Teknik Belajar Yang Berkesan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, dan pelajar sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah ini kerana sudi menjemput saya bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Teknik Belajar yang Berkesan”.

Pelajar yang saya hormati,

Seseorang itu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kerana usahanya yang bersungguh-sungguh. Sebaliknya seseorang yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang adalah kerana dia tidak belajar dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu kejayaan seseorang pelajar itu bergantung kepada sejauh mana kesungguhannya dalam mengulang kaji dan mentelaah buku-buku pelajaran.

Saya ingin menerangkan di sini tentang teknik belajar berkesan yang dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maklumat ini saya perolehi melalui kajian-kajian oleh pakar motivasi tentang cara belajar yang betul kerana mereka telah membuat kajian di kalangan para pelajar di sekolah. Bahan inilah yang boleh menjadi bukti bagi digunakan oleh pelajar-pelajar lain.

Antara faktor utama ialah semangat ingin berjaya dalam peperiksaan. Apabila seseorang menanamkan semangat yang tinggi untuk memperoleh kejayaan justeru dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Dalam hatinya dia ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapinya. Dengan adanya semangat ini dia terus berusaha dengan gigih tanpa berasa jemu. Dia juga akan sentiasa mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari mahupun yang akan dipelajari. Dia juga sering membuat latihan-latihan yang diberikan oleh guru.

Sebaliknya pula berlaku apabila seseorang pelajar yang langsung tidak berminat untuk mencapai kejayaan. Dia tidak akan berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Setiap kali menghadapi pelajaran, pelajar ini akan berasa cepat jemu malah tidak berminat langsung untuk belajar. Setiap latihan yang diberikan oleh guru tidak disiapkannya walaupun dimarahi oleh guru.

Pelajar sekalian,
Selain itu, kejayaan akan dapat dicapai dalam peperiksaan apabila seseorang itu rajin membaca buku. Hal ini kerana apabila pelajar itu begitu rajin membaca buku dia akan dapat menambahkan pengetahuannya. Pelbagai ilmu pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Fizik dan sebagainya akan mudah dijawab. Hal ini kerana melalui pembacaan pelajar itu akan memperoleh satu ilmu yang baru. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan dalam menjawab soalan-soalan tentang pengetahuan am.

Hadirin sekalian,
Sesungguhnya masa merupakan emas bagi seseorang pelajar. Hal ini kerana masa memberikan kita peluang untuk belajar. Seharusnya seseorang pelajar itu barns bijak membahagikan masa belajar, masa berehat, masa ke sekolah, dan masa untuk tidur. Setiap masa itu amat penting kepada mereka. Seorang pelajar tidak boleh melebihkan masa mereka bermain. Umpamanya, seseorang pelajar itu sangat digalakkan membuat jadual hariannya. Dalam jadual ini terdapat masa untuk belajar, mengulang kaji pelajaran, berehat, menonton televisyen, dan bermain. Seharusnya masa untuk belajar melebihi masa untuk berehat. Sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk belajar setiap hari dan selebihnya adalah masa senggang. Harus diingat bahawa masa yang saya cadangkan ini tidak termasuk masa ketika kita belajar di sekolah. Oleh itu semua pelajar seharusnya bijak membahagikan masa ini.

Hadirin yang dihormati,

Kita seharusnya menghormati guru. Hal ini kerana apabila kita menghormati guru justeru pembelajaran yang kita hadapi akan lebih bermakna dan kita juga akan disukai oleh guru. Oleh itu pelajar yang menghormati guru akan mendapat berkat dalam pelajarannya dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan.

Selain daripada menghormati guru kita juga harus menghormati ibu bapa. Setiap pelajar harus memperoleh restu daripada ibu bapa. Apabila pelajar menghormati ibu bapa pasti ibu bapa akan mendoakan kejayaan untuk mereka. Anak perlu menghormati dan mentaati ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita semua. Tanpa mereka berdua sudah tentu kita tidak akan lahir ke dunia ini. Namun begitu terdapat juga pelajar yang tidak menghormati kedua-dua orang tua mereka. Apabila ini berlaku ibu bapa akan berasa kecil hati dan tidak mendoakan kejayaan anaknya itu. Saya amat berharap agar semua pelajar yang berada di dalam dewan ini supaya menghormati ibu bapa mereka.

Pelajar sekalian,
Seseorang yang ingin berjaya seharusnya mempunyai cita-citanya sendiri. Dia boleh menanamkan cita-citanya untuk memperoleh pekerjaan yang diingininya. Umpamanya dia ingin menjadi seorang doktor, peguam, pensyarah, mahupun jurutera. Apabila keinginannya ditanam di dalam hatinya, awal- awallagi dia akan menanamkan cita-citanya di dalam hatinya. Malah dia akan belajar dengan tekun untuk mencapai cita-cita yang dihajatinya. Dengan ini setiap apa yang dicitakan akan tercapai jika dia berusaha dengan gigih.

Sesetengah pelajar yang cemerlang dalam SPM telah melalui suasana pembelajaran secara berkumpulan dan perbincangan. Hal ini kerana apabila pembelajaran dilakukan secara perbincangan lebih mudah difahami. Banyak tajuk yang dapat dibincangkan dalam masa yang singkat. Hal ini memudahkan pelajar untuk mengingati sesuatu pelajaran yang telah diajar oleh guru. Mereka yang belajar secara perbincangan juga akan memperoleh pengetahuan yang barn. Kumpulan ini saling bekerjasama dan masing-masing berusaha untuk memahami sesuatu topik yang dibincangkan. Apabila semua tajuk telah dibincangkan pelajar ini sudah bersiap sedia menghadapi peperiksaan. Sudah tentu mereka boleh menjawab soalan yang diajukan dengan lebih mudah sewaktu peperiksaan berlangsung.

Oleh itu, diharap pembentangan teknik belajar dengan berkesan ini dapat diguna pakai oleh semua pelajar. Hal ini kerana teknik ini telah banyak digunakan oleh para pelajar yang berjaya sebelum ini. Semoga para pelajar akan mencontohi semua teknik ini untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Sekian, terima kasih.

About these ads

28 Respons

  1. aslamualaikum…boleh sy tnye soalan??…mcm ne ngn mase sy…pagi skolah…ptng klas kafa….pukul 5 latihan bola tampar kat skolah…mlm biase nye ade tuisyen….dh tu…bkn sy nk buat ulangkaji mase hujung minggu je…tolong laaa sy..

  2. cikgu saya nk kepastian tentang perengggan k-3 baris ke4.

    “di kalangan”

    cikgu saya cakap di kalangan salah.dan x bole guna.

    dalam kalangan yg betol.mana 1 nie ea?

  3. Boleh percaya ke?????Klu betul saya nak ikut petua nie….^_^

  4. salam..sye seorg pljar..skrang sye mghdpi pperiksaan sma..knape ssh sngt sye nk apil pdahal dh brlang kli sye ulg..pew msalh syew skrg..

  5. tggl 2 blan gk,saya akan menduduki PMR… masalahnya saya tidak yakin akan berjaya…malah saya jga sering x smagat ketika blajar, ntahh ar knapa… dh aa sering lupa pa yg dibelajar…huh..risau aa..

  6. ini memang berkesan

  7. saya adalah student PJJ. saya bekerja sambil belajar. Soalan saya ….Bagaimana caranya untuk seseorang yang bekerja dan belajar pada masa yang sama boleh mencapai kejayaan untuk menggenggam ijazah?

  8. Saya pelajar IPT..Saya dapat course komunikasi..tapi bila makin lama saya belajar..macam makin susah..patut ke saya tukar course..?

  9. salam…tahun ni saya nak amek upsr tp saye rase resah ar….tinggal lg bape hari je…saye x tau mcm mane nak buat ni…saya dh la pemalas….tolong la bg saye care belajar dgn betul…

  10. saya akan menduduki PMR.masalahnya saya tidak yakin akan berjaya.malah saya jga sering x smagat ketika blajar.x tahu knapa.ini semua kerana sering lupa

  11. huhu..sy skrng nieyy..aduii..nk ckp pa g..
    PMR da nk dkat..tp still lalai n kuat tido..huhu
    susa r cmni..pa x.. pegi skul jam 6 then plng umah jam 4 lebi..
    pastu da lar stiap ari cmtu..huhu..bosan lar hdup cmtuu..takde rehat lngsung..huhu
    then, umah plak btimbun..pa lar ceguu tu..
    ngat sy ni robot kew nak wat suma tuww..
    huh! mmanaskn ati..

  12. ur study tips is useful 4 me…..thanx……

  13. Assalammualaikum….saya mempunyai beberapa masalah…skarang ni, saya perlu hadapi PMR…saya tidak tahu membahagikan masa kerana kerja sekolah terlampau banyak…yang kedua, saya lemah dlm subjek geografi, agama dan kh….(walaupun ramai yg kata mudah)….saya langsung tidak mempunyai keyakinan diri….Dalam agama, soalan yang berbentuk pengajaran itulah yang susah saya hendak menjawab kerana jawapan yang saya beri terlalu umum….

  14. awak mesti buat baik baik bila belajar

  15. assalam,saya ni murid upsr.bru2 ni saya dapat 2a je sdih rasa saya dah cuba usaha dgn sdaya upaya tapi x de hasil.kadang2 rasa nak putus asa.tolonglah say.

  16. saya baru habis upsr.saya dapat 4a 1b tapi saya x masuk asrama penuh sebab saya x nak.mak sy sruh sy masuk sklh sme ngan mak sy.mak sy nk sy dpt nombor 1 dlm semua tigkatan.sy klu membaca susah nak faham dan hafal.macam mane sy mk atasi masaalah 2.

  17. hi smua,tlglhhh sye.sye tkot untuk ambik peperiksaan akan dtg…apa ptot sye wat

  18. Sy arap sy lulus dlm exam tapi sy suka belajar tapi malas nk ulang kaji tapi insyaalah tuhan akan tolong orang yang bersungguh sungguh nak belajar

  19. slm…aq bdk remaja yg sdg hanyut dlm percintaa atau yg lbey senang ‘couple’…aq hilang fokus bile belajar…asyik teringtkn mc82 jiwang…aq benci ngn care idop aq skunk coz aq taw bende ni akn merosakkn aq…maybe law teruk ngt aq akn hilang dara n aq gagal dlm pelajaran..aq ni ank sulung dr 7 bradi..aq sowang jew gurl yg laen sume adik2 laki…aq sedar aq bkn dr keluarge yg berada cume sederhana..bersyukor coz pendapatan parentz dpt menampung kami sekeluarga n dpt gak senang kdg2 2….xp aq teringat aq ade tanggungjwb sebagai seowg anak untuk berjaya…skunk aq rsew benci ngn couple…bkn nyer aq dah barai xp aq takut barai…aq xnk terlanjur ngn pak we aq coz kiteowg dlm proses nk berdatting….ya ALLAH tolonh lar hamba mu ini drpd hanyut dalam keseronokan sementara ini…tunjukkan lah jalan yg betol coz aq dh lalai n kdg2 x sembahyang pown…aq takut n nk bertaubat…xp aq x de sesapew nk dorong aq…nk tnye parents takut dyeowg marah…aq chow dlu r sbb aq taw xdew org nk tolong aq n phm ngn perasaaan n perangai remaja gurl skunk….assalamualaikum..

  20. KEPADA KASYA….JANGAN SEDIH!WAKTU CIKGU KECIL DULU PUN CAM 2 GAK.CARANYA KAMU BINCANG NGAN CIKGU 2.KLU KAMU TAKUT,KAMU B’DOALAH UNTUK DIA.MANA TAU SUATU HARI NANTI DIA SEDAR PERANGAI DIA 2KAN.APAPUN B’SABARLAH YE..NI MESTI KAMU NI MALASKAN.UNTUK HILANGKAN KEMARAHAN KAMU 2,BAGI ALASAN KAT CIKGU 2.CONTOHNYA,”SAYA X SIAPKAN KERJA 2 SEBAB SAYA ADA BANYAK KERJA SEKOLAH YANG LAIN!SO,MESTI DIA MAAFKAN PUNYA.KLU KAMU NAK HUBUNGI CIKGU,BOLEHLAH KAMU DAIL 0123355502.K.

  21. Hi semua.Tlglah sapa yg pandai dlm cite ni,tlg gi tau kite.Masalah AQ niiii,AQ bengang gile ngan cikgu AQ ni.Sampai AQ jadi gile.Tiap2x hari dia bagi AQ kerja sekolah.Dah berbulan2x AQ sabar ngan cikgu niii.hampir satu kelas TENSION ngan cikgu 2.Pas 2,bila ujian,dia gi ktorg kerja sampai 5 kerja sekolah.Kena buat karanganlah,bina ayatlah,banyak lagilah.Habis je ujian,dia x puas hati ngan markah ktorg.Pas 2,patut ke dia kata kat ktorg,selama ni dia lembut ngan ktorg.bila AQ dengar je dia kata cam 2,telinga AQ rasa sakit gile.Tlgla sapa yang boleh tlg2.

  22. salam,cikgu…sy meupakan pelajar lepasan spm2008..results spm sy tidak lah begitu baik..sy bercadang untuk belajar di tingkatan 6..tetapi.yang mengelirukan sy ialah,ramai yang berkata.tingkatan 6 susah..sy ingin mendengar pendapat dari cikgu sendiri?

    Admin: Semakan tawaran ke tingkatan 6 Bawah telah dibuka di http://apps.emoe.gov.my/form6/semakanform6/ Kuatkan semangat adik untuk terus belajar ke Tingkatan 6 kerana kelulusan STPM yang baik merupakan lesen ke universiti. Perlu diingat bahawa setiap kejayaan yang dikecapi sememangnya melalui perit getir dan daya usaha yang gigih. 3 pasport untuk melanjutkan ke peringkat ijazah pertama iaitu STPM, Sijil Matrikulasi dan Diploma. Saya harap adik buatlah pilihan yang terbaik kerana peluang pekerjaan pada zaman sekarang ini memilih kelulusan yang baik

  23. saya ingin tahu bagaimana cara untuk berjaya dalam pelajaran? saya dah usaha pun tak ada hasilnya

  24. saya student dari salah satu kolej swasta,masalah saya ialah,saya mempunyai banyak masa untuk belajar,tapi semua yang saya belajar tu tiada yang masuk,,saya dah usaha nak buat yang terbaik tapi masih tidak berkesan,,sampai tahap nak ,menangis pun ada,,,saya tidak tau nak buat apa lagi,,tolong la saya,,,,

  25. sy pelajar dr kolej bersekutu uitm,,sy berkerja smbil belaajaar..mcm ne cara nk bahagikan masa belajar..

  26. Kepada suern,..anda masih mempunyai waktu untuk mengulangkaji pelajaran Form 4. Sediakan jadual harian yakni jadual di luar waktu sekolah. peruntukan masa yang sesuai dengan kemampuan anda sendiri.

  27. hi…cikgu mazlan kah??saya ingin tahu bagaimana utk menguruskan masa utk belajar kerana tahun ini saya akan menduduki SPM??sampai sekaran saya belum lagi versedia mengulang kaji f4 bahan….jadi saya ingin tahu bagaimana hendak mengulana kaji supaya sempat utk menduduli SPM tahun ni.Dan bagaimana hendak membuat bab yg saya tidak tahu??

  28. En.Mazlan saya inagin tahu bagaimana seseorang pelajar itu boleh mendapat keputusan yang cermelang dan apakah cara untuk membolehkan semangat seseorang pelajar itu berusha dengan bersunggug-sungguh

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: