Internet membawa kebaikan kepada manusia?

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah  ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.

Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensiagensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.

Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

About these ads

7 Respons

  1. so , kesimpulan ..
    hafallah karangan ni ye :)
    boleh score exam !

  2. trima ksih sbb bg sye idea ntuk wt krgn..doakn sye brjye wt krgn lbh dri 500 prktaan eh..

  3. kalau buat kat exam mesti dapat A.cantik la

  4. alhamdullillah akhirnya dpt juga sy siapkan kargn sye yg brtjuk kebaikan internet pada masa kini yg melebihi 500 patah perkataan doakan kejayaan sye aminn!!!!

  5. wahhhh……
    bestlah karangannye
    apa apa pun,thanks

  6. salam sy minta izin membaca ruangan ini dan digunakan utk bahan rujukan.

  7. karangan yang sangat bagus.
    kalau tak pandai buat bolehlah ambil maklumat di atas.
    kalau anda tulis karangan ini dalam peperiksaan ,anda pasti akan dapat A dalam ujian.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: