mungkin karena kebebasan pers yang begitu luas. Menurut saya, jangan tambah lagi keburukan2 yang disebut diatas kalau kita tidak bisa memberi kebaikan antar sesama.
    thanks

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: