Guru dapat aib


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.
Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.

Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.

Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.

Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.

“Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.

“Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.

Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.

“Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya,” katanya.

Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.

“Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan,” katanya.

Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya.

Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit.

“Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu,” katanya.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Advertisements

15 Respons

  1. Sebagai seorang guru, harus tingkatkan kesabaran diri untuk menghadapi perilaku murid hari ini. Murid hari ini tidak seperti dahulu.

  2. bapak nya pikir tak rasional…belagak!!budak pandai memang banyak tp yg baik akhlak besopan santun tu yg payah nak cari.budak tak makan ajar salah kan chegu tp bila kene bg ajaran mula nak melenting palk!

  3. harap tindakan yang wajar diambil oleh pihak sekolah terhadap bapa trbabit..memang xbertanggungjawab dan hanya pentingkan diri! gunakan pengaruh dengan cara yang salah.. ingatlah kesannya dihari tua anda!

  4. Semoga suatu hari kelak anaknya akan melondehkan seluar bapak nya kelak…kalau aku aku pulaukan anaknya

  5. Pihak ibu bapa dan penjaga murid sepatutnya bekerjasama dengan pihak sekolah sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan cara terbaik mungkin berbincang contohnya.

  6. Percayalah, Anak tersebut pasti dan Pasti akan “memakan” Ibu-bapanya Sendiri kelak.

  7. sebagai seorang biasa..saya turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada guru tersebut..pada saya bapak budak itu tidak bersikap professional walau pun dia seorang yang berpengaruh.atau mungkin terlampau pandai sangat..banyak cara lain boleh selesaikan masalah ini seperti apa yang dilakukan oleh pihak sekolah…memang golongan berpendidikan rendah + bodoh la senang cerita.sakit hati saya membacanya.termasuk pihak polis yang bekerjasama menahan guru tersebut.siasat la dahulu.jangan menjadi anjing mengikut telunjuk orang berpengaruh walaupun saudara mara sendiri.dunia mahu kiamat sememangnya org bodoh semakin ramai di dunia ini.

  8. Saya simpati terhadap guru berkenaan.kepada bapa pelajar tersebut, taniah kerana anda boleh jadi guru dan buat sekolah di belakang rumah.senang apa2 hal, boleh buat sesuka hati. Mungkin bapa berkenaan tak boleh ditegur sewaktu dia bersekolah dulu2.Takpun dia belagak je tu..tp hampeh.

  9. sememangnya tugas guru pada hari ini cukup mencabar…kepada guru berkenaan…syabas!!!…teruskan perjuangan memdidik anak bangsa…fokus kepada niat asal kita sebagai pendidik…kepada bapa berkenaan, selidik dahulu sebelum bertindak…jgn terburu2…be profesianal yer…

  10. realitinya hari ini bila kes seorg pelajar dipukul atau kononnya didera oleh guru maka esok pagi pagi dtglah segala pegawai dr pejabat daerahnya, jabatannya… tapi bila seorg guru dimalukan, dipukul diserang maka tanggung sendiri lah guru itu… syok sorang sorang menanggung sengsara… jadi mcmane kalau org sendiri pun tak percaya kat org sendiri… fikirlah sendiri kata saya adakah fitnah atau ada kebenarannya guru guru semalaysia…respond

  11. yakinlah bahawa anak org ini akan mjadikan ibubapa hambanya…ni lah salah satu tanda hari kiamat apabila anak mjadi tuan kepada ibubapanya…buat guru bkenaan bsabarlah.. natijah mjadi guru hari ini dia tidak lagi dipandang mulia oleh masyrakt tetapi sentiasa dicari kesilapannya oleh masyarakat… tunggu saja natijah yg akan berlaku di era akan dtg bila tak wujudlah lagi sifat mhormati dan nilai seorg manusia… bila guru sudah dianggap spt pewaris nabi penyampai ilmu n pembetuk ahklak seorg pelajar..

  12. harap2 ibu bapanya tidak akan menyesal’ kerana selepas ini hidup anaknya tidak akan berkad sampai bila2.

  13. ibu bapa yang hanya mengikut telunjuk anak,akan menyesal di kemudian hari..Ibu bapa seperti ini seolah2 memberi contoh yang buruk keatas ibu bapa yang lain.Apakah jadahnya bapa yang menggunakan kuasa untuk mennyebelahi anak yang nyata bersalah..kalau keadaan seperti ini terus menular dalam masyarakat kita,lama kelamaan masyarakat akan hidup dalam keadaan kebathilan disebabkan tidak bertanggungjawabnya bapa untuk mengasuh anaknya dengan sempurna,.Cadangan kepada bapa2 seperti ini,elokla bapa itu sendiri menjadi guru kepada anaknya kat rumah,mana la tahu,bapa tu sendiri akan membuat denda yang sama seperti guru trsebut,atau lebih teruk lagi. pastu tengokla hasilnya..Adakah anak itu jadi insan berguna,tau jadi penyangak yang berjaya..taupun bapa tu pulak yang menjadi banduan oleh anaknya..hehe..
    Awas kepada bapa seperti ini,kemunculan Guru yang mempunyai kuasa penuh akan muncul..!!kita tengok sepa yang meringkuk dalam jail..

  14. Jika seseorang menggunakan pengaruhnya untuk menindas orang lain, maka pengaruh jugalah yang paling berkesan untuk menghadapinya. Jika ada bapa yang tidak mahu anaknya dididik oleh guru secara berdisiplin, carilah sekolah di mana anaknya boleh buat apa saja. Jika tidak ada di Malaysia carilah di seluruh dunia. Jika tidak ada di seluruh dunia, carilah di planet lain di cakera wala.

  15. saya tak tahu guru tersebut bersalah atau tidak tapi kalau dia keluar menggunakan pengaruh rakan tidakkah itu menunjukkan dia pengecut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: