Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum akan terdapatnya banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga kalangan ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008 yang akan disambut pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) 2008.
Setelah meneliti permohonan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti tambahan berganti seperti berikut:
Kumpulan A : Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu
Tarikh Cuti |
Jenis Cuti |
Tarikh Ganti |
28 September 2008 (Ahad) |
Cuti Berganti | 26 Julai 2008 |
29 September 2008 (Isnin) |
Cuti Berganti | 9 Ogos 2008 |
30 September 2008 (Selasa) |
Cuti Peristiwa | Tidak perlu diganti |
Kumpulan B : Negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad.
Tarikh Cuti |
Jenis Cuti |
Tarikh Ganti |
29 September 2008 (Isnin) | Cuti Berganti | 26 Julai 2008 |
30 September 2008 (Selasa) | Cuti Peristiwa | Tidak perlu diganti |
3 Oktober 2008 (Jumaat) | Cuti Peristiwa | 9 Ogos 2008 |
Cuti tambahan ini hendaklah diganti pada hari-hari Sabtu yang telah ditetapkan walaupun bilangan hari persekolahan telah mencukupi atau melebihi minimum 190 hari.
Filed under: Pendidikan | Tagged: Aidil Fitri, Cuti |
Tinggalkan Jawapan