Skim gaji bersepadu untuk guru ijazah tinggi


KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sedang merangka satu Skim Gaji Bersepadu yang dijangka dapat dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, jika diluluskan, ia bakal memberi skim gaji yang sepatutnya kepada lebih 10,000 orang guru yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) di seluruh negara.

“Mereka ini tidak puas hati, mereka memiliki master (sarjana), Ph.D, tetapi skim yang diterima sama seperti guru ijazah sarjana muda. Mereka tidak mendapat imbuhan tambahan. Jadi akhirnya mereka ambil peluang untuk pergi ke tempat lain.

“Ada yang jadi pensyarah dan sebagainya,” kata Hashim pada sidang media di sini semalam.

Untuk menyediakan cadangan yang terbaik, pandangan pakar dalam bidang berkaitan akan diambil kira selain melihat contoh skim gaji perguruan di negara lain seperti Korea Selatan dan Singapura yang sesuai untuk diaplikasi di negara ini, jelas beliau.

Sumber: Kosmo (6 September 2008)

Advertisements

3 Respons

  1. Semasa di gred DG 32, gaji saya dan seorang rakan bukan siswazah sama. Saya sambung belajar lalu ditawarkan ke Gred DG 41 dan kini ditawarkan ke Gred DG 44 dgn gaji RM4671.00. Rakan saya yg tak menyambung pelajarannya kini dilantik ke Gred DG 34 dgn gaji yg lebih tinggi RM48++.00. Sy habis berbelanja utk belajar dan kini terpaksa membayar hutang PTPTN. Kawan yg tak mengeluarkan perbelanjaan utk belajar dan tak perlu bayar PTPTN menikmati gaji yg lebih tinggi. Adil ke ?… dan tahun hadapan Skim Gaji Bersepadu akan dilaksanakan yg berkemunadygkinan besar gaji guru bukan siswazah akan menjadi lebih tinggi lagi ..

  2. COkr03 Thank you for the material. Do you mind if I posted it in her blog, of course, with reference to your site?

  3. Adakah apa-apa berita terkini mengenai skim gaji bersepadu untuk guru ijazah tinggi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: