Gejala penyalahgunaan dadah

Dalam pengertian yang umum, dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia yang boleh membuatkan seseorang yang mengambilnya menjadi ketagih dan membawa pelbagai san sampingan yang negatif apabila menggunakannya secara berlebihan dan tanpa peraturan. Namun begitu, dadah juga mempunyai kesan positif, terutamanya dalam ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara baru di negara kita. Walaupun pelbagai cara pengawalan penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan, gejala ini masih berlanjutan.

Wujud pelbagai faktor yang menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah, antaranya pengaruh rakan. Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan keperibadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Berdasarkan hal ini, jika kita berkawan dengan penagih dadah, lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk nengikut jejaknya. Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan di kalangan orang yang masih muda.

Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Mereka kurang mempunyai pegangan agama yang longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila orang yang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba itu lebih mudah direalisasikan. Apabila dirasai sekali, unsur ketagihan akan mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.

Kebelakangan ini dadah mudah diperoleh. Kebanyakan bekalan dadah yang beredar dalam negara kita dibawa masuk secara haram dari negara jiran seperti Negara Thai. Dadah biasanya dijual di kelab malam dan di lorong gelap. Harga dadah pun bukanlah mahal sangat. Kebanyakannya mampu dibeli oleh penagih yang rata-rata berpendapatan rendah.

Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat. Penagih dadah menjadi orang yang tidak bermaya, lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan. Oleh itu, mereka mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, suami atau isteri.

Penyalahgunaan dadah juga akan mewujudkan pelbagai jenis penyakit sehingga boleh membawa maut. Sekiranya para penagih menggunakan jarum suntikan secara bergilir-gilir dan salah seorang daripada mereka mempunyai virus HIV positif, penagih lain juga akan turut dij angkiti virus pembunuh itu. Situasi ini merupakan suatu keadaan yang amat serius.

Para penagih dadah juga akan menghadapi kehidupan yang tidak terurus. Mereka tinggal di tempat yang kotor dan kurang selesa seperti di lorong gelap dan siar kaki bangunan. Selain itu, keadaan diri penagih juga kurus, busuk, berpenyakit dan sebagainya. Mereka sanggup melakukan sebarang jenis jenayah sama ada ringan atau berat bagi mendapatkan duit untuk membeli bekalan dadah. Ini bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda warga lain, malahan menakutkan para pelancong asing. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan negara dan imej negara di kaca mata asing.

Kesimpulannya, gejala penyalahgunaan dadah berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan membawa beberapa kesan yang negatif. Kewujudan golongan penagih dadah yang menjadi sampah masyarakat merupakan suatu beban kepada anggota masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani segera, dapat menggugat negara dart segi sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama mengawal dan mencegah gejala ini agar tidak berlanjutan.

2 Respons

  1. loosu penne

  2. superb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: