Ngerinya keadaan neraka jahanam

DIKISAHKAN dalam sebuah hadis, sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.

Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api, pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.

Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api dan pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api.

Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking. Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa.

Dalam hadis sama menerangkan, pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik saja terbuka, akan keluar asap mengepung di sebelah kanan jin dan manusia.

Sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah depan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan belakang mereka.

Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang asap itu maka mereka gementar, berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat.

Berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu, besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu daripada mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, nescaya akan hancur lebur gunung itu. Hanya dengan sekali pukulan, ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

About these ads

4 Respons

  1. tingkatkan amal ibadat selalu..

  2. ALLAH MAHA BESAR

  3. ya allah takot nyer

  4. muhasabah diri selalu agar kita sentiasa berada di dalam lindungan-NYA dari api neraka. http://ibnismail.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: