Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

 

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

 

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

 

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

 

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

 

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

 

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

 

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

 

About these ads

118 Respons

  1. thankss alot

  2. 10x 4r give information 2 do my essaye in bm…abt penderran kanak.-2..10x alot……

  3. thanx a lot!!now i can finish my essay…yeahhh…

  4. thx~bagi saya buat karangan

  5. lntklh..

  6. byk cakap..buat je esei tu….aiyaaa

  7. banyak cakap….buat je esei tu….

  8. terima kasih….dapat jugak siapkan projek sivik….terima kasih banyak2

  9. with those information at here was helping me done my moral project in the short time which need to send up to teacher tomorrow..thanks a lof for sharing this :)

  10. thanx!!!!!!!!!!!!!

  11. karangan sye siap hehehe !!!! tq~

  12. karangan sye siap hehehe !!!! tq~

  13. wah…saya ble siapkn karangn nie…

  14. thx so much this helped me a lot

  15. thanks for your sharing information..thenzx a lot for the information k..may ALLAH bless you..its can be a simple for me to do the essay work…thanzx k..hope you have more essay to share with me…hehex..

  16. terima kasih di atas perkongsian..smoga ALLAH membalas jasa awak..thanzx a lot..atas info..senang nak wat karangan BM..hahahax…juz perbtolkan ejaan k..hehex…hope awak boleh kongsi pelbagai lagi info..

  17. haha..thanks a lot! I mean a LOT! without this article i never had done my pendidikan morel essei! :)) now i can have a wide smile on my face. thank you!

  18. semua yang mendera kanak-kanak yang tidak berdosa harus dihukum sekeras-kerasnya. setiap yang melakukan kesalahan pasti dihukum tuhan.

  19. terima kasih kerana info ini banyak membantu saya.

  20. terima kasih kerana info ini banyak membantu saya

  21. Izham cakap omputih nampak… tapi esei saya rasa memang bagus

  22. Yeaah…!!thanx ya atas mklumat trsbut,akhrnya krja kursus i siap jgk:-D

  23. Thankyou so much, you helped me a lot for my BM essay :B <3 :D

  24. THANKS ,

    ARTIKEL AWAK TELAH MEMBANTU SAYA UNTUK MENYIAPKAN KERJA KURSUS DI SEKOLAH :))

  25. bagus…………………….tapi ADA EJAAN KESALAHAN DAN AYAT KESALAHAN ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! !

  26. salam,tq ats info ttg masalah penderaan kanak-kanak dimalaysia..

  27. makasiii ~!!! tbaekk tuk moral folio sy ..

  28. selain dr faktor2 di ats,ade lg x faktor yg mendorng kpd penderaan knk2?

  29. tq

  30. maklumat ini saya juga untuk buku scrap saya…..6tq awak

  31. yeah ~! akhirnye dpt jgk maklumat neyh ~ .
    thanx yea . :)

  32. time kaseh…info ini bnyk membantu sy membuat karangan

  33. info yang diberikan banyak membantu saya menbuat folio yang diberi oleh guru..

  34. ini adalah sebagai panduan untuk ibu bapa atau bakal-bakal ibubapa kerana anak adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya

  35. terima kasih
    info ni banyak membantu saya membuat karangan :)

  36. thanks for help to doing my moral folio

  37. maklumat niey saya gunakan utk siapkan powerpoint saya….thank byk2 sbb byk bantu sy.

  38. best nya bnyak mmbantu sya….info ne…
    mudah2han dapat membantu sya dlam krgn ne,,,,

  39. byk maklumat dlm ney..tengssssssssssss…..

  40. mklumat ini bnyak bantu sy…doakan utk kejayaan sy

  41. thanks ar…coz dapat d jadikn sbgai rujukan pelajar n khususnya ibubapa.

  42. em… best ny, aq bca jew… dapat ilham da nak buat karangan t exam. trima kaci

  43. tq bab,ruang nie banyak bantu saya n saya boleh buat rujukan..:)

  44. thank ar… ruang nie bnyk mbantu sa wt homework…

  45. thanks bab mnyiarkan laman ini. saya menggunakan laman ini untuk mencari maklumat.. laman ini merupakan laman yang terbaik….

  46. kTa HaRuS lArRh hOrMaT-M’HoRMaTi iBU bPa kTa

  47. huhu.. esei neyh kluar dlm soklan gerak gempur kitorang…so,it help us a lot..time kaci !!!

  48. maklumat ni..sgt best…bole bntu sya siap kn keja umah..makasi…

  49. thanz……ruangan ni cukup berguna….minta kebenaran ambik idea sikit…nak buat ulangkaji…hehe….terima kasih…wassalam..

  50. mekaseh………..

  51. terima kasih tuan.. :)

  52. tuan, terima kasih kerana memberi maklumat yg sngt bgus..

  53. saye mngunakan ruangaan ini untuk mengulang kaji pelajaran….trima kaseh kepada pihak berkenaan……

  54. thanks for the info yeah!im going to use it as reference for my ass!=)

  55. salam… terima kasih untuk perkongsian yang sangat berharga ini…. hm… saya pon pelik la… kemanalah akal seorang ibu / bapa sehingga mereka tergamak untuk berlaku sedemikian… jelasnye.. saya merasakan bahawa meeka ini sebenarnye teringin berkahwin tanpa asas yang kukuh untuk membina rumah tangga.,..

  56. Erm time ksh bnyk2..memg sgt mmbn2 sye..smuga anda dbrkati amin..

  57. terima kasih kerana telah memberi saya info yang berguna

  58. TQ~~!!!! Kamu telah banyak membantu saya dalam megulangkaji pelajaran~~! ^^

  59. terime kasih…byk isi yg terdapat dalam ruang ini..

  60. ruangan ini saya gunakan untuk memngulang kaji pelajaran saya.terima kaseh.
    wassalam…….:-)

  61. sye sngt suke dngn artikel nie..artikel nie bnyk membantu sye membuat homework..tq

  62. saya suka laman nie memberi dan pemudahkan asgment sy mengenai tajuk nie…

  63. shaLlom!!
    thx.. ruang nie banyk membantu sy dlm menjana idea.. so jika sy ada kesulitan kekurangan idea.. pasti ruang nie sy gna kn.. kpda tuan mazlan sy brharap sangat yg tuan boleh memperbanyakkn lagi isi2 pnting.. skian.

  64. ruangan ini saya gunakan untuk buat asignment saya… terima kasih

  65. hmmmm…. kena belajar landasan agama dengan lebih mendalam…..

  66. x berhati perut mereka ny..
    ni kasi bara

  67. sgat bgossss…. cian dak2 y kne dre 2…

  68. Best sgt artikel nie..

  69. kebanyakan artikel yg ditulis sgt bermutu..cara penulisan dan huraian m’jadikan artikel mnrik di baca..moga dari sini dapat mmbantu pper bm sy..

  70. salam..mse ujian tempoh hari,sy jawab soalan esei yg bertajuk kes pnderaan kanak-kanak..kebanyakkn isi2 yang saya bg sme dgn isi2 yg trdpt dlm artkl di ats….hrp2 saya dpt A+ utk mp BM…TQ krn sediakan artkl yg bermutu..

  71. trm ksh…..sy ambik rencana n sbgai bhan rujukan sy utk p.a

  72. tq d atas onfo yg beguna tu..insyaallah sya akan jadi ibu yang baik dan perihatin kpada anak sya

  73. yess,i got it n fnsh my work

  74. tq2.. ney tjuk keje uma bm yg na d antq ec0k. anyway, bgus r artikel ney.. =)

  75. hmm.. boleh lah , tapi ade gak info yg blh ambik

  76. it’s help me a lots.
    thanks for your article.

  77. kaunseling dan kerja sosial perlu diterapkan disekolah… setuju atau x???

  78. ishh zaman skung knk2 sering saje jdi mangsa penderaan!!

    hehehe selasa nie ada pembentangan wish me luck!!
    kne bentang pasal kez nie pulak 2!!!huhuhu

  79. mcm mana plak dgn langkah2 mengatasi penderaan kanak2? apa peranan masyarakat dan kerajaan?

  80. sye ambil ini sbgai rnungan n ambil sdkit idea untuk tliz esei..ae isnin neyh ckgu nak..hehehe..tq

  81. sye ambik ckiwt idea neyh..nak wat esei..t ckgu nak..tanks

  82. pray that our generation now will more loving n ve fear 2 GD…amen..

  83. asyik-asyik salah kan ibu bapa..bis tu anak-anak btul sgt ar??

  84. ibu bapa harus berfikiran matang..

  85. e=tEruk , terUk ,teRuk

  86. saya nak amik skit idea ni…huhu….tq

  87. tq,for the information..

  88. waahh terima kasih banyak ini ialah kerja rumah saye.. tapi mungkin i blh curi sekit dari sini!

  89. maklumat yang anda beri memeng bagus dan tepat.

  90. isu penderaan harus dielakkan….

  91. salam.. boleh bg idea tak?sy ditugaskan untuk membt paper work tentang penderaan kanak-kanak mengikut akta 2001.. plzzzz

  92. alice tu sape.pandainya memang btl kata ko,org tua kena dihormat sentiasa.tetapi remaja zaman skrng tak begitu

  93. terima kasih..
    telah bantu saya..

  94. “kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. ”

    sy quote kata2 di atas,,
    nk tnye la..
    bole ke penggunaan “di kalangan”?
    cikgu sy kate,ayat tu salah sbb yang sebetulnya..”dalam kalangan”.
    penggunaan “di kalangan” salah sbb xsesuai kedudukan kata “di”. “di” hanyalah merujuk kpd sesebuah tmpt.

    harap ada yang sudi terangkan dan bg tunjuk ajar.plizzzz!!!

  95. ok lah tapi tahbah ckit la isi

  96. oklah!!Tambahlah dgn punca-puncapun

  97. salam… trima kasih atas maklumat yg diberikan. Namun blehkah tuan tambahkan dgn lebih mendalam ttg kesan penderaan dr segi psikologi, emosi, fizikal dan menal terhadap kanak-kanak itu sendiri dan juga kpd ibu bapa mreka?

  98. tq coz bg info bleh wt rujukn utk asgmt

  99. penderaan terhadap kanak-kanak tlah melnggar etika kemanusiaan sedagai seorang menusia, boleh tolong terangkan tentang etika itu??

  100. bolehkah tolong terangkan faktor-faktor penderaan ini berlaku secara keseluruhan. maksudnya,faktor-faktor tersebut tidak tertumpu kepada penderaan kanak-kanak sahaja…bagaimana dengan penderaan pembantu rumah,penderaan isteri dan sebagainya???

  101. Thx! kerna mmbantu sya .. skg saya sudah dpt maklumat yg penting utk paper work sya!

  102. sllm terima kasih atas bantuan anda.maklumat yg bermanfaat dan sgt membantu saya dlm menyelesaikan paper work saya tq

  103. bolehkah tuan memberikan jawapan tentang nasihat kepada para ibubapa untuk saya menyiapkan paper works saya?

  104. bolehkah tuan memberikan jawapan tentang langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya penderaan ini dan juga nasihat kepada para ibubapa untuk saya menyiapkan paper works saya?

  105. tuan, bolehkah saya tahu apakah nilai yang boleh saya gunakan dalam penderaan kanak-kanak terhadap ibu bapa ini??

  106. salam…
    pada pandangan ibu bapa yang mendera adalah seorang yang mengikut hawa nafsu. oleh itu bagi ibu bapa yang ada sifat begini, dekatknlh diri dengan tuhan

  107. kejam betul

  108. salam
    bolehkah tuan memberi langkah-langkah pencegahan penderaan kanak-kanak dan pendidikan kesitan kepada saya untuk menyiapkan paper work saya.

  109. artikel ini memang sesuai untuk semua pembaca kerana iya memberi banyak erti kepada kita. ibu bapa memain kan peranan yang besar untuk melindungi anak-anak. bukan nya menjadi mengsa penderaan. artikel ini memberi makna untuk saya membuat kerja amal saya. terima kasih!!

  110. Bolehkah tuan memberi idea tentang karangan yang bertajuk Langkah-langkah untuk mengelakan penyakit berjangkit ? Terima Kasih

  111. terima kasih memberi idea kepada say untuk membuat kertas kerja saya.Bolehkah tuan memberi mamklumat untuk saya tentang pemakanan seimbang?

  112. terima kasih membantu saya memperoleh maklumat bagi memberikan idea mengenai kertas kerja saya.

  113. dear sir,
    i find that your article is very useful indeed. thank you for sharing with all of us.

  114. Tuan Mazlan

    Terima kasih.

  115. Tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa jua yang memanfaatkan sesuatu yang baik kerana hidup di dunia ini adalah perkongsian antara makhluk yang menghuni bumi ini, asalkan mendapat keredaan daripada Allah s.w.t. Insya Allah.

  116. Kepada Tuan Mazlan,
    Saya menggunakan rencana tuan sebagai maklumat tambahan kepada pelajar saya.Terima Kasih

  117. Amalan gotong-royong semakin kurang diamalkan dalam masyarakat kita sekarang.Bagaimana cara untuk kita memupuk amalan mulia ini?

  118. warga tua adalah golongan yang patut kita hormati kerana jasa dan sumbungan mereka.bagaimana cara kita menghargai jasa mereka?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: