yoti mini


TANPA melakukan apa-apa pun, Jyoti Amge sudah menjadi selebriti — sekurang-kurangnya di India. Gadis berusia 15 tahun dari Nagpur itu disahkan sebagai wanita paling kerdil di negaranya dan kini dianggap turut mencatat rekod dunia disebabkan saiznya yang hanya setinggi 58 sentimeter.


TANPA melakukan apa-apa pun, Jyoti Amge sudah menjadi selebriti — sekurang-kurangnya di India. Gadis berusia 15 tahun dari Nagpur itu disahkan sebagai wanita paling kerdil di negaranya dan kini dianggap turut mencatat rekod dunia disebabkan saiznya yang hanya setinggi 58 sentimeter.

Keadaan fizikal Jyoti menjadikannya lebih kecil daripada kebanyakan bayi berusia satu tahun.


Untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran, Jyoti dilengkapi dengan pakaian seragam sekolah sendiri, meja belajar dan beg mini.

Ketika duduk bersama rakan sekelasnya di sekolah, Jyoti tidak ubah seperti anak patung.

“Namun saya tidak peduli, malah bangga dengan keadaan ini,” katanya.

Bercita-cita menjadi pelakon dan penyanyi satu hari nanti, Jyoti berkata, dia tidak pernah takut dengan perhatian daripada orang ramai terhadapnya atau menyesal, malah menyenanginya.

“Saya pasti bukan saya seorang saja manusia kerdil di dunia ini. Malah saya juga manusia biasa yang makan, minum, tidur dan bermimpi seperti anda semua,” katanya.

Pada pandangan perubatan, keadaan fizikal Jyoti disebabkan masalah achondroplasia yang membantutkan tumbesarannya sejak kecil.

Bagaimanapun, berbanding pesakit achondroplasia lain yang biasanya membesar sehingga lebih 120 sentimeter, Jyoti menjadi terlalu kerdil untuk penghidap sepertinya.

Ibu Jyoti, Ranjana Amge, 45, berkata tiada sesiapa tahu apa sebenarnya berlaku terhadap remaja itu.

“Ketika dilahirkan, dia sama seperti bayi lain,” katanya.

Bagaimanapun, kata suri rumah itu, mereka mula melihat keanehan pada Jyoti ketika dia berusia lima tahun.

Bimbang dengan tumbesarannya, keluarga Jyoti membawanya ke doktor pakar untuk mendapatkan nasihat.

“Ketika itu kami diberitahu bahawa saiz Jyoti akan kekal seperti ini sampai bila-bila,” katanya.

Dalam keadaan kerdil dan comel, Jyoti tidak kekurangan kasih sayang.

“Kami terlalu menyayanginya,” kata Ranjana.

Di kampungnya, rumah Jyoti sering menjadi perhatian apabila dikunjungi orang ramai yang ingin menyaksikan keadaan remaja itu.

Ketika ini, namanya didaftarkan dalam India Book of Records sebagai wanita paling kerdil di negara itu.

Bagaimanapun, banyak pihak menganggap rekod dicatatkan Jyoti bukan sekadar di India, malah dunia.

Dengan keadaan itu, nampaknya ia sedikit sebanyak membantu Jyoti mencapai impiannya menjadi selebriti terkenal.

Ketika ini, dia merakam suara untuk menyanyi bersama artis terkenal India, Mika Singh.

“Saya sungguh gembira apabila rakaman itu dipasarkan,” katanya.

Kini ada satu lagi impiannya yang belum kesampaian — berlakon.

“Saya menyimpan harapan untuk menjadi bintang filem Bollywood dan mengembara ke serata dunia satu hari nanti,” katanya.

Jyoti juga tidak keseorangan kerana mendapat sokongan daripada abang dan kakaknya sejak awal lagi.

Di rumah pula, Jyoti tetap dilayan sama seperti ahli keluarga lain.

Kakaknya, Archana, 25, antara yang paling rajin menjaganya sejak dilahirkan.

“Dia sangat perlukan belaian dan jagaan teliti. Setiap pagi saya menyiapkannya untuk ke sekolah dan apabila petang, membantunya menyiapkan kerja rumah dan ulang kaji pelajaran,” katanya.

Satu ketika dulu, Jyoti selalu keluar masuk hospital kerana tidak sihat hinggalah dia berusia lima tahun.

Ketika itu, sistem pertahanan badan Jyoti mula meningkat dan tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan setiap masa.

Di sekolah pula, pencapaian akademiknya juga tidak mengecewakan.

“Saya memiliki koleksi pakaian yang banyak,” kata Jyoti.

Sesuai dengan sifat kewanitaannya, Jyoti mengaku suka berbelanja apabila ada kesempatan.

“Saya sangat gemar membeli-belah, berhias dan memakai pakaian cantik seperti model.

“Dengan keadaan begini, saya menikmati hidup yang riang,” katanya.

Advertisements

Satu Respons

  1. Hello there. I was sent a link to your blog by a friend a while ago. I have been reading a long for a while now. Just wanted to say HI. Thanks for putting in all the hard work.

    Jennifer Lancey

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: