Kacang yang lupakan kulitnya.

Zainal dan Zaleha telah mendirikan rumah tanga selama enam tahun. Kehidupan mereka sungguh bahagia walaupun Zainal hanya bekerja sebagai pesawah. Dia merupakan seorang suami yang bertanggungjawab, jujur, baik dan rajin. Zaleha berasa bertuah memiliki suami seperti Zainal. Tetapi jauh di sudut hati mereka menginginkan seorang cahaya mata seperti keluarga yang lain. Sesungguhnya mereka reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi yang tidak mengurniakan cahaya mata kepada mereka.

Sudah pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan dan diamalkan tetapi tidak berhasil. Zaleha tetap tidak mengandung. Akhirnya, Zainal dan Zaleha mengambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat bagi memenuhi impian mereka. Mereka memberikan sepenuh kasih sayang terhadap Julia yang baru diambil dari sebuah rumah anak yatim. Mereka menganggapnya seperti anak mereka sendiri. Julia dibela dan dididik dengan baik serta terlalu dimanjai kerana hanya dia sahaja penghibur hati ibu bapa angkatnya.

Julia membesar sebagai seorang anak yang baik dan bijak dalam akademik serta rajin mengulang kaji pelajaran. Zainal menasihati Julia agar belajar dengan rajin supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Julia tidak dibenarkan oleh Zainal dan Zaleha membantu mereka mencari rezeki atau membuat kerja-kerja di rumah. Zainal mahukan Julia menumpukan seluruh perhatian terhadap pelajaran. Semua keperluan Julia akan Zainal tunaikan sehingga sanggup bergolok-bergadai untuk memenuhi keperluannya. Begitulah kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh Zainal dan Zaleha terhadap Julia.

Akhirnya Julia telah mendapat keputusan yang cemerlang daIam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang kedoktoran. Hal ini membuatkan ZainaI dan Zaleha berasa amat bangga atas kejayaan Julia. Zainal sanggup menggadaikan satu-satunya tanah pusaka mereka bagi membiayai pembelajaran Julia ke universiti. Penduduk kampung mereka juga turut menumpang perasaan bangga dan gembira kerana Julia merupakan orang pertama di kampung itu yang berjaya menempatkan diri ke universiti.

Semenjak Julia belajar di pusat pengajian tersebut dia lebih banyak bergaul dengan anak orang berada yang mengikuti kursus kedoktoran. Julia terpaksa menyewa rumah yang berhampiran dengan pusat universiti tersebut. Semua perbelanjaannya ditanggung oleh orang tuanya di kampung. Kini Julia telah berubah sikap. Semua keperluannya mestilah yang berjenama mengikut fesyen terkini dan cara-cara orang berada. Julia sanggup berbohong kepada kedua-dua orang tuanya untuk mendapatkan wang yang banyak untuk berfoya-foya.

Setelah sekian lama tempoh pembelajarannya. peperiksaan tahun akhir pun menjelang. Julia telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Dia juga telah dinobatkan sebagai salah seorang pelajar terbaik. MaIah dia kini telah bergelar seorang doktor. Dia telah mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta dengan pendapatan yang sangat lumayan. Kehidupannya bertambah senang dengan memiliki beberapa buah rumah serta kereta mewah tetapi dia langsung tidak memikirkan nasib ibu bapa angkatnya yang pernah bersusah payah membelanya dari kecil hingga dia berjaya. Julia tidak pemah lagi pulang ke kampung untuk melawat serta mengirimkan wang kepada orang tuanya.

Sikapnya kian berubah dan mula timbul sikap sombong dan angkuh. Julia kini lebih mementingkan diri sendiri dan terlaIu sosial. Zainal dan Zaleha berasa kecil hati dan sedih dengan perubahan sikap Julia tersebut. Kehidupan mereka bertambah susah apabila menjualkan satu-satunya tanah pusaka milik mereka untuk menyekolahkan Julia yang tidak pemah mempedulikan mereka. Julia tidak mahu menggantikan tanah yang telah dijual oleh mereka dahulu. Banyak wang telah dihabiskan oleh mereka berdua. semata-mata untuk membiayai pembelajaran anak itu. Tetapi semuanya telah berubah. Julia tidak mahu menyara ibu bapa angkatnya. Malah terus melupakan ibu bapa angkatnya apabila mengetahui mereka bukan ibu bapa kandungnya.

Orang kampung turut merasai kesedihan yang menyelubungi keluarga Zainal. Mereka juga mula membenci Julia. anak yang tidak pemah mengenang budi seperti peribahasa “kacang yang lupakan kulitnya.” Hal ini dijadikan pengajaran kepada pemuda dan pemudi di kampungnya supaya tidak menjadi seperti Julia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: