Masalah Jerawat

Oleh Ieyzann, Bagan Serai Perak

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

Oleh azdriana9

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Oleh Hamba Allah

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

11 Respons

  1. Salam….Kepada sesiapa yang menghadapi masalah dalam penjagaan Kulit muka saya sangat-sangat mengesyorkan anda menggunakan Produk Rafa – Aqura Facial Soap yang terbukti keberkesanannya. InsyaALLAH dengan penggunaan produk ini secara berterusan ia akn dapat membantu anda.

    jika berminat sila hubungi = Fyzul – 012-5447747/ Ismail – 014-5550554 ataupun layari laman web kami ( https://sites.google.com/site/fyzulbizsite )

  2. salam. . .
    muka sya sering berjerawat dan berminyak. . .
    mcm mna nak atasi nya. . .

  3. RAWAT JERAWAT DGN MCM2 PRODUK???
    HENTIKAN…BAHAN KIMIA DLM BEBERAPA PRODUK BOLEH MEMUDARATKAN KULIT & TUBUH..

    CUBA RAWAT MASALAH JERAWAT DARI DALAM DGN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI..

    salam,

    dulu sy jg menghadapi masalah jerawat yg teruk..dan sy telah dptkn rawatan di New York Skin Sollution..masalah jerawat sy dpt dikawal tetapi memandangkan pd waktu tu sy msh belajar dan tiada pendapatan tetap, sy tak mampu teruskan rawatan.

    kemudian sy cuba amalkan minum jus manggis (keluaran SHAMELIN BINA-MANGOSTYN JUICE)

    sy gembira sgt dgn hasilnya sbb walaupun br 2 minggu minum jus manggis sy dpt rs perubahan pd kulit..

    KULIT LEBIH HALUS DAN TEGANG..JERAWAT PUN DA XDE KUA LG..

    sy menyesal sbb sebelum ni dah habiskan duit beribu ringgit utk rawatan jerawat..

    padahal harga jus manggis sebotol cuma RM70..

    sy syorkan anda semua yg ingin menjaga kesihatan dan kecantikan utk amalkn minum MANGOSTYN JUICE.

    ANTARA FAEDAH LAIN MANGOSTYN JUICE:-

    -Anti Kanser (cth: kanser payudara)

    -Anti Tumor

    -Anti Penuaan

    -Menurunkan darah tinggi

    -Menurunkan kolestrol

    -Menurunkan kandungan gula dlm darah (utk pesakit kencing manis)

    -Melindungi jantung

    -Menyembuhkan senggugut

    -Melancarkan sistem penghadaman

    -Merapatkan keintiman (sangat berkesan utk wanita yg sudah berumah tangga)

    *Untuk maklumat lanjut boleh hantarkan emel kpd sy atau hubungi sy:-

    anna~ 012-7650151
    sayacantikdansihat@gmail.com

  4. assalammualaikum..

    saye nak tanye kalau kuar mani boleh menghasilkan jerawat ker…

    terima kasih

  5. jerawat naek bnyk?
    na wat cmne?
    petua 2 ly ekot ker?

  6. wah macam best jer nak join venture cerita ni. takpe, yang berusaha tu tapi tak nak gak ilang2 jerawat , usah berputus asa. cuba car len. tq

  7. gunalah teknik ‘powerful’ firnena yg akan menghapus serta mengikis lendir resdung yg ada di dalam tekak tu…lendir dan kuman tu yg buat kulit jd rosak. Dia lekat kuat kat bahagian bwh kulit (daging).

    selesaikan masalah jerawat di firnena

  8. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………korg tgk mka sye nier..halus jer tpi….skrg x leh nk kter……penuh jrwt kat pipi.

  9. dlu cntik jer skrg waaaaaaaaa sergn jerawat

  10. plezz help…wa ptua no7 2 ok x

  11. Hye U aLL sUme….skang noya ade mslh jrwt halus kat muke nie..blh dkatakan seluruh muka adela…mcm2 dh ubat noya gune..tapi sume tak de ksn..duit pum abs mcm yu je beli ubt tuk jrwat nie..fening tau!ade tak petua2 yg ok dan ade kesan yg cpt tuk menylessaikn maslh noya ni!!!!!!!!!!tolonlh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: