Gates terkaya di dunia – 6 rakyat Malaysia bilionair dunia


NEW YORK – Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.

Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.

Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).

Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).

Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).

Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).

Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).

Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilion (RM71.26 bilion).

Hartawan George Soros berada di tangga ke-29 dengan kekayaan AS$11 bilion (RM40.61 bilion). Empat lagi rakyat Malaysia yang menduduki senarai Forbes itu adalah Lee Shin Cheng yang berada di tangga ke-234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Rakyat Malaysia yang turut disenaraikan adalah Teh Hong Piow yang menduduki tempat ke-261 dengan kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.2 bilion).

Usahawan Malaysia, Quek Leng Chan menduduki tangga ke-376 dengan kekayaan AS$1.9 bilion (RM7.01 bilion).

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarga yang menduduki tempat ke-397 dengan kekayaan AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menduduki tempat ke-51 dengan kekayaan adalah AS$8.5 bilion (RM31.39 bilion) ketika berumur 42 tahun.

Anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Bin Talal Al-Saud berada di tempat ke-22 dengan kekayaan berjumlah AS$13.3 bilion (RM49.11 bilion).

Pemilik kelab Manchester City, Sheik Mansour bin Zayed Al Nahyan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke-104 dengan kekayaan AS$4.9 bilion (RM18 bilion). – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: