5 guru dihina depan murid


Oleh Hadzlihady Hassan dan Salman Hamat
hmetro.com.my


KAJANG: Sebagai pendidik, mereka sepatutnya dihormati namun ia menjadi sebaliknya apabila lima guru sebuah sekolah rendah di Semenyih ditertawakan kira-kira 40 anak murid sendiri ketika perhimpunan mingguan di sekolah terbabit, semalam.

Guru wanita itu dikatakan mengalami tekanan hebat apabila dimalukan dengan penghinaan serta kata kesat dan lucah dua lelaki di hadapan anak murid sendiri.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila dengan lantang mengeluarkan perkataan lucah dan menghina semua guru terbabit hingga mereka ditertawakan anak murid sendiri.

Akibatnya, guru berkenaan hanya mampu menangis kerana tidak tertahan dengan tindakan biadab lelaki terbabit yang memalukan mereka di hadapan pelajar.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang daripada dua lelaki itu yang juga bapa kepada seorang murid yang belajar di situ kerana mendakwa dipukul seorang guru di sekolah terbabit, 28 Mac lalu.

Malah, sebelum ini beberapa ibu bapa murid sekolah itu pernah mengadakan demonstrasi meminta semua guru di sekolah itu ditukarkan selepas kejadian itu dengan menghalang anak masing-masing dari memasuki kawasan sekolah.

Rentetan daripada kejadian itu, guru penolong kanan yang didakwa memukul murid terbabit dikenakan tindakan dan ditukarkan ke sekolah lain, akibatnya lima lagi guru wanita termasuk guru besar yang masih tinggal menerima cacian setiap hari sejak sebulan lalu.

Namun, ada ibu bapa dikatakan masih tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana hukuman yang diberikan terhadap guru terbabit dikatakan tidak setimpal dan mereka meminta supaya semua guru yang mengajar di situ digantikan segera.

Menurut sumber, sikap pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor yang berdiam diri walaupun tahu perkara yang dialami guru terbabit, dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak membela nasib guru terutamanya wanita.

“Amat tidak kena membiarkan lima guru wanita berhadapan sendirian dengan ibu bapa yang sedang marah, saya harap tindakan segera akan diambil oleh pihak berwajib, bukan untuk kepentingan individu tetapi murid yang belajar di sekolah itu sendiri.

“Jika keadaan berterusan, proses pembelajaran akan terus terganggu, kerana guru yang menerima cacian setiap hari tidak akan ada ‘mood’ mengajar. Tambahan pula terdapat sebilangan murid bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini, saya tidak dapat bayangkan apakah nasib mereka tanpa persediaan rapi untuk hadapi peperiksaan,” katanya.

Katanya, apabila diminta untuk membantu menyelesaikan masalah itu, pegawai di JPN hanya meminta guru besar sekolah terbabit menyelesaikan masalah itu sendirian dan tidak mahu masuk campur dengan perbalahan yang berlarutan itu.

Difahamkan, semua guru terbabit sudah menyatakan kesediaan untuk ditukarkan ke sekolah lain dengan segera, ekoran tidak tahan dengan apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari.

Advertisements

3 Respons

  1. kesian cikgu 😦
    ………………………
    memang murid kalangan ini , lebih degil !!!!!

  2. ni semua salah emak bapak orang yang maki tu.. atau atuk murid tu. ngaa..

  3. Kalau dah pandai sangat biarlah ibu bapa berkenaan mengajar disekolah berkenaan selepas semua guru-guru bertukar.
    Jika rasa tidak mampu duduk berbincang dan selesaikan masalah dengan cara yang baik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: