Peningkatan pelajar perempuan di IPTA memberi kesan kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.


Peningkatan jumlah pelajar perempuan yang terpilih ke IPTA berbanding pelajar lelaki terus diperkatakan. Mengikut statistik sehingga akhir tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, kira-kira 60.39 peratus adalah pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki. Fenomena ini tentunya akan memberi pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara dalam jangka masa panjang.

Kemasukan mereka yang terus meningkat ke IPTA akan melahirkan lebih ramai golongan wanita yang berpendidikan tinggi. Dengan ilmu yang ada, golongan wanita boleh memasuki pelbagai pasaran kerja seperti peguam, jurutera, doktor dan lain-lain lagi. Menerusi berbagai-bagai profesion yang diceburi, mereka boleh menyumbangkan tenaga, buah fikiran dan masa ke arah kemajuan dan pembangunan negara. Berbekalkan sifat tekun, rajin dan sopan santun yang tinggi, sudah pasti mereka mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat. Dengan ini, produktiviti dan pencapaian negara akan meningkat.

Pendidikan tinggi yang diterima juga membawa manfaat kepada wanita yang belum berkahwin, balu atau ibu tunggal. Bagi wanita yang belum bersuami, pendapatan yang diterima boleh dijadikan tabungan atau membeli pelbagai keperluan asas dalam hidup mereka. Manakala balu atau ibu tunggal pula akan memanfaatkan kelebihan ini untuk membina keluarga mereka. Dengan ini, kesukaran yang bakal timbul akan dapat mereka atasi tanpa menagih simpati daripada orang lain. Jelasnya wanita boleh terus hidup dan berbakti kepada negara biar pun status mereka sama ada janda, balu atau wanita yang belum bersuami.

Selain itu, wanita yang bekerja selepas keluar daripada IPTA akan dapat membantu suami dan mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga. Kehidupan sekarang memerlukan kos yang tinggi. Misalnya urituk sewa rumah, bil, ansuran kereta, persekolahan anak-anak dan lain-lain lagi. Dengan isteri yang bekerja, segala masalah dan tekanan rumah tangga bukan saja boleh diatasi malahan keperluan lain juga mampu dimiliki. Pendek kata, di samping menyelamatkan rumah tangga, wanita yang berpendidikan tinggi juga boleh berbakti kepada negara,

Namun, fenomena ini juga menimbulkan kesan negatif Salah satu daripadanya ialah ramai wanita terpelajar yang lambat berkahwin atau enggan berkahwin. Ada juga kalangan wanita memilih calon suami, yang setaraf dengan mereka. Profesion dan wang yang banyak telah menyebabkan mereka lupa pada institusi perkahwinan dan keperluan hidup bersuami. Kejadian kahwin, cerai dan penderaan menjarakkan lagi hasrat mereka untuk bersuami. Fenomena ini boleh menimbulkan pelbagai gejala sosial seperti pelacur terhormat, perempuan simpanan dan bersekedudukan. Tambahan pula, hasrat negara untuk mempunyai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100 juga sukar dicapai.

Kesan negatif seterusnya ialah bertukarnya peranan antara lelaki dengan wanita. Wanita yang berpendidikan tinggi, tentunya sibuk di luar rumah atas alasan kerja. Sementara si suami pula mungkin terpaksa duduk di rumah saban hari dengan menguruskan hal ehwal rumah tangga seperti membasuh, memasak dan menjaga anak Situasi ini boleh menimbulkan banyak salah faham dan persepsi negatif orang ramai. Si isteri tidak Iagi menghormati suami, manakala suami kekal dengan rasa rendah diri yang menebal. Ini pasti boleh menghalang . usaha-usaha ke arah pembentukan institusi keluarga yang harmoni.

Sesungguhnya gejala ini baru membungakan masalah dan kesan yang lebih ke akan kita rasai pada tahun-tahun mendatang. Oleh itu, usaha menambahkan bilang pelajar lelaki ke IPTA perlu dipergiat agar peranan lelaki terus unggul sebagai wajarnya dalam masyarakat.


About these ads

4 Respons

  1. Apa hebatnya wanita kini sedangkan lelaki lebih waras untuk membuat keputusan dalam hal-hal yang penting seperti penarju negara….bg saya,faktor displin lah yang myebabkan lelaki kurang di IPTA….So,pihak tertentu perlu mengkaji keseimbangan bilangan lelaki dan perempuan di ipta…..jgn biarkan lelaki pupus dalam hal pendidikan kerna lelaki merupakan sumber tenaga yg luar biasa tak kira dari segi mentel atau fizikal…bukan setakat itu,bnyk lelaki yg berhenti sekolah walaupun belum mddt ijazah….jd, apa pendekatan yang perlu di ambil selain yang ada pada hari ini….

  2. kenapa ye!!?!!…..sepatutnya kemudahan/keterbukaan yang disediakan sebelum/sekarang memberi peluang & ruang seluas-luasnya supaya semuanya dapat diimbangi, malang sungguh bagi kita jadi gitu! saya tak salahkan polisi/pelaksanaan sebelum/sekarang contoh genarasi sebelum jarangx bertudung berbanding sekarang hebat. oleh itu banyakkan kajian dan letakkan strtg yang betul sebelum semuanya terlambat. ‘jangan dalam bertudung hebat’ asyik gah rrrrrr sana rrrrrrrr sini mau ‘power’ tak kira bangsa sendiri pun sanggup gadai……….patriotik sikit le bagi pemimpin semacam tu dan semua yang ada tanggungjawab! ambil cakna apa nak jadi genarasi akan datang niii

  3. Oleh yang demikian, kaum adam harus sedar dan menjadikan persaingan ini sebagai sesuatu persaingan yang sihat, bukan hanya terus leka dan mereka redha membiarkan kaum hawa mengatasi keupayaan mereka.

  4. Thats why parents nowadays never stopped their daughter from be sent to school, not like the old generations.I wonder why in the old time,daughters are being treated unfair by the parents yet “no girls,no generations”.

    Admin: Thank you for your comments

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: