Golongan wanita dalam pasaran kerja

Dewasa ini, penyertaan golongan wanita dalam pasaran tenaga kerja di negara kita semakin menonjol. Penyertaan ini bukan hanya tertumpu kepada bidang pekerjaan yang dikaitkan dengan wanita, malah menyeluruh dalam pelbagai bidang lain. Bidang pekerjaan yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki, kini turut disertai oleh golongan wanita. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penyertaan golongan wanita dalam pasaran tenaga kerja.

Pada masa ini, ramai wanita yang mempunyai taraf pendidikan yang baik. Dengan kelulusan yang ada, mereka tidak akan mempersia-siakannya. Apabila terdapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka, peluang tersebut akan diisi dengan sebaik mungkin. Golongan wanita juga sudah ramai yang mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan profesional seperti jurusan perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain. Oleh itu, mereka berupaya mengisi peluang pekerjaan dalam bidang-bidang tersebut yang selama ini dikuasai oleh golongan lelaki.

Peluang pekerjaan yang terbuka luas dan ganjaran pendapatan yang lumayai merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi penyertaan golongan wanita dalam pasaran tenaga kerja. Contohnya, sektor perkilangan banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki. Kemudahan dan ganjaran lumayan ditawarkan sedikit sebanyak telah menarik minat golongan ini untuk menyertai pekerjaan. Sering kita terdengar di corong-corong radio atau terlihat di dada akhbar tentang iklan yang mempelawa golongan wanita untuk bekerja di kilang-kilang perusahaan ada sebagai operator pengeluaran, kerani, pegawai dan sebagainya. Sesetengah kerj< ditawarkan tidak sesuai dijawat oleh golongan lelaki. Keadaan ini telah mend golongan wanita melibatkan diri dalam pasaran tenaga kerja.

Desakan hidup dan kemiskinan merupakan faktor penting yang mendorong golongan wanita memasuki pasaran tenaga kerja, khususnya bagi mereka yang bergelar ibu tunggal. Mereka terpaksa bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi menyara keluarga. sesetengah keluarga yang menghadapi kemiskinan pula, anak-anak perempuan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan pengajian. Sebaliknya, mereka memilih  untuk mencari pekerjaan bagi menambahkan pendapatan keluarga. Oleh itu, kemiskinan telah memaksa mereka bekerja walaupun sebelum waktunya lagi. Hal sebegini biasanya berlaku di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Kos sara hidup yang tinggi juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan golongan wanita menceburi bidang pekerjaan. Di bandar-bandar besar, kos sara hidup yang mendorong golongan wanita untuk bekerja, terutamanya di kalangan mereka yang berkeluarga. Golongan wanita yang sudah berkeluarga terpaksa keluar bekerja membantu meringankan beban suami. Sewa rumah yang mahal, harga barang-barang yang semakin meningkat dan kos persekolahan anak-anak yang membebankan memei sejumlah wang yang besar setiap bulan. Jadi, golongan wanita ini biasanya keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami atau keluarga.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa bilangan kaum wanita dalam peringkat 15-64 tahun, iaitu guna tenaga adalah lebih besar daripada kaum lelaki. Jadi langsung, mereka mengisi pelbagaijawatan sama ada di sektor awam atau swasta.

Penglibatan golongan wanita dalam pasaran tenaga kerja di negara kita pada hari ini amat membanggakan. Kaum wanita menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, kita tidak seharusnya menganggap bahawa golongan wanita hanya berada di dapur semata-mata.

Advertisements

Satu Respons

  1. KARANGAN STPM DI LAMAN WEB INI SANGAT MENARIK SAYA. SILA HANTAR KARANGAN STPM BAGI SAYA UNTUK MENYEDIAKAN PEPERIKSAAN STPM PADA TAHUN INI. TERIMA KASIH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: