Faedah-faedah penyusuan bayi kepada ibu dan bayi

Penyusuan susu ibu kepada bayi di kalangan ibu-ibu moden semakin kurang. Perubahan struktur sosial dan peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat telah mengakibatkan gejala ini. Wanita-wanita kini kurang sedar tentang kelebihan dan keistimewaan susu ibu kepada bayi serta kebaikan yang bakal mereka terima hasil penyusuan bayi mereka.

Susu ibu telah dibuktikan sebagai makanan berkhasiat yang tidak boleh dibandingkan dengan sebarang susu tepung yang wujud dalam pasaran. Kajian menunjukkan bahawa susu ibu dapat mengelakkan seseorang bayi daripada pelbagai penyakit seperti cirit-birit dan sembelit. Susu ibu bukan sahaja murah dan bersih, malahan mudah disediakan. Susu ibu memastikan bayi mendapat segala kandungan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran fizikal dan mental.

Susu ibu juga mengandungi segala kandungan makanan yang diperlukan oleh bayi pada kadar yang secukupnya. Ini akan memastikan bayi yang membesar basil penyusuan ibu tidak terlalu gemuk, tetapi cukup sihat dan cergas. Susu ibu merupakan makanan seimbang yang diperoleh secara semula jadi kepada bayi.

Selain itu, susu ibu terbukti mengandungi bahan-bahan tertentu seperti kolostrum yang bertindak sebagai antibodi yang cukup penting kepada seseorang bayi dalam proses tumbesaran. Kehadiran bahan-bahan ini akan mengelakkan bayi daripada alergi dan serangan bakteria. Kebiasaannya, bayi-bayi yang disusu dengan susu ibu jarang menghadapi masalah penghadaman dan mempunyai daya tahan terhadap pelbagai penyakit yang biasa menyerang bayi.

Tambahan pula, penyusuan bayi mewujudkan satu bentuk hubungan psikologi antara ibu dan bayi. Ini dibuktikan oleh kajian-kajian psikologi bahawa bayi-bayi yang disusu oleh ibu lebih rapat dan akrab dengan ibunya. Apabila seseorang bayi menghisap susu, secara tidak langsung bayi itu merasai kepanasan badan ibu dan ini membawa suatu hubungan kasih sayang antara kedua-dua mereka. Kanak-kanak yang disusui oleh ibu juga lebih rapat dengan ibu apabila mereka telah besar.

Penyusuan bayi juga membawa faedah kepada ibu itu sendiri di mana ibu yang menyusu dapat mengembalikan bentuk badan mereka dengan cepat. Ini kerana kajian perubatan menunjukkan bahawa apabila ibu menyusu bayi, uterus ibu akan pulih ke keadaan normal dengan pantas. Ia juga dapat mengurangkan ketegangan buah dada dan mengelakkan kesakitan yang dialami oleh ibu selepas bersalin.

Kesimpulannya, dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang cergas dan cerdas, usaha hares dijalankan untuk menggalakkan ibu-ibu menyusu bayi mereka. Susu ibu merupakan unsur semula jadi yang penting dalam tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak. Oleh itu, usaha berterusan hares dijalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat susu ibu kepada bayi.

Advertisements

Satu Respons

  1. OwMyGaSh:/ this was the best compostion that i have read……. yeaaa:D nice bebe;p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: