Program selamat murid, guru

aminridzuan@bharian.com.my

720 sekolah mula ajar cara urus risiko elak nahas di dalam, luar sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan program perintis keselamatan di 720 sekolah yang sudah dikenal pasti di seluruh negara mulai bulan depan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, program itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah dan dijadikan panduan dalam menguruskan aspek keselamatan kakitangan sekolah termasuk guru dan pelajar.

Katanya instrumen piawaian itu mempunyai 70 perkara yang menilai lima bidang pengurusan keselamatan iaitu aktiviti pelajar, menghadapi krisis dan bencana, infrastruktur sekolah, menangani gejala sosial dan menghadapi risiko. “Pendekatan pengurusan keselamatan sekolah mengambil kira aspek risiko dalam mahupun luar sekolah, serta dalam perjalanan pergi atau balik termasuklah kegiatan pelajar dan bencana alam serta risiko di jalan raya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Hishammuddin berkata, kementerian akan memperkenalkan sistem penarafan kendiri bagi menentukan tahap keselamatan di sekolah dalam usaha menyediakan garis panduan khas pada masa depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: