Inflasi tertinggi di Singapura


SINGAPURA – Penduduk Singapura kini berusaha untuk menangani masalah inflasi yang meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh 26 tahun.

Menurut pakar-pakar, peningkatan kos perumahan, makanan dan pengangkutan telah meningkatkan bajet setiap keluarga di pulau tersebut.

Berdasarkan perangkaan, kadar inflasi adalah 6.7 peratus pada Mac lalu iaitu yang tertinggi sejak 1982 berikutan peningkatan harga makanan, pengangkutan, komunikasi dan perumahan.

Angka itu juga dua kali ganda berbanding Malaysia dan lebih tinggi dari Filipina, Hong Kong dan Australia.

“Apabila inflasi tinggi, ia menjejaskan setiap orang,” kata seorang ahli perniagaan, Serena.

Dia berkata, keluarga mewah sepertinya juga terpaksa menyesuaikan dengan kenaikan kos dengan meneliti setiap harga setiap barangan, kurang menggunakan kereta dan tidak makan di restoran kecuali pada majlis tertentu.

“Anda perlu membezakan antara keperluan dengan kemahuan,” katanya.

– AFP

Advertisements

Satu Respons

  1. Saya nak bertanya bertanya tentan sistem jaringan pengangkutan di singapura dan dibandingkan dengan kawasan persekitaran Georgetown.
    Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: