Islam iktiraf naluri insan


SECARA umum, kehidupan berpasangan antara suami dan isteri untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan, perasaan kasih sayang dan saling menghormati akan membentuk kehidupan lebih teratur.

Ini sebagaimana ditegaskan Allah dalam firmanNya, bermaksud:


“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki), isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (ketenangan) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (ar-Ruum: 21)

Tetapi sedar atau tidak, kebahagiaan atau ketenangan yang diidamkan tidak dapat dikecapi jika tiada usaha ke arah itu.

Justeru, benarlah kehidupan berpasangan atau lebih tepat alam rumah tangga adalah lebih kompleks kerana mem babitkan hubungan mental dan fizikal.

Jika tidak ada panduan syariat dari Allah dan contoh junjungan Rasulullah berkaitan kehidupan rumah tangga, pasti manusia mengalami kesukaran.

Bagi mereka yang tidak cuba mendalami ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga, mungkin berpendapat kehidupan itu adalah bagi memenuhi keperluan biologi antara lelaki dan wanita.

Hubungan lelaki dan perempuan adalah fitrah semula jadi sejak zaman Adam dan Hawa. Walaupun zaman berubah, teknologi semakin berkembang, malah budaya manusia juga selalu bertukar ganti, fitrah saling memerlukan antara lelaki dan perempuan tidak pernah berubah.

Manusia memerlukan hubungan secara semula jadi itu, dengan lelaki berkehendak kepada perempuan dan begitulah sebaliknya.

Islam sebagai agama yang ideal tidak melarang sama sekali umatnya untuk cenderung kepada fitrah itu, malah mem berikan galakan cuma biarlah menepati agama.

Dari sudut biologi kemanusiaan, hubungan itu berlaku kerana manusia mempunyai dorongan semula jadi yang disalurkan sehingga menjadi keperluan syahwat.

Manusia memerlukannya kerana ia adalah satu cara bagi mengembang biak keturunan, bersilih ganti sebagai khalifah untuk mentadbir alam ini.

Akhir-akhir ini, ada yang ‘berkahwin’ atau ‘berumah tangga’ tanpa aturan agama. Mereka beranggapan cara begitu lebih sesuai, bebas menentukan bila mereka mahu bersama dan bila mereka mahu mengakhiri hubungan.

Mereka tidak mempedulikan peraturan agama. Orang Barat sudah lama mengabaikan nilai agama, sehingga sesetengah orang Islam terikut-ikut.

Walaupun tiada bezanya antara rumah tangga yang mengikut aturan agama dan sebaliknya, kesannya begitu ketara, kerana perkahwinan menepati kehendak agama dipuji ma syarakat dan menjadi kebanggaan.

Kehidupan rumah tangga yang melalui perkahwinan sah adalah amalan soleh, mendapat keberkatan dan limpahan rahmat.

Sebaliknya kehidupan bersama yang tidak berpaksi kepada agama, dibenci keluarga dan masyarakat, malah segala per buatan dikeji dan mendapat dosa.

Perkahwinan adalah syariat Allah dan kerana itu ia perlu menepati kehendak agama yang diturunkan Allah. Melalui perkahwinan, segala yang haram menjadi halal, salah menjadi betul, dosa bertukar pahala dan hina menjadi mulia.

Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kepada pemuda dan pemudi segera berkahwin apabila sudah berkemampuan, kerana melalui perkahwinan kehidupan terpelihara daripada penyelewengan dan kerosakan.

Menjadi kesalahan apabila seorang pemuda itu menangguhkan perkahwinan, sedangkan dia ada kemampuan.

Malah, mereka mengada-adakan alasan seperti tidak mampu menguruskan rumah tangga, belum bersedia atau mahu bercinta sepuas-puasnya, sebaliknya melakukan hubungan luar nikah.

Sebenarnya, kasih sayang timbul selepas ikatan perkah winan.

Ada pasangan yang tidak pernah mengadakan hubungan tetapi apabila berumah tangga mereka mampu membina kehidupan berkeluarga yang harmoni.

Dalam alam rumah tangga, niat yang ikhlas adalah lebih utama, iaitu dengan tujuan menyempurnakan suruhan dan ibadat kepada Allah.

Rumah tangga yang dibina dengan niat ikhlas dijamin mendapat ketenangan, kasih sayang dan rahmat.

Sebaliknya rumah tangga yang tidak mempunyai hala tuju, semata-mata untuk keseronokan dan material hanya me ngundang kesedihan kemudian hari.

Daruqutni menceritakan: “Apabila Allah menghendaki ke baikan pada satu keluarga, dia akan memperdalamkan penge tahuan agama kepada mereka. Menjadikan anak-anak mereka menghormati kedua orang tua mereka, memberikan ke mudahan pada kehidupan mereka, kesederhanaan dalam perbelanjaan dan memperlihatkan aib mereka sehingga me reka menyedarinya, lalu menghentikan perbuatannya. Namun, apabila Dia menghendaki sebaliknya, Dia akan me ninggalkan dan mengabaikan mereka.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: