Menunggu titisan hujan

Perubahan iklim dunia telah menyebabkan ramai menerima kesan negatifnya termasuklah negara di Afrika.



JOHN LOCHAON hanya mempunyai baki wang sebanyak RM47.00 untuk perbelanjaan selama sembilan bulan. Semuanya kerana perubahan iklim di Uganda yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan makanan.

Lochaon tidak berupaya untuk meneruskan kehidupan kerana dia tinggal di Karamoja, salah satu tempat paling kering dan tidak membangun di bahagian timur negara Afrika itu. Malah, Karamoja juga kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam.

Kemarau yang melanda telah memaksa kira-kira sejuta penduduk di wilayah utara bersempadan Kenya dan Sudan itu sentiasa berpindah-randah bagi mencari makanan.

“Saya mempunyai dua masalah iaitu usia tua dan lapar,” kata Lochaon yang tidak tahu berapa usianya sambil duduk di luar pondok kediamannya.

“Perubahan iklim memberi kesan yang amat besar di sini. Karamoja kini berada dalam situasi kecemasan,” kata Alix Loriston, Timbalan Pengarah Program Pemakanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wilayah yang hampir gersang ini sering mengalami kemarau sejak tahun 1960-an dan ia berlaku setiap lima atau 10 tahun.

Tetapi sejak tahun 2000, fenomena tersebut mula berlaku lebih kerap dan membawa bencana. Karamoja yang tidak mempunyai sistem pengairan telah melalui kemarau teruk selama dua tahun berturut-turut.

Selain itu, banjir yang melanda Uganda pada akhir musim luruh lalu menyebabkan kira-kira 400,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Pakar mengatakan bahawa mereka turut berdepan dengan isu pemanasan global yang semakin membimbangkan.

Di Hospital St. Kizito, Karamoja, terdapat ramai bayi yang kurus kering ditempatkan di sana. Ibu mereka juga sudah kekeringan susu untuk diberikan.

Pihak hospital memberitahu, mereka kini merawat lebih 350 kanak-kanak sehari yang mengalami kekurangan zat pemakanan yang seimbang.

Penuaian biasanya dilakukan sekali setahun ketika musim hujan, kata James Lemukol, seorang doktor di hospital tersebut.

“Bagi tempoh yang lain sepanjang tahun, tanah sentiasa kering setiap masa,” tambahnya.

Seorang penduduk Karamoja, Ellen Moru berkata, dia sentiasa menunggu hujan turun. Sambil duduk di bawah sepohon pokok yang hampir mati, Moru berkongsi semangkuk buah-buahan bersama tiga wanita lain dan enam kanak-kanak. Hanya itulah hidangan makan tengah hari mereka.

“Sudah dua tahun musim kemarau dan jika hujan turun pada tahun ini, mungkin kami dapat menuai sekali lagi. Tetapi jika tidak, situasi pasti menjadi lebih teruk,” katanya.

Moru yang mempunyai empat orang anak berkata, dia terpaksa mencari buah-buahan liar dan sayur-sayuran untuk memberi makan anak-anaknya.

Ketua kampung tersebut berkata, penduduk kini hanya bergantung harap pada sumber air yang sedikit, buah-buahan liar dan kadang kala, semut serta tikus turut dijadikan makanan.

WFP mengatakan, mereka akan mengedarkan bekalan makanan yang mencukupi untuk keperluan kira-kira 300,000 penduduk, tetapi pihaknya masih kekurangan dana bagi menyalurkan bekalan kepada yang lain.

“Hujan kini sukar dijangka dan kami sendiri tidak tahu bila kemarau ini akan berakhir. Jika keadaan ini berlanjutan, kami pasti akan mati kebuluran,” kata Anna Sagal sambil membetulkan ikatan skaf kepala dan menunggu bekalan makanan tiba.

Saintis di Intergovernmental Panel on Climate Change telah mengeluarkan amaran pada bulan September tahun lalu bahawa kesan pemanasan global sudah pun dirasai di Afrika. – AFP

Advertisements

2 Respons

  1. hurm…nmpak nya kesan pemanasan global telah d rasai…namun malang nya d malaysia kebnyakan rkyat msih tidak mengambil kesah malahan sekin hari menjana lbih bnyak pemanasan global….ada pun cuma segelintir yang menyedari tpi juga tidak mengambill apa2 tndakan…..apa la nk jadi kpda mnusia walaupun sudah ternyata ancaman nya d mata…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: